Agak lama tak posting.
Kali ni mengenai kawan2. Pilihlah & seringlah bersama kawan2 yang bule mendekatkan diri kita pada Allah. Terutama orang lelaki. Maaf cakap le, antara sebab2 mengapa mereka merokok adalah sebab kawan-kawan. (Yang merokok kerana ayah tak peka , selamba merokok depan anak2 tu , ayah2 kena muhasabah , menyesal & berubah).
Yang perempuan pula, pengaruh hebat biasanya ialah cara berpakaian, solekan dll yg berkaitan dengan perhiasan. Bukan tak bole bergaul, silakan...sekiranya kita boleh mengajak kawan2 ke arah mematuhi Allah. Takut2 kita pulak yang selama ni alhamdulillah .. kantoi pulak..Mohon dijauhiNya.
Ada kisah di zaman Nabi saw.
Seorang Pemuka Quraisy Uqbah b Abu Mu'aith , walupun lum masuk Islam, namun hubungan peribadinya dgn Nabi saw adalah baik. Kerap kali ia bertukar2 fikiran & berbual2 dgn Nabi saw dalam suasana pergaulan yang baik.
Dipendekkan cerita, satu hari dia menjemput Nabi saw ke rumahnya & menjamu makan. Oleh kerana hubungannya yang baik dgn Nabi saw, Nabi pun amik kesempatan mengajaknya kepada Islam, dengan mengatakan baginda tidak akan makan sebelum Uqbah mengucap 2 kalimah Syahadah.
Salah satu tradisi orang Arab sejak sebelum & sesudah Islam & masih terpelihara, ialah memelihara hati tetamu selama dia berada di rumah kita. Berbalik pada Uqbah, ajakan Nabi saw itu dikabulkan, maka hidangan yang disediakannya pun dimakan Nabi saw.
Beberapa waktu selepas itu, Uqbah bertemulah dengan kawan lamanya yang sangat benci pada Nabi saw iaitu Ubayyu b Khalaf. Uqbah beritau Ubayyu tentang keIslamannya, kerana menghormati Nabi saw sebagai tetamunya. Ubayyu menyalahkan Uqbah atas kelemahannya itu, serta mencelanya kerana meninggalkan pegangan pusaka nenek moyang mereka yang telah dirusakkan oleh Muhammad tu.
Oleh kerana Uqbah lemah jiwanya, dia cemas & takut dengan ancaman Ubayyu & minta pendapat bagaimana dia dapat membebaskan dirinya kembali dari ikatan syahadahnya .
'Mudah saja' , kata Ubayyu, 'Kau caci maki dia (Muhammad), ludah muka dia, dengan tu kau dapat buktikan bahawa kau bukan menurut agamanya yang sesat tu'.
Tanpa fikir panjang, Uqbah menurut kata2 Ubayyu. Nabi sambut cacian, penghinaan & ludahan Uqbah dengan perkataan, bahwa satu masa nanti pedangnya akan memotong kepala Uqbah.
Ubayyu memujanya, tapi dalam hati kecil Uqbah terasa bahawa perbuatannya tu salah, tapi apakan daya, kelemahan jiwanya menyebabkan jiwanya menghadapi tekanan, kerana dia pun maklum hubungannya dengan Nabi saw sebelumnya sangat baik.
Akhirnya, kepalanya dipenggal oleh Sy Ali (dgn pedang Nabi saw) dalam perang Badar.
Itu lah pengaruh kawan. Islam sangat2 menggalakkan berjamaah setiap waktu, lantaran itu akan timbul cinta kerana persamaan pendirian & persamaan ibadat . Dianjurkan ziarah menziarah, tolong menolong atas kebaikan, jangan atas dosa & maksiat, sebagaimana ditegaskan lagi olah Hadis Nabi saw: "Kalau hendak mencintai seseorang, cintailah kerana Allah dan kalau hendak benci, bencilah keran Allah"
(Tafsir AlAzhar/Pak Hamka)
GENERASI SAILAN
بلـّغواعني ولوآية Sekadar menyampaikan walaupun satu ayat
Di Mana Nak Di Mulakan
Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan
03 March 2015
08 December 2013
Jalan2 Cari Masjid 1
Antara cita-cita (bole dikatakan juga 'niat' ) saya ialah nak ajak cucu lelaki saya (setakat ni baru sorang) ziarah masjid-masjid semampu kami sambil solat, tak kira le solat fardhu ke, dhuha ke, paling tidak pun tahiyatul masjid.
