Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 December 2010

ZAKAT

Ingat mengingat. Bule bayar  ansur tiap2 bulan ke (bayar ASTRO lagi mahal) atau bila2 dlm masa setahun. Yg penting jgn tak bayar..

30 December 2010

Sampai Menyampai

Kita promosi lagi perkara2 baik dr LANUN. Smuga sama2 jadikan pengajaran.

Tapi hati2 dilarang juga meludah depan khalayak. Tak sopan benor.
Ni kawan lurus bendul . Dia bule dpt kebaikan (ganjaran insyaAllah) klu selalu tlg jwb talipon kerana Allah, hilang penat & tensen. Dlm pada tu sound2/dakwahkan le member tu  slow2..

28 December 2010

Majlis yg bermakna

Baru2 ni mengadiri majlis nikah anak lelaki ustazah Salbiah Omar..  Majlis di pihak ustzah di adakan di dewan SMK Agama Sul Muhamad Bt Beremdam Melaka (di mana ustaz Ariffin pengetuanya).
Di majlis tsb juga diadakan  upacara  menyampaikan van Toyota Hiace utk sek berkenaan (PIBG), utk kegunaan spr  bawa pelajar2 sakit ke hospital, & aktiviti2 lain yg tak memerlukan bas sek. Van dibeli tunai hasil kempen ustazah pada anak2 muridnya di Sban, Melaka, USJ, Spore dll. Pendek kata di mana2 ustzah pi  ceramah dia tak lupa ajak anak2 muridnya ttg kerja2 infak, wakaf & sedekah ni, sbgaimana Nabi saw (melalui wahyu Allah) perintah & buat.

Juga di majlis tu ustazah  raikan anak2 muridnya yg telah sama2 menyokong prog Allah dgnnya masuk 10thn lebih. Antara hadirin adalah wakil2 jemaah dr Spore 2 bas, USJ 9 (masjid Al Falah), Sarawak, KL, Bangi Seremban &  Melaka (of course) & tak ketinggalan  wakil Kemaman.. (den le tu..hi,hi..)

Ustzah mulanya tak nak ada publisiti, tapi suami & pihak sek/PIBG kata perkara baik, tak salah utk diwar2kan (as long tak berlebihan) utk tujuan rekod & dakwah.

Kiri tepi tu org Sg Ayam BP (sedara Kak Tom/awrah bang Len) ketua buat roti.  Kanan tu kakaknya. Yg kat belakang sekali tu (bersongkok, dekat dgn photo  Dato Najib), sapa lagi klu bukan ...



Tengah tu ustaz Ariffin-suami ustazah

24 December 2010

Cuti

 Balik bercuti ke Seremban & jumpa rakan2 jemaah kelas dhuha Ustazah Salbiah di tempat belajar Tmn Kemuning Senawang. Kebetulan mereka sedang sibuk membuat roti utk tetamu dari Singapura. Buat roti ni salah satu  aktiviti kami.




15 December 2010

Saya Dengar & Saya Patuh

"sami'na wa ato'na" bermaksud saya dengar & saya patuh. Menjurus/merujuk kpd perkara baik2 apalagi yg diperintah oleh Allah dan Nabi saw. Sbb apa sy pilih tajuk ni? Sbb kdg2 perkara2 baik ni lah susah nak dipatuhi wlupun senang tak payah keluar duit &  tenaga.

Sbb apa? Kerana perkara baik ada penghalang & pendinding yg kita tak nampak iaitu syaitan.

Ok, skg kita listkan:
1) Baca tawwauz (a'uzubillah ...syaitan nirrojim) tiap2 kali rasa tension, tak tentu arah, nak marah dll.
2) Baca 'bismillah', tiap2 kali memulakan kerja. Ditambah dgn selawat esp bila buntu, terlupa.
3) Jangan biasakan tidur selepas subuh kerana antara solat subuh dgn terbitnya matahari adalah pembuka & permulaan siang, permulaan turunnya rezeki & barakah. Tidur waktu tersebut akan mewarisi kepapanan (sempit pintu rezeki).
4) Klu nak buat sesuatu, pilihlah waktu pagi, sbb otak masih segar, tenaga masih kuat, tambah pula dah alas perut (hati2 nasi lemak bule buat ngantuk). Sbb apa, klu dah masuk jam 11 ke atas, otak & tenaga dah mula lemah.. (ini tip) sbb tu klu nak hantar sevis keta ke, org nak repair paip ke, dll , buat waktu pagi. Pernah beberapa kali terkena..depa mula keja nak masuk lunch..hasilnya serba tak jadi..check punya check, depa pasang terbalik le, longgar le..dll sbb waktu tu bdn dah lemah & otak mula penat.

