Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

19 August 2010

Ustazah Salbiah Omar

Kali ni den nak cita sikit ttg guru den yg den mendalami agama dah leb 15 tahun. Sapa lai klu tak Ustazah Salbiah Omar. Masa tu den baru pindah ke JKR Seremban dari Manjung Perak. Ada ofis mate suggest panggil Ustzah Salbiah buat kelas kat pej waktu lunch hour seminggu sekali. Den setuju benor. Den tak kenal mana2 ustaz atau ustazah kat NS sbb den baru dtg kek NS. Yg den biasa dengor nama  ust Ismail Kamus sbb selalu juga beli kaset dia. Pak Hamka den pernah jumpa  sbb pernah dtg kat opis JB masa den mula2 keja. Masa tu den muda bebenor le, member ajak kita pi le.

Berbalik kisah mula2 berlajar kek Ustzah Salbiah. Ada juga opis mate yg kasi warning leb kurang gini: "Ustazah Salbiah tu garang, dia akan tegur direct.". Saya diam aja, dlm hati berkata: aku nak mendalami agama kerana Allah.

Mmg le, First day den dah  kena tegur oleh  dia. Citonya gini: 
Kelas jangka mula 12.45 thari. Jadi bila jam kek dinding bilik den  tunjuk 12.40 thari den pi le kek bilik mesy yg dijadikan kelas. Dekat aja.  Rupa2nya ustazah Salbiah dah sampai.  Dia kata kak den leb kurang begini: "Nampaknya guru yg datang dulu". Den senyum2 aja, rupa2nya jam den yg lewat. Sejak tu den le yg paling awal tiba..Disiplin tu penting klu ilmu nak masuk.. Itu yg den dapat pelajaran ari tu, selain tau isi quran yg selama ni den pun tak tau... Ngaku ni.

setakat sini dulu..sambung lagi nanti..

Lagi mengenai puasa Ramadhan

Kita sering dengar ttg puasa2 sunat di bulan Rejab & Saaban, di samping puasa Isnin Khamis dll. Menurut kajian, sapa2 yg biasa buat puasa2 sunat, bila tiba Ramadhan insyaAllah tak de masaalah.
Tak teringin dia nak berlebih2 menu makan utk berbuka, habis pasar ramadhan dia round, serta  naik angin tak pasal2  kerana letih dll (betul tau!!  Ramai  yg puasa Ramadhan semakin garang kerana tak tahan lapar sbb tak pernah dilatih dgn puasa2 sunat- bukan saya kata, tapi guru sy kata),  so.. sering2 le puasa sunat..kerana Allah. Bukan kerana lain, & rasa le nikmatnya yg Allah beri pada jiwa & anggota.

Aku berpesan2 utk diriku & sesiapa yg membaca atikel ni..
Mudah2an puasa Ramadhan kita kali ni lebih baik dari sebelumnya & menghasilkan ketakwaan pada diri kita semua. Amin.

13 August 2010

Tempat Kerja baru

Tak pasti tarikh sebenar akan berpindah ke tempat kerja baru di ADTEC Kemaman. Ianya banyak bergantung kepada tarikh siap projek kerana ADTEC Kemaman adalah merupakan projek baru dan berdasarkan kepada perancangan akan siap 30hb Ogos 2010. Just keep my finger x. Gambar artis ADTEC Kemamam.

12 August 2010

Ramadhan 1431H (2010)

Selamat bertemu semula, nak sambung pasal kuliah Ramadhan ni..

Soalan yg selalu ditanya: Kenapa masih ada perangai tak elok & susah nak ibadat wlu setan dah ditambat?
Guru saya kata: Setan ni cerdik.. 11 bulan dia ajar & pengaruh manusia supaya berperangai macam dia, so dah sebati le...  Hi, ngerinya!! so sekurang2nya mesti ada ahli keluarga, sahabat2 yg ingat mengingat.. sbb setan ni salah satu yg dia tak suka ialah, klu kita berkawan & berdamping dgn org2 berilmu & baik2 yg patuh perintah Allah..

jumpa lagi..

Ramadhan 1431H (2010)

Ramadhan tiba lagi. Menjelangnya Ramadhan & dlm bulan Ramadhan kita sering dengar ttg kelebihan Ramadhan, amalan2 yg patut dibuat dll.

Saya juga nak kongsi mengenainya, yg saya dengar dari kuliah guru saya baru2 ni, mudah saja ceramahnya tapi amat berkesan utk diri saya iaitu:

1) Dlm setahun, selama 11 bulan kebanyakan manusia dah banyak berlebihan2 membantai macam2 makanan, tidur,  melakukan perkara sia2 dll, yg hasilnya macam2 penyakit fizikal & dalaman datang & singgah kat kita.
So Allah beri 1 bulan Ramadhan ni, bulan yg sangat istimewa utk bakar punca penyakit2 tu.. di mana sesiapa yg ikut disiplin insyaAllah ...klu tak sembuh sepenuhnya, sekurang2nya kurang le penyakit tu (zahir & batin). Malah ada pula yg bertambah sihat.

Allah bantu lagi dgn ditambatnya setan.. yg selama ni membisik2kan, mengipas2 benda yg tak baik..

Ok .. berhenti dulu..sambung lagi ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...