Masa saya muda2 dulu agak sibuk , bile anak2 cuti sekolah, kita pulak kerja, jadi rezeki cucu ni le setakat ni kbtulan tok ade melayannya, apelagi dia lelaki, semuga dgn gambar2 yang dipaparkan ni menjadi kenangan terutama baginya, mudah2an bila dia meningkat umor dia suka melazimi & mengimarahkan rumah-rumah Allah, juga menjadi inspirasi pada pak cik2nya juga keluarga lelakinya yg lain terutamanya.
Gambar2 ni taken Nov 2013.
setakat sini dulu, wassalam.

1. Masjid Sikamat Seremban |
2. Masjid Negeri Seremban |
3. Masjid Negara KL |
Nak ke Masjid Negara kami naik komuter dari stn Senawang Seremban-Stn KL, lepas tu jalan pelan2 melalui trowong ke masjid Negara. |
4. Masjid Senawang Seremban |
5. Masjid Bagan Pinang , Port Dickson |
Lepas pi masjid kat PD tu ... apalagi.. |
28 September 2013
KOMEN
Contoh: "Cuba 'komen' sikit baju ni"
Antara jawapan spontan :"merah sangat le, ketat sangat le, transparent le dll". (kebetulan memang pun betul apa yang di'komen'nya tu). Biasanya, komen setakat tu aje. Maka kesannya, yang dah terbeli/atau minat nak beli, hatinya menggerutu juga sebab di'komen' begitu. Kesan jangka panjang biasanya, mukanya akan susah nak ceria, lama2 dia pun suka 'komen/kritik'.
So, perkataan yang kesannya akan lebih banyak negatif, kita cuba kurangkan, sebaliknya kita tukar pada yang lebih tepat & memberi kesan ceria & positif.
Contoh: "Cuba beri 'pendapat' atau 'pandangan' tentang baju ni" .
Dengar soklan tu aje, pasti ade yang tergelak/senyum ke,sambil berkata: "Fulamak, biar betol, nanti den fikir dulu sebelum beri 'pendapat & ulasan' tu. " . (sekurang2nya suasana ceria dah ade, walau yang akan diulas agak serious sebab akan membabitkan hukum yang biasanya ada kalangan yang tak berapa menghiraukan).
Sambungan jawapan: "Den berpendapat, baju tu memeng cantik, ...bla, bla, bla,,, tapi kalau pakai di khalayak ramai, tak sesuai sangat sebab tak menutup aurat dengan sempurna, kalau suka juga bole le pakai dalam rumah depan suami (klu yg dah bersuami le), dapat pahala tau, ATAU pakai dalam rumah syok sendiri sambil masak ke, dll."
(apa macam , ok ke?) ...So, kurangilah sifat2 tak ceria/negatif baik dlm perkataan atau perbuatan, Nabi saw pun perpesan agar 'senyum', sebab akhir2 ni memang banyak perkara2 yang kita agak susah nak senyum : barang mahal le, minyak naik le, keluarga tak dengar kata le, jalan jem le, pemandu tak berdisplin le, kakitangan bawahan suka ponteng le, dll.
Semuga selepas ni bertambah ceria & positif tanpa abaikan perintah Allah malah semakin meningkat.
ulasan: riben tu besor le mak ngah. Tak po, kecik2 apo pakai comel belake. |
23 June 2013
Assalammu'alaikum..
Selamat bertemu kembali, setelah agak lama tak aktif.
Bukan apa, nak kata sibuk, tak juga sangat.. tapi bole le dikatakan busy le juga..
Pejam celik pejam celik Ramadhan akan datang beberapa hari lagi, semuga kita diberi peluang oleh Allah utk menyambutnya dgn lebih baik menurut garis panduanNya & Nabi saw yg kita cintai & idola kita, berbanding sebelum2nya. Amin.
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin & manusia, melainkan untuk mengabdi kepadaKu" (Adz-Dzariat ayat 56)
Jika seseorang telah mengaku beriman kepada ALLAH, tidaklah dia mau hidupnya di dunia kosong saja. Selagi nyawa dikandung badan, seluruh hidupnya hendaklah dijadikan IBADAT.
Menurut riwayat dari Ali b Abu Thalhah yg diterimanya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat ialah mengakui diri BUDAK atau HAMBA kepada ALLAH, tunduk menurut kemahuanNya, baik secara sukarela atau terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga.
Oleh yg demikian ayat ini memberi ingat kpd manusia bahawa sedar atau tak sedar dia pasti mematuhi kehendak Allah. Maka jalan yg lebih baik ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tak merasa keberatan lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Allah.
(Tafsir Al Azhar/Pak Hamka)
(note: skrg jerebu, yg paling teruk mula di Spore, Muar, JB, then berjangkit Melaka, dll , punca pembakaran hutan di Sumatra.. Mari pakat2 solat hajat mohon pada yg Maha Berkuasa dihilangkan jerebu & kita semua kembali padaNya)
Selamat bertemu kembali, setelah agak lama tak aktif.