Sbb tu ada istilah rehat (tido) kejap 15-20 minit sejurus sblum zohor. Lepas tu lunch, solat zohor & mulakan keja semula.

Mudah kan? tapi kenapa bila org2 tua/mak2   beritau anak2 ttg hal ni, anak2 susah benor nak patuh..patuh le ya anak2, hasilnya akan dapat, yakin lah..cepat buat cepat le hasil,  tak buat tak de le hasil....

14 December 2010

Kemaman/Chukai, Kijal, Kemasik dll

Antara tempat-tempat yg jadi tumpuan ialah Pantai Kemasik (selepas bandar Kemaman arah ke Dungun/KT) kira2 15 km dari Adtec Kemaman.




(ada org tu, muka dia aja ...tak pe dok? kemaruk amik gambo sejak muda tak hilang sampai la ni...hi hi..)

11 December 2010

MEMELIHARA SOLAT BAH 2

Maksud Hadis Nabi saw: "Sembahlah Allah seolah2 kamu melihatnya, jika kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu".

Maksud hadis lain: "Sesiapa yg memelihara solat, ia mendapat cahaya, keterangan & pelindung pada hari kiamat kelak. Sesiapa yg tidak memeliharanya, tidak mendapatnya & akan ditempatkan bersama2 dgn Qarun, Fir'un , Haman & Ubai b Khalaf".

Kebanyakan kita ni dah pernah rasa sakit,  duka, gagal mencapai cita2,  & ujian2 lain, syukurlah sekiranya ujian2 tsb dapat menginsafkan kita & menjadikan hubungan dgn Allah & makhluk terutama ibu bapa, keluarga, masy, jiran dll bertambah lebih baik. Sebenarnya Allah sayang kita sbb tu diberinya ujian.. (klu terus diambil nyawa ketika sedang  lalai? w'zubillah. Sbb itulah bila diberi nikmat, jgn le tak bersyukur & lalai kerana ia juga ujian).


pesan memesan utk diriku terutamanya. & sesiapa yg membaca blog ni.

sambung komik mengenai alasan kenapa susah nak  solat

MEMELIHARA SOLAT

Saya extract mana yg mampu dari Tafsir Al-Azhar (Prof Dr Hamka) & Tafsir AlMunir (Dr Wahbah).

"Peliharalah (kerjakan dgn tetap,  bersungguh2  & sempurna pada waktunya) oleh kamu segala  solat fardhu, khasnya  & solat yang paling tengah (wustha) & berdirilah kamu kerana Allah dengan taat & khusyuk". Terjemahan surah  Al-Baqarah ayat 238

"Tetapi jika kamu dlm ketakutan, maka kerjakanlah dgn berjalan atau berkenderaan. Tetapi apabila telah aman kamu, maka sebutlah nama Allah sebagaimana yg telah diajarkan kpd kamu, perkara yang (dulunya) kamu tak tahu". Terjemahan  surah Al-Baqarah ayat 239

Bagaimana seorg muslim dapat merasakan sifat2 Allah kalau dia tidak memelihara hubungan jiwanya yang baik dgn Allah? Untuk kepentingan jiwamu sendiri, utk keluargamu supaya kamu merasakan benar2 bagaimana hubungan diri dgn Allah, peliharalah solat2 itu baik2 iaitu yg 5 waktu.

