Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

14 May 2011

Syak Wasangka

Tajuk & cerita ni saya extract dari buku 'Diari  Nadiah' yg saya beli pada 2007 lalu. Sapa2 yg mungkin lupa, beliau merupakan salah seorang yg meraih banyak A (klu tak salah >16 subjek) dlm SPM 2006. Yg menarik perhatian saya bukan setakat A'nya itu, tetapi kematanganyan berfikir terutama dlm kontek Islam dalam umur yang sangat muda.  Tak rugi saya beli bukunya... & saya ringkaskan salah satu catatannya di sini -----------> memanjang2kan perkara baik. Begini catatannya:

Tadi aku rehat di kantin sekolah bersama-sama 2 orang rakanku....Sambil tu kami berbual2 & sesekali sekala aku menceritakan ttg pengalamanku semasa di sekolah asrama dulu. Dan secara berseloroh juga aku mengajak mereka solat sunat Dhuha mulai esok. Aku turut menerangkan kepada mereka ttg kelebihan solat tersebut dll yg berkaitan.

Kedua-dua sahabatku ini kemudiannya dengan senang hati bersetuju untuk bersama-sama mengerjakan solat Dhuha pada waktu rehat mulai esok.

...aku sebenarnya tidak sangka lansung mereka akan begitu mudah menerima ajakanku, walaupun harapanku begitu tinggi agar mereka sudi bersama-sama mengerjakan ibadah tersebut sebagai amalan harian. Aku sangka, mereka tidak akan tertarik kerana sepanjang pemerhatianku memang tidak pernah ada pelajar yang buat solat Dhuha di sekolah ini.

...Astaghfirullahalaziim..aku memang dah salah sangka.. sesungguhnya Allah telah berfirman dlm surah alHujerat, '...sebahagian dari syak wasangka adalah dosa'

Padahal aku dah belajar ttg syak wasangka dalam subjek Pend Syariah Islamiah bab 'Menjaga Ukhuwah Islamiah'... kenapalah aku tak praktikkannya dalam hal ini? InsyaAllah selepas ini aku akan cuba hindarkan sifat syak wasangka ni.

Tapi kadang2 syak wasangka perlu ada apabila berhadapan dgn situasi tertentu seperti soal halal & haram makanan, soal anak2  balik lewat malam tanpa pengetahuan ibu bapa dsbnya.

Tapi, dalam situasi aku mengajak kedua sahabatku untuk solat Dhuha ni, memang tak patut untuk syak wasangka  bahawa mereka tak berminat untuk mengerjakannya.. Maafkanku sahabat..

Peristiwa ini juga membuatkanku sedar bahawa SESIAPA pun yang INGIN BERUBAH, sudah pasti BOLEH, jika BENAR2 BERUSAHA & NIATKANLAH KERANA ALLAH.

Selain niat yg betul adalah merupakan ibadah, termasuklah memilih sahabat yang baik, mendampingi orang2 berilmu, rajin menuntut ilmu, solat 5 waktu dll......siapa sahabat anda hari ini akan menentukan siapa anda pada hari esok...

Sekian, antara catatan diari Nadiah yg saya ringkaskan semuga dapat dimanfaatkan...Beliau kenal & kerjakan solat Dhuha dlm usia muda, saya pula mula kenal ketika umur dah nak senja...tak pe, tak pe..apa yg penting, niat utk tuntut ilmu & amalkan tu ada, pasti Allah kabulkan..Terima kasih para guru2ku yg memperkenalkan solat Dhuha & solat2 sunat lain esp Ustazah Salbiah Omar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...