Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

03 September 2012

Aktiviti bersama Ustazah Salbiah

Selamat bertemu semula & rasanya ok lagi kot untuk ucapkan selamat menyambut syawal .. yg di bulan ni digalakkan sangat2 kita puasa sunat 6 hari.

Saya ade menerima beberapa pertanyaan mengenai kelas bersama Ustazah Salbiah.
Bagi menjawabnya, saya catatkan ringkas saja, mudah2an dapat gambaran.

Kami yang mengikuti kelas beliau, kebanyakan dah agak lama, ada yg lebih 20 thn, paling kurang 7,8 tahun.
Peringkat awal, ustazah mengajar di pejabat2, surau2, rumah jemaah seminggu sekali biasanya tengahari & petang. Kelas usrah seminggu sekali waktu malam. Antara yang diajar ialah perbaiki bacaan quran +  memahami isi  quran + kitab/buku2 antaranya yg saya sebutkan dalam post terdahulu 'Buku Oh Buku'.

Selang beberapa lama, (kira-kira 13thn lepas) ustazah mengorak langkah buka kelas dhuha yg di adakan tiap-tiap hari (melainkan cuti umum) mulai 8.00-10.30/11 pagi, dengan pengisian seperti solat dhuha, solat hajat, solat tasbih (biasanya Jumaat), doa harian, quran & kitab2/buku2 , dll.  Masa ustazah mengikut suaminya bertugas di Sarawak & luar Seremban, kami masih meneruskan aktiviti  tersebut, kerana telah biasa &  supaya tak putus jemaah.

Dalam pada itu aktiviti kami telah bertambah antaranya membuat roti yg fokus utama  utk jemaah2 & anak2 murid ustazah di mana ustazah akan berceramah dll. Selain itu kami pernah buat trip bersama antaranya Perth, Singapura, Sarawak, Acheh, Medan , dalam negeri  dll.  Selain melihat kejadian Allah dll kami jalinkan siturahim dgn jemaah2 di sana. Akan datang ialah Medan 22-15 dis ni.

Sekarang ada 2 tempat di Seremban kami menjalankan aktiviti, di Dataran & Taman Kemuning Senawang. Untuk detail bole le hubungi saya talian 0196137562 .  Sekian secara ringkas..

Mudah2an tambah ilmu, tambah iman, tambah amal .

Antara jemaah Sbn & S4 di satu majlis



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...