(Mengenai solat wustha - klu nak disalin huraiannya, sangat panjang juga, cukup dulu dinyatakan bahwa banyak pendapat ahli2 ilmu/ulama sampai 18 pendapat - ada yg mengatakan solat zohor, asar, subuh, maghrib, isyak & jumaat. Antara sebabnya kerana waktu2 tersebut sangat panas,  manusia sibuk dgn urusan harian, utk subuh pula manusia sedang sedap tidur, begitu lah waktu2 lain di mana kebanyakan manusia disibukkan dgn urusan dunia).

Yang pentingnya, kesan solat yang dipelihara dgn baik, dapat menghindar dari melakukan perbuatan keji & mungkar, menghilangkan keluh kesah, dll yg positif. So,  janganlah abaikan solat wlu di mana berada (musafir, dlm kenderaan,  perang dll) & wlu dlm keadaan apa pun (sakit, dll), selagi boleh berfikir (waras). Dan usahakanlah solat berjemaah.. esp subuh, maghrib & isyak.

Setakat sini dulu.

08 December 2010

Awal Muharam 1432H

Semalam 7/12/210 bersamaan 1 Muharam 1432H. Ada yg buat azam baru, ada juga yg tak kisah lansung. Pendapat peribadi saya, bagus juga klu ada azam awal Muharam ni. Sekurang2nya sesorg tu tau dah masuk thn baru kalender Islam. Kira2 peka juga le. Lebih bagus klu dia ingat & tahu serta menghayati peristiwa hijrah Nabi saw & dikaitkan dgn keadaan semasa. Hijrah itu pengorbanan... menuju kejayaan.

Saya tak nak le ceramah pjg kali ni, cuma pasang le azam2 baik yg mudah2 dulu, buat check list..then tiap2 minggu/bulan ke semak le berapa % azam tu terlaksana. Keja pejabat pun ada check list kan.. begitu juga klu nak shoping.

Selamat berazam/ bercita2 & berniat yg lebih baik dari sebelumnya...


04 December 2010

Rehat lagi

Ini satu lagi, mesej baik drp komik LANUN..


Rehat sikit

Extract drp majalah Lanun yg mmg sy suka beli masa dulu2 (santai2 tapi ada mesej). Harap2 depa tak saman & redhakan kerana kerja sampai menyampai ni.

Memahami Keutamaan

Dlm buku 'Memahami Keutamaan' oleh Dr Yusuf Q, antara isi kandungannya (diringkaskan):

Perkara2 kemaksiatan & ketaataan mudah utk dibezakan (melainkan yg masih jahil atau sengaja), tapi yg rumitnya ialah mendahulukan sebahagian ketaatan thd sebahagian yg lain. Atau dlm bahasa mudah , mencari the best/terbaik drp yg mmg baik (di sisi Allah).
 Seperti mendahulukan yg fardhu thd yg sunat, mendahulukan yg fardhu ain thd fardhu kifayah, mendahulukan fardhu kifayah yg tak de org kerjakan thd fardhu kifayah yg sudah ada org lain kerjakan, mendulukan fardhu ain yg paling penting thd yg kurang penting, dulukan urusan yg sudah mendesak thd yg masih longgar waktunya dll.

Sama le mendahulukan kepentingan ibu thd kepentingan bapa sbgaimana hadis terkenal yg menyebut 'ibumu' 3 x, kemudian barulah disebut  'bapamu'.

Contoh lain spr org kaya bakhil yg menyibukkan diri dgn puasa2 sunat, solat2 malam, sering mengkhatam quran.  Sepatutnya dia dapat memasuki ketinggian darjat dgn buang sifat bakhil.

Contoh2 sangat banyak, apalagi masa ni mcm2 isu timbul hingga kadang kala menimbulkan ketegangan pula. Perkara2 ni  applikasinya tak mesti sama rata utk semua individu.. bergantung pada keadaan seseorg.

Ulama biasanya menghurai secara keseluruhan, kita le yg memilihnya utk diri sendiri.  Dan sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan & kelpaan, terbaiknya sentiasa mohon keampunan & petunjuk drp Allah.

Setakat ni dulu.. sekadar sampai menyampai.

