Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

23 June 2013

Assalammu'alaikum..
Selamat bertemu kembali, setelah agak lama tak aktif.
Bukan apa, nak kata sibuk, tak juga sangat.. tapi bole le dikatakan busy le juga..

Pejam celik pejam celik Ramadhan akan datang beberapa hari lagi, semuga kita diberi peluang oleh Allah utk menyambutnya dgn lebih baik menurut garis panduanNya & Nabi saw yg kita cintai & idola kita, berbanding sebelum2nya. Amin.

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin & manusia, melainkan untuk mengabdi kepadaKu" (Adz-Dzariat ayat 56)
Jika  seseorang telah mengaku beriman kepada ALLAH, tidaklah dia mau hidupnya di dunia  kosong saja. Selagi nyawa dikandung badan, seluruh hidupnya hendaklah dijadikan IBADAT.

Menurut riwayat dari Ali b Abu Thalhah yg diterimanya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat ialah mengakui diri BUDAK atau HAMBA kepada ALLAH, tunduk menurut kemahuanNya, baik secara sukarela atau terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga.

Oleh yg demikian ayat ini memberi ingat kpd manusia bahawa sedar atau tak sedar dia pasti mematuhi kehendak Allah. Maka jalan yg lebih baik ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tak merasa keberatan lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Allah.

(Tafsir Al Azhar/Pak Hamka)

Adtec Kemaman 2011 - tinggal kenangan



(note: skrg jerebu, yg paling teruk mula di Spore, Muar, JB, then berjangkit Melaka, dll , punca pembakaran hutan di Sumatra.. Mari pakat2 solat hajat mohon pada yg Maha Berkuasa dihilangkan jerebu & kita semua kembali padaNya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...