Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

03 March 2015

Memilih Kawan

Agak lama tak posting.

Kali ni mengenai kawan2. Pilihlah & seringlah bersama kawan2 yang bule mendekatkan diri kita pada Allah. Terutama orang lelaki. Maaf cakap le, antara sebab2 mengapa mereka merokok adalah sebab kawan-kawan.  (Yang merokok kerana ayah tak peka , selamba merokok depan anak2  tu , ayah2 kena  muhasabah , menyesal & berubah).
Yang perempuan pula, pengaruh hebat biasanya ialah cara berpakaian, solekan dll yg berkaitan dengan perhiasan. Bukan tak bole bergaul, silakan...sekiranya kita boleh mengajak kawan2 ke arah mematuhi Allah. Takut2 kita pulak yang selama ni alhamdulillah .. kantoi pulak..Mohon dijauhiNya.

Ada kisah di zaman Nabi saw.
Seorang Pemuka Quraisy Uqbah b Abu Mu'aith , walupun lum masuk Islam, namun hubungan peribadinya dgn Nabi saw adalah  baik. Kerap kali ia bertukar2 fikiran & berbual2 dgn Nabi saw dalam suasana pergaulan yang baik.

Dipendekkan cerita, satu hari dia menjemput Nabi saw ke rumahnya & menjamu makan. Oleh kerana hubungannya yang baik dgn Nabi saw, Nabi pun amik kesempatan mengajaknya kepada Islam, dengan mengatakan baginda tidak akan makan sebelum Uqbah mengucap 2 kalimah Syahadah.

Salah satu tradisi orang Arab sejak sebelum & sesudah Islam & masih terpelihara, ialah memelihara hati tetamu selama dia berada di rumah kita. Berbalik pada Uqbah, ajakan Nabi saw itu dikabulkan, maka hidangan yang disediakannya pun dimakan Nabi saw.

Beberapa waktu selepas itu, Uqbah bertemulah dengan kawan lamanya yang sangat benci pada Nabi saw iaitu Ubayyu b Khalaf. Uqbah beritau Ubayyu tentang keIslamannya, kerana menghormati Nabi saw sebagai tetamunya. Ubayyu menyalahkan Uqbah atas kelemahannya itu, serta mencelanya kerana meninggalkan pegangan pusaka nenek moyang mereka yang telah dirusakkan oleh Muhammad tu.

Oleh kerana Uqbah lemah jiwanya, dia cemas & takut dengan ancaman Ubayyu & minta pendapat bagaimana dia dapat membebaskan dirinya kembali dari ikatan syahadahnya .

'Mudah saja' , kata Ubayyu, 'Kau caci maki dia (Muhammad), ludah muka dia, dengan tu kau dapat buktikan bahawa kau bukan menurut agamanya yang sesat tu'.

Tanpa fikir panjang, Uqbah menurut kata2 Ubayyu. Nabi sambut cacian, penghinaan & ludahan Uqbah dengan perkataan, bahwa satu masa nanti pedangnya akan memotong kepala Uqbah.
Ubayyu memujanya, tapi dalam hati kecil Uqbah terasa bahawa perbuatannya tu salah, tapi apakan daya, kelemahan jiwanya menyebabkan jiwanya menghadapi tekanan, kerana dia pun maklum hubungannya dengan Nabi saw sebelumnya sangat baik.

Akhirnya, kepalanya dipenggal oleh Sy Ali (dgn pedang Nabi saw) dalam perang Badar.

Itu lah pengaruh kawan. Islam sangat2 menggalakkan berjamaah setiap waktu, lantaran itu akan timbul cinta kerana persamaan pendirian & persamaan ibadat . Dianjurkan ziarah menziarah, tolong menolong atas kebaikan, jangan atas dosa & maksiat, sebagaimana ditegaskan lagi olah Hadis Nabi saw:  "Kalau hendak mencintai seseorang, cintailah kerana Allah dan kalau hendak benci, bencilah keran Allah"

(Tafsir AlAzhar/Pak Hamka)

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...