Pergi Haji

Bila terbaca baru2 ni berita ttg jemaah hj yg nak pi haji lagi,  hanya dibenarkan setelah (klu tak silap 5 thn), saya lantas teringat seorg kawan saya si Z. Dia ni seperti kebnyakan jemaah hj yg baru balik merasa seronok & berkobar2 utk pi lagi.."Seronok bebenor dpt beribadat di sana, no wonder ada yg pi 2, 3, mlh lebih", ..katanya lebih kurang gitu la.

Balik dari hj dia ikut le kelas  kami bergurukan Ustazah Salbiah,  kebetulan masa tu  sedang kuliahkan buku "Memahami Keutamaan" oleh Dr Yusuf AlQardawi  ms 14, yg Dr Yusuf menyentuh ttg mereka2 yg pi haji berkali2 .... (panjang sangat nak tulis, cari le sendiri buku tu kot2 masih ada), tapi ringkasnya Dr Yusuf menyarankan drp pi haji berulang2 (yg dah jadi sunat, pahalanya hanya utk sorang) lebih baik dana tu digunakan utk fisabilillah (ganjaran selain utk si pemberi, malah utk org lain & Islam). Tapi kbnyakan kita lum sanggup sbb tak nampak ganjarannya zahir & batin masa tu juga ... & mungkin kurang  memahami keutamaan dalam ibadat.

Berbalik cerita kwn saya si Z tu, lepas kuliah tu dia bisik kat saya leb kurang, "Saya betul2 kena tegur direct dari Allah pasal nak pi hj berulang2 ni, Alhamdulillah!". Saya tanya,"so?" . "Saya nak cuba buat le apa yg saya dah belajar tadi, saya tak nak jadi org yg tahu aja, tapi tak amal.. ". "Tak rasa terkilan ke?" tanya saya . "Fitrah manusia mmg le rasa sikit, tapi bukan kah klu kita korbankan kerana Allah perasaan tu utk kepentingan pihak lain yg lebih memerlukan,  jihad juga?"  Subhanaullah, biar betul si Z ni..

Saya terharu..saya beritau nya, "betul tu Z, & u juga beri peluang org lain yg nak pi 1st time yg tertnggu2 kuota depa, tapi  klu nak pi juga lagi ke tanah suci,  pi le umrah ke...tu bila-bila masa u bole pi"

Itu le kisah Z.

Saya ada bebarapa kawan/kenalan yg kerap pi haji, bila saya tanya antara sebab2nya ialah menjadi pembimbing samada dilantik oleh syarikat, atau ibu/bapa/teman rapat/muridnya  dll yg memang  maukan kwn2 saya tu bimbing mereka.
 Malah mereka2 tu membiayai kos kawan2 saya tu. Tu le namanya rezeki..
(oh ya, kot terlupa..ingat mengingat.. utk hj ke 2 & seterusnya niatkan utk org lain yg telah meninggal yg lum pi hj di kalangan sedara/keluarga terdekat ke dll- itu yg  sy belajar).

 luar Masjid Nabawi Madinah

Dlm Masjid Nabawi

Ni bukan kat Mekah atau Madinah. Tapi masa Raya Korban baru2 ni di PD selepas solat maghrib & takbir

Salah satu jln di Madinah

28 November 2010

Kuali


Eh, apa tu..kuali?  nasi dlm kuali? Siap dgn lauk pulak. Nak kata nasi goreng, bukan.
Hii..hi.. jgn le pelik & panik. Gelak sikit2 bole..(mmg le kami gelak bila tengokkan first time, lepas tu gelakkan diri sendiri).   Tu memang nasi dlm kuali ready utk dimakan. Dulu2 mungkin tak pernah dibuat org (esp org Melayu,  bangsa lain tak tau le). Depan org ramai pulak tu!!


Ini lah yg saya jumpa di salah satu gerai kat mall Kemasik yg semua makanan  dihidang dlm kuali kecil. Semua  Tapi kan, kalau kat rumah nak tak kita buat gitu klu tetamu, malah utk sendiri  & keluarga?   Maka  pinggan2 mangkuk sedia ada kita simpan le sementara, beli kuali comel-comel 2, 3 biji (saya rasa tak mahal pun)..sekali2 ubah selera makan dlm kuali..mana tau yg selama ni tak de selera makan akan berselera pula.. 