Bukan apa, nak kata sibuk, tak juga sangat.. tapi bole le dikatakan busy le juga..
Pejam celik pejam celik Ramadhan akan datang beberapa hari lagi, semuga kita diberi peluang oleh Allah utk menyambutnya dgn lebih baik menurut garis panduanNya & Nabi saw yg kita cintai & idola kita, berbanding sebelum2nya. Amin.
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin & manusia, melainkan untuk mengabdi kepadaKu" (Adz-Dzariat ayat 56)
Jika seseorang telah mengaku beriman kepada ALLAH, tidaklah dia mau hidupnya di dunia kosong saja. Selagi nyawa dikandung badan, seluruh hidupnya hendaklah dijadikan IBADAT.
Menurut riwayat dari Ali b Abu Thalhah yg diterimanya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat ialah mengakui diri BUDAK atau HAMBA kepada ALLAH, tunduk menurut kemahuanNya, baik secara sukarela atau terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga.
Oleh yg demikian ayat ini memberi ingat kpd manusia bahawa sedar atau tak sedar dia pasti mematuhi kehendak Allah. Maka jalan yg lebih baik ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tak merasa keberatan lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Allah.
(Tafsir Al Azhar/Pak Hamka)
Adtec Kemaman 2011 - tinggal kenangan |
19 December 2012
Hadits Rasulaullah saw
Rasulaullah saw bersabda bermaksud:
"Ada 3 perkara yg jika ketiga perkara tersebut terdapat pada diri seseorang, maka ia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu:
1) Allah & RasulNya lebih dicintai dari selain keduanya,
2) tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah semata, &
3) tidak ingin kembali kafir kepada Allah sebagaimana dia tidak ingin dilemparkan ke dalam neraka".
(HR Anas ibn Malik)

Sibuk macam mana pun solat jangan tinggal. |
14 November 2012
Hijrah Rasulaullah saw
15/11/2012 kita menyambut 1 Muharram 1434 H.
Mari kita imbas2 peristiwa tu wlu secara ringkas, sentiasa lah kita semat dihati ,renung2, dalami2, ambil ingatan , iktibar & pengajaran.
Sesungguhnya tiada yg lebih baik pengajaran utk kita ambil selain yg ditunjuki oleh Rasulaullah saw yg kita wajib imani & contohi.
Antara rentetan peristiwa tsb:
1) Tttg tawaran & pelawaan kpd Sy Abu Bakar sebagai teman baginda.
2) Sy Ali lewat berhijrah kerana perlu membereskan segala amanah yg telah diamanahkan org2 mekah kpd baginda sebelum tu. Dlm mereka menentang Nabi saw menuduh baginda penipu, pendusta dll, harta2 & barang2 mereka diamanahkan pulak pada Nabi saw utk menjaganya. Pelik & ganjil.
3) Peranan anak Sy Abu Bakar (Abdullah & Asma') .
4) Penglibatan Suraqah yg diarahkan memburu Nabi saw & Sy Abu Bakar.. (beliau akhirnya masuk Islam)
5) Sambutan meriah org2 Ansar thd Nabi saw mempamirkan betapa kasih , cintanya mereka tak kira lelaki, perempuan, tua, muda , setiap hari keluar beramai2 menanti2 ketibaan Rasulaullah.
Dll...
Perbanyakkan lah selawat keatas junjungan Nabi saw yg kita kasihi, rindui , serta amat-amati lah & ikutlah pesan baginda -> Quran & hadis rujukan kita.
(rujukan: kitab2 sirah)

03 September 2012
Aktiviti bersama Ustazah Salbiah
Selamat bertemu semula & rasanya ok lagi kot untuk ucapkan selamat menyambut syawal .. yg di bulan ni digalakkan sangat2 kita puasa sunat 6 hari.
Saya ade menerima beberapa pertanyaan mengenai kelas bersama Ustazah Salbiah.
Bagi menjawabnya, saya catatkan ringkas saja, mudah2an dapat gambaran.
Kami yang mengikuti kelas beliau, kebanyakan dah agak lama, ada yg lebih 20 thn, paling kurang 7,8 tahun.
Peringkat awal, ustazah mengajar di pejabat2, surau2, rumah jemaah seminggu sekali biasanya tengahari & petang. Kelas usrah seminggu sekali waktu malam. Antara yang diajar ialah perbaiki bacaan quran + memahami isi quran + kitab/buku2 antaranya yg saya sebutkan dalam post terdahulu 'Buku Oh Buku'.
