Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 March 2011

Baca, Faham, Hayati, Amal & Sebarkan (4)

Terjemahan Surah Hud (surah 11 dlm Juz 12):

Ayat 113:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan;

114:
Dan dirikanlah solat pada 2 bahagian siang (pagi & petang) & pada ketika waktu permulaan malam (Maghrib & Isyak), sesungguhnya amal2 kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah2 Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat;

115:
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.

116:
Maka sepatutnya ada di kalangan umat2 yang telah dibinasakan dahulu, orang yang teguh beragama yang melarang kaumnya daripada perbuatan2 jahat di muka bumi, (tetapi sayang! tidak ada yang melarang) melainkan sedikit sahaja, iaitu orang yang Kami telah selamatkan antara mereka. Dan orang yang tidak melarang itu hanya mementingkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka & jadilah mereka orang yang berdosa.

117 & 118:
Tuhanmu tidak sesekali mahu membinasakan mana2 negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Kalaulah Tuhanmu menhendaki, tentulah Dia menjadikan kamu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) & kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

119:
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, untuk itulah Allah menjadikan manusia, & dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu, "Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekelian jin & manusia (yang berdosa),"

120:
Setiap berita daripada berita rasul2 itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran & pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.

121:
Katakanlah kepada orang yang tidak beriman: "Buatlah apa sahaja yang kamu sanggup lakukan. Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (perintah Tuhan kami);"

122:
Dan tunggulah! Sesungguhnya kami juga menunggu,"

123:
Allah jualah yang mengetahui rahsia langit & bumi & kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya. (Ingatlah), Tuhanmu tidak sesekali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sumber: AlQuran Mushaf Msia (Yayasan Restu)

Pendirian/Pendapat saya ttg isu2. peristiwa semasa yang Allah beri peluang kita dengar,saksikan ekoran  ilmu it canggih dll  yg Allah kurniakan kepada hamba2Nya yang tertentu;

Mula2 (& kalau dapat kekalkan hingga akhir hayat) diri saya sendiri hendaklah kembali pada Allah (bertaubat, muhasabah diri, menghadiri majlis2 ilmu (membaca, bertanya, dll), cuba perbaiki/tingkatkan amal ibadat, cuba buang sifat2 mazmumah & ganti dgn sifat2 mahmudah, mana2  isi quran,  hadis2,  pendapat2 ulamak yang berselisihan, saya berlapang dada.. ---> tapi mana yang saya lebih condong utk ikuti, saya serah pada Allah dengan solat2 hajat dsbnya.  Orang lain mungkin berbeza setelah melalui proses yang sama.. saya berpendapat , itu adalah hak masing2 yang Allah beri pada masing2. Dan tak mustahil kecondongan itu boleh berubah......disebabkan kita mohon pada Allah, saya berpegang Allah lah yang memandu..

"Hanya Allah ku serahkan segala urusan & keputusan kerana kesempurnaan mutlak  itu milik Allah"

29 March 2011

Baca, faham, Hayati, Amal & Sebarkan (3)

(Luqman berkata) "wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yg baik atau yg buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tentu akan dibawa oleh Allah (utk dihakimi & dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Menghalusi lagi Maha Mengetahui".       (surah Luqman - 31/juz21/ayat 16)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat & suruhlah (manusia) berbuat kebaikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar serta bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan2 yang diwajibkan".  (Luqman/ayat 17)

"dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia & janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka pada setiap orang yang bersikap takbur, lagi membangga diri".    (Luqman/18)

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk2 suara ialah suara keldai " (Luqman/19)

(dari AlQuran Mushaf terbitan Yayasan Restu)

YouTube

Kali ni mengenai Youtube.
Cucu den pun pandai mintak nak tengok Youtube..bayangkan le klu tak dipantau. Apo nak buat, zaman it ni, kena terima le.. tu yang kadang2 sesetengah rumah tak de intnet. Tapi budak2 tu nanti pandai cari sendiri bila dah besar sikit & berkawan..

Berbalik kisah cucu den, kegemarannya tu le, spr Mickey Mouse, Learn Alphabets, yg keretapi tu (Thomas..), Tom & Jerry , dll yg sewaktu dgnnya.  Kita layan le juga.. kdg2 kita tolong tambah2 dgn yg nasyid2, zikir2..kira yg baik2 & innocent le..
  