Apa pun, begitu le peredaran zaman, benda2 yg org dulu2 PANTANG , dah pun dibuat sekarang, amacam?  Mau cuba?  Saya cadangkan utk testing,…klu buat mee, nasi atau kue tieu goreng ke..terus hidang dengan kuali2 tu sekali. Sapa2 nak, senduk sendiri..  (Jgn lupa alas bakul yg cantik ye, utk sorok belakang kuali yg hitam tu) ..Klu all right, teruskan, .mudah le keja  sikit..  

(nota: Dulu2 makan dlm dulang pada sesetengah org pun agak pelik, la ni kebanyakan dah biasa..esp yg biasa join usrah, tapi sesetengah org masih lum bole terima.. terpulang le..)

Bangla

Diam tak diam masuk sebulan kami pindah ke Adtec Kemaman. Kat situ suraunya cantik, besar juga.. Maka semalam 27hb kami tinjau2 di sana, sapu & mop sikit2 ikut kemampuan tenaga..& bercadang utk solat maghrib. Alhamdulillah dapatlah didirikan solat maghrib di situ dgn 4 jemaah iaitu kami + 2 pekerja bangla (pekerja kontraktor  utk tugas2 maintanence) Suhail & Yusof (mereka ni lebih kurang awal 20an).

Pengarah minta salah seorg azan, depa senyum2, sengeh2...tolak menolak..last2 pengarah le bilal, dialah juga imam. Mudah2an mereka jadi muslim yg baik.

Saya teringat kawan saya seorg kontraktor, pekerja2nya pun bangla. Saya pernah tanya kawan saya tu, bila masuk waktu solat (esp jumaat & zohor) dia org solat tak, atau terus kerja? Kawan saya jawab, dia serahkan pada pekerja2 tu sendiri. Saya kata tak bole, sbb kita bos, jadi kita le yg beri kelongaran utk solat, samaada mereka solat ke tak, tanggungjwb kita dah lepas. Buat bergilir2 klu kerja2 tak bole tinggal. Lagipun lelaki mudah, kat padang, tapak projek pun bole solat.

Kawan saya pun  beritau mmg ada seorg pekerjanya yg tak miss solat, dia  sentiasa bawa air dlm botol & no wonder bila masuk waktu (apalagi waktu nak abis) dia jadi tak tentu arah. rupa2 lum solat, masih keja tak sudah2.. Mereka2 ni mcm kita juga asas agama (esp solat) mereka tahu, cuma nak amal ke tak tu depend pada keadaan & diri, tapi  pada pendapat saya, di Msia ni sbb kebanyakan mereka pekerja (kuli),  jadi mereka takut & segan utk suarakan pasal solat..

Jadi klu kita ada kuasa yg diberi Allah tuk beri mereka peluang solat, gunakan lah kuasa tu.


sori, image agak gelap


rajinnya...

26 November 2010

Berjumpa Cucu Sedara di Politeknik Dungun


Baru2 ni ikut Sun mesy di ILP Marang. Dalam perjalanan pulang ke Adtec singgah sekejap ke Politeknik Dungun untuk bertemu cucu sedara pensyarah kat situ. Nama dia Nur Syamsinar Fadilah b Jaya (Yak anak sulung kpd arwah Sarah Sailan). . Bila jumpa dia ni, saya mmg tak ingat masa dia kecik2 dulu.. Tu le sbbnya bila ada peluang  nak juga cari2 sedara2/keluarga agar saling kenal mengenali..

Dia ni anak ke 2 drp 6 adik beradik, suaminya Muhamad Shukri b Muda berasal dari Pulau Rusa  K.Trengganu, juga sbg pensyarah  Poly Dungun.

Takbir Hari Raya Korban


Alhamdulillah kita semua telah diberi Allah peluang bertemu Hari Raya Korban tahun ni. Kami  jemaah kelas dhuha ustazh Salbiah Omar, mmg tak miss prog takbir ke rumah2 jemaah, sejak (klu tak silap) 7,8 thn lepas. Masa ustazh menetap kat Sarawak sekejap, kami teruskan juga prog tu sbb kami telah dilatih & terbiasa, & kami berharap akan buat hingga akhir hayat.