Selang beberapa lama, (kira-kira 13thn lepas) ustazah mengorak langkah buka kelas dhuha yg di adakan tiap-tiap hari (melainkan cuti umum) mulai 8.00-10.30/11 pagi, dengan pengisian seperti solat dhuha, solat hajat, solat tasbih (biasanya Jumaat), doa harian, quran & kitab2/buku2 , dll. Masa ustazah mengikut suaminya bertugas di Sarawak & luar Seremban, kami masih meneruskan aktiviti tersebut, kerana telah biasa & supaya tak putus jemaah.
Dalam pada itu aktiviti kami telah bertambah antaranya membuat roti yg fokus utama utk jemaah2 & anak2 murid ustazah di mana ustazah akan berceramah dll. Selain itu kami pernah buat trip bersama antaranya Perth, Singapura, Sarawak, Acheh, Medan , dalam negeri dll. Selain melihat kejadian Allah dll kami jalinkan siturahim dgn jemaah2 di sana. Akan datang ialah Medan 22-15 dis ni.
Sekarang ada 2 tempat di Seremban kami menjalankan aktiviti, di Dataran & Taman Kemuning Senawang. Untuk detail bole le hubungi saya talian 0196137562 . Sekian secara ringkas..
Mudah2an tambah ilmu, tambah iman, tambah amal .

Antara jemaah Sbn & S4 di satu majlis |
31 July 2012
Memandu
Kira-kira >18 tahun lepas, salah sorang murid Ustzah Salbiah (kami panggil Mak Leha), tak pandai memandu.
Dia suri rumah tangga, buat kerja macam2 nak bantu pendapatan suami.
Dalam sibuk2 tu, dia luangkan masa ke majlis ilmu.
Antara saranan ustazah ialah belajar & amik lesen memandu kereta bagi yang lum ade lesen. Masa tu kebanyakan tak terfikir lansung ttentang hal tu sebab macam impossible. Apa lagi kebanyakn dah hampir atau over 50.
Tapi Mak Leha ni adalah antara yg menyahut saranan tu. Saya sendiri pun macam tak sangka...
Sekarang ....
Bergaya sungguh dia. Tu kereta anaknya yg pi kerja sat di luar negara, maknya le yg pakai buat pergi majlis ilmu. Banyak pahala anaknya. Kereta tu antara yg mengangkut jamaah iringi ustazah ke majlis2 ilmu...
Dia ade kereta sendiri yg dibelikan anak2nya , tapi Mak Leha nak beri pahala kat anaknya..
Antara pesan ustazah.. sekurang2 ade sorang (ramai lagi bagusss) di kalangan sebuah keluarga yg melazimi majlis ilmu & mengamalkannya , insyaAllah aura kebaikan & keberkatan dari Allah dapat dinikmati seisi kelaurga..
Dia suri rumah tangga, buat kerja macam2 nak bantu pendapatan suami.
Dalam sibuk2 tu, dia luangkan masa ke majlis ilmu.
Antara saranan ustazah ialah belajar & amik lesen memandu kereta bagi yang lum ade lesen. Masa tu kebanyakan tak terfikir lansung ttentang hal tu sebab macam impossible. Apa lagi kebanyakn dah hampir atau over 50.
Tapi Mak Leha ni adalah antara yg menyahut saranan tu. Saya sendiri pun macam tak sangka...
Sekarang ....
Dia ade kereta sendiri yg dibelikan anak2nya , tapi Mak Leha nak beri pahala kat anaknya..
Antara pesan ustazah.. sekurang2 ade sorang (ramai lagi bagusss) di kalangan sebuah keluarga yg melazimi majlis ilmu & mengamalkannya , insyaAllah aura kebaikan & keberkatan dari Allah dapat dinikmati seisi kelaurga..
Ni kuda abg saya .. dia pun nak pahala juga.. insyaAllah semuga Allah pekenankan, restu & sngat suka |
30 July 2012
Lagi Aktiviti
Ni surau di Tmn Aman Perdana Klang. 27/7//12 lepas den & geng iring Ustazah Salbiah di situ. |
Ustzah sdg beri penerangan ttg cara supaya saf cantik & lurusss....sebelum solat tasbih |
Esp utk warga Adtec Kemaman yg mngkin masih teringat kami esp yg dlm gambo tu, tu antara aktivitinya skrg..layan cucu ... hehe (kira2 beberapa hari sblum Ramadhan, . aduhai.. tak terlayan) |
Aduh ..sangat le comel ..nak amik gambo kena hias cantik2... |
SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA... SEMUGA ALLAH CUCURI RAHMATNYA, AMPUNKAN & JAUHKAN KITA SEMUA DARI API NERAKA.
Banyakkan SABAR ye.. daripada marah, nak makan lebih2, perkara yg sia2 & laro.
Subscribe to:
Posts (Atom)