Tahun ni prog mula pada hari raya haji ke 2, seawal 6.45pagi jemaah Seremban telah bertolak ke Melaka. utk join ustazah & jemaah sana (tapi saya tak join..). Petangnya prog disambung di Seremban (yg ni saya join) & berakhir nak maghrib. Esoknya pada 19/11 satu group jemaah Seremban,Rembanu & Melaka (38 org) menaiki bas ke Singapura utk prog takbir & khatam quran di rumah adik ustazah yg akan mengadakan majlis nikah anak. (Tahun lepas beberapa jemaah Spore joined kami di Sban & Melaka)..Kabarnya mereka bertakbir kira-kira >20 buah rumah.

Pi Spore ni pun saya tak join sbb nak balik ke Adtec Kem. Alhamdulillah, setelah belajar & mengikuti prog2 ustazah Salbiah (teori & praktikal/amal), dapat le saya kembangkan kat keluarga termasuk adik2 & anak2 sedara yg saya sering berkunjung sbb mereka ni tinggal agak dekat (PD, Bangi, Kajang). 

Maka pada raya pertama, setelah balik dari kg, petangnya kami ke rumah baru Yah & Yasin di PD, kebetulan adik2 lain (Zaharah, Som & Ani) & keluarga masing2 ada juga. Spr biasa yg lelaki solat di surau berhampiran, manakala yg perempuan2 solat berjemaah di rumah & kami bertakbir selepas itu. Allah saja le yg tahu perasaan saya masa tu. Syukur pada Mu Ya Allah!!

Maaf le kali ni tak de gambar, kamera rosak.. jumpa lagi.. (Lupa nak pinjam hp Sun & Nurul utk amik gambo)

Kucing Bah 2


Salam semua.

Kali ni nak tulis mengenai kucing lagi. Bukan apa, memerhatikan ciptaan Allah (termasuk le kucing ) utk diambil pengajaran kan merupakan salah satu yg disuruhNya.

Citenya begini. Setelah beberapa hari kami tinggal kat kuarter Adtec Kemaman tu, pada satu pagi maka datang le sekor kucing (saya namakan A) terhendap2 (agaknya cari makan). Bila saya dekat, mencecet dia lari masuk longkang.  Kemudian saya gaul le sikit nasi + ikan & letak kat luar & perhati dari jauh. Dia datang terhendap2, pandang kiri kanan, lepas tu apa lagi, dia makan dgn lahapnya, licin…Agaknya dah lama berlapar.
Tapi badannya bule tahan berisi, tak le hanya rangka ajaa, agaknya sebelum ni dia diberi makan oleh pekerja2  kat situ. (Jantan ke betina lum tau hingga sekarang sbb tak de peluang nak check, asyik lari bila nampak kita, tapi bentuk muka tu mcm jantan tambah pula mcm malu2..)

Kemudian , bila  malam kami letak lagi makanan, tapi saya dapati kucing lain (namakan B) yg makan. Begitu le seterunya (hingga hari ni), waktu siang giliran A, manakala malam giliran B. 

Maka saya pun buat le kesimpulan, kucing2 ni pun tahu bagi2kan rezeki, kongsi2  gitu, tak le pulun sorang2.. Wlu bagaimana pun saya akan perhatikan episod seterusnya samada mereka ni istiqamah atau tak kat rutin tu. Maklum le..manusia pun bole berubah, apalagi le binatang.. Sama2 makhluk Allah.

Juga saya perhatikan (sehingga kini) si A masih takut dgn kami, terus lari nyorok  wlu dipanggil dgn lembut & diberi makan. Berbeza dgn B, sekarang ni dah manja, meleset2 kat kaki, pantang nampak kita, kadang2 over pula manjanya. B ni saya dah check, betina.. No wonder

Dua watak berbeza. Klu tanya saya, first impression saya suka yg peramah tu..sama le dgn manusia ni, klu berat mulut..terlampau pendiam, muka pula jarang senyum, first impression org kurang minat nak berkawan & mungkin akan dikata sombong. (Tapi sebenarnya tak mestinya begitu, nak tau karektor sebenar berkawan le lama sikit, kdg2 tu sbb keturunan. Kadang2 pendiam pun ok,  janji hati mulia..ewah..)

Ni first impression aja.  Sama le yg peramah tu, kadang2 klu over sangat org akan menyampah pula. (Apa lagi klu peramah ada maksud tak baik).

So pengajarannya ialah bersederhana/pertengahan lah. Mmg itu pun yg Islam ajar !!  Kita tengok nanti kesudahan kisah  A & B tu..

kucing A sedang nyorok dlm longkang

Si B - sedapnya nasi ni!!





09 November 2010

Tempat baru ADTEC kemaman

 Salam semua. Selamat bertemu kembali setelah menyepi kira2 sebulan lebih. Perkembangan terbaru, kami , Suntong dah mula kerja di Adtec Kemaman pada awal Nov lalu. Tempat baru, staf pun tak ramai, apalagi student pun ntah bila mula intake. Kami merupakan pemghuni kuarters yg pertama. Stkat ni baru  satu lagi kuarters diisi. Terletak di tanah agak tinggi, line tel tersekat2, view so far ok, musim hujan ni, klu pagi2 ada kabus. Lokasi di Kg Payuh kira2 10km dr Kijal, 25km dr Chukai/Kemaman. mengambil masa kira-kira 6 jam dari Seremban. Sesiapa yang berhajat nak singgah/ziarah, bule lah contact/sms. Setakat ni dulu...insyaallah nanti sambung..




 Dihadapan Qtrs Pengarah



Apartment kakitangan, berhadapan kuarter kami, sekarang ni sunyi sepi. Klu dah dihuni nanti, meriah le..Tak tau bila.. bos pencen pun ntah2 masih kosong..


03 October 2010

Lagi Gambar2 di Perhimpunan Generasi Sailan 2003

Org2 kuat yg menguruskan perhimpuan tsb

Sepupu sebaya (skrg ni masing2 dah berkeluarga)

Ni tak tau anak sapa. Yg confirm depa2 ni pangkat cucu2 sdr saya. Kat mana depa 2 ni skrg agaknya..

Ni lagi..

Klu tak salah ni penyampaian hadiah kpd keluarga paling ramai. Penerimanya....Hj Rashid (anak Sarni bt Sailan)
Anak sulungnya tu saya kenal le..Tu pun masa pi Mukah

Bacaan yasin dipimpin Usta Haron (anak Arwah Sarah bt Sailan)


29 September 2010

KepadaMu ku berserah

Saya singkap2 diari/catatan lama, jumpa cerita ni yg bule juga dikongsi:

3/1/2008;

Kira2 9.30 pagi ke Pejabat Tanah nak bayar cukai. Mak oii ramainya orang. Jam 11.00 belum tentu selesai. Pulak tu saya ada urusan agak penting di tempat lain kira2 jam 10.30. Macam mana ni!!
Dlm hati  berdoa: "Ya Allah! beri lah aku jalan. Robbi Yassir Wala Tu 'Assir Yaa Kariim.."

Kemudian saya  berbual2 dgn beberapa org lelaki yg lebih muda yg berhampiran  dgn membahasakan diri 'kak'.  Salah seorg berkata "Kak bule minta tolong org yg nombor dekat, seorang bule bayar sampai 5 bil" . Sy jawab: "kak segan lah".
Dia jawab: "Tak pe, saya ni dah cukup 5 bil, klu tak saya bule tolong akak". Baiknya!

Lepas tu saya senyum kat seorg wanita Melayu yg agak jauh,  berbual2 & kemudian tanya no giliran dia. Nombornya nak dekat!! Dia bersetuju menolong bayarkan bil saya.

Kemudian, entah kenapa tergerak hati nak menanyakan wanita Cina di sebelah kami. No giliran dia lama lagi. Saya pun cadangkan wanita Melayu tu tolong bayarkan bil Cina tu. (1 Malaysia..hihi..) Alhamdulillah dia bersetuju. Tapi  wanita Cina tu gunakan cek pula.

Last2, ini le hasilnya: Yang tukang bayar si Cina tu, guna nombor giliran wanita Melayu tu, saya pula? Tumpang semangkuk kerana mencadangkan (banyak mulut..peramah le tu..)
Betapa cantiknya perancangan Allah yg ku panjatkan doa padaNya . Tak sampai 1/2 jam urusan selesai.
pandainya posing

28 September 2010

Perhimpunan Generasi Sailan 2003

Masih ingat pada perhimpunan keluarge Generasi Sailan yg diadakan pada akhir 2003?
Sapa2 yg mungkin tak kesempatan amik gambar, ni saya postkan untuk kenangan.
Tatap le wajah2 kita kira2 7 tahun lalu... Esp yg muda2 tu... sekarang ni dah pun remaja..
Begitu cepat masa berlalu, semuga kita semua lebih matang & memahami erti kehidupan di dunia, tak lain tak bukan sebagai hamba Allah, mematuhi perintahNya & mencari keredaanNya.
Semuaga kita semua dikurniakan yang terbaik di sisiNya dalam urusan dunia lebih2 lagi urusan akhirat. Amin..
Depan (songkok) arwah Jalal (suami arwah Sarah bt Sailan), sebelahnya Hj Md Nor (suami Mosni bt Sailan)



Cucu2 Hj Sailan & pasangan2
Keluarga arwah Sarah Hj Sailan
Ni sapa ni? Comelnya!! Sekrang confirm macho habis! Ingat Allah selalu ye...




27 September 2010

Ramah Mesra Aidilfitri 3 generasi

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 3 generasi : WADAHNS, ABIMNS & PPINS, Ahad 26/9/2010 di Tmn Rekrasi Majlis Perbandaran Seremban.








Apa Orang Lain Kata

Kebanyakan kita (termasuk saya) selalu fikirkan "apa org lain kata". Kita jarang fikir "apa Allah kata (ajar)". Klu dulu kita kurang peka ttg hal ini, mulai sekarang kita fikirkan Allah dulu, kemudian baru lah org lain.

Sebab apa? Kerana ada kalanya yang kita fikirkan sangat ttg 'org kata', belum tentu Allah suka. Contohnya: Kita nak buat kenduri kawin, buget agak kurang, klu buat kecil2an kita risau "apa org kata nanti ' sedangkan yg akan pening  nanti  ialah kita. (Lain le kot2 org2  tu nak sponsor ke..) .

Allah ajar bagaimana pula? Sebelum buat apa2 tindakan, fikirkan dulu  "klu aku buat begini  begitu, dapat pahala atau sia2? Allah suka ke tak?""  Klu sia2 (bermakna Allah tak suka le tu), baik tinggalkan. Untuk tahu mana yg baik & sia2 kenalah ada ilmu atau  minta pendapat  mereka yg berpengalaman & berilmu.

Contoh lain seperti cara berpakaian. Kawan2 kita fesyen up-to date, mahal2 pulak tu, sayangnya kurang menjaga aurat. Kita malu klu kita sorang aja yg fesyen tutup aurat sempurna, murah pulak tu, last2 kerana  takut  "apa org/member kata",  kita terikut2 mereka. Kan rugi!  Belanja mahal2 kat pakaian yg tak sempurna tutup aurat. Allah tu baik, adil & suka pada kecantikan, klu  mampu & suka pada pakaian mahal tak de masaalah, asal tutup aurat sempurna, diniatkan pula keranaNya..

Subhanaullah.. bayangkan kalau Allah suka dgn cara kita berpakain saja. Itu belum lagi tentang perkara2 lain yang kita buat yang sentiasa Allah suka.

Kita/manusia adalah HAMBA kepada Allah, oleh yang demikian arahan, panduan, keredhanNya lah yang perlu diutamakan mengatasi segala2nya.

Banyak contoh2 lain dlm kehidupan seharian. Bule le fikir sendiri kan... Klu tak sure,  tanya & bincang le..

Sopan nya klu berpakaian tutup aurat sempurna. (nota: dah dpt izin utk post gambar ni.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...