Tapi kan, kadang2 sdg syok2 nikmati katun , tup.tup..terpacul kat bah atas on the right side..  si Bella.. Jahat betul le.. Tu lum lagi yg sengaja klik yg sewaktu dgnnya, malah ada tajuk ok, cantik.. bila klik ...aduhai.. pening!!

Itu le yg kita terpaksa terima sekarang.. Akan datang mcamnana agaknya..Sesuatu kenalah difikir & dibuat  termasuk mengawal rancangan2 tv yg menayangkan aurat perempuan keterlaluan & berlebih2an..

Bagusnya ialah kita pandai jaga  iman & tahan nafsu & bisikan syaitan utk lihat yg tak elok tu.  Kalau TERtengok, TERklik atau segaja pun.. (harap2 tak ketagih).., bertaubat le, mohon pada Allah supaya kukuh & mantapkan iman, banyak berzikir, mengaji, sibukkan dgn prog2 masyarakat & aktiviti elok dll... insyaAllah akan dipanduNya..walau hembusan  syaitan untuk suruh tengok  sangat kuat. Allah akan pandu dgn dikurniakan rasa benci & bersalah.& berdosa..

Walaubagaimana pun kalau tak layari Youtube..pun tak boleh..   Carileh yg LEBIH  manfaat mengatasi yg tak manfaat lansung..

Antara yang saya suka : yg corak2 agama  gitu le esp di luar negara (rivert/convert to Islam, The Deen Show, quran reciting, juga katun2 kegemaran cucu tu le + wonderpets, nasyid2 dan seumpamanya). Apa2 semua bole asal niat kerana Allah, tak ngundang dosa & manfaatnya lebih...  (Agaknya sbb saya dah tua kot, sesuai le tu..)

Cikgu Syidah? .. pendapat peribadi saya beri markah 65%  (pada saya selagi  >50% kira ok),  sbb dia tutup aurat, niat utk supaya students dia tak boring belajar & tambah maju (tapi kena pantau-klu berkesan cikgu2 lain bole tiru..he..he..),  kreatif.. & menghiburkan (saya perempuan, dia pun perempuan..tak jadi hal),  tapi ada benda2 yg boleh diperbaiki utk tambah kpd 80%.. (tapi nak capai 100% tak boleh kerana manusia tak perfect.. Kesempurnaan hanya milik Allah). Jgn marah cikgu syidah..be positif.. pelik tapi ok..teruskan & perbaiki..!!

28 March 2011

KOMUNIKASI

Bila sekarang ni heboh tentang isu buang bayi, bayi tak sah (luar nikah) & seumpamanya,  saya teringat satu cerita sedih.. Lama dulu diceritakan oleh kawan saya. Saya masukkan dalam blog ni mudahan2an memberi manfaat. Sebelum tu saya berpesan2 pada sesiapa yang baca blog ni, berhati-hati la ye apabila kamu sudah ada 'spesial', tapi masih lum nikah..

Berbalik kisah sedih tu bukan disebabkan hubungan tak sah atau seumpamanya, tapi disebabkan  masaalah KOMUNIKASI.. ya! Yg pakar motivasi selalu kempen la ni.. iaitu KOMUNIKASI..

A gadis anak sulung dari 5 adik beradik yang ibu ayahnya bekerja. Bila ibu ayah bekerja kurang le komunikasi sejak A kecil hingga remaja, melainkan yang penting-penting aja. Pulak tu ibu ayahnya jenis agak pendiam. Satu hari ketika A lebihkurang 18 tahun, ia pergi ke rumah makciknya & semasa membelek2  koleksi lama album makciknya ada le gambar2 perkahwinan (+ sanding2, renjis2 gitu le) kedua ayah & ibunya. Lama A merenung photo2 tu, tiba2 hatinya sebak, sebab  gambar2 tu tak de dalam simpanan album ayah ibunya. Tu le first time dia tengok, sebab selama ni kalau dia tanya pun ibunya akan kata, dah tak de... terbakar.

Kemudian matanya terpandang tarikh pada gambar tu, 1.1.1973.  Ditenung lagi. Betul le. Dia mencongak2 tarikh lahirnya 19.6.1973. Berderau darahnya.. (Saya rasa pembaca dapat fikir kenapa A gelisah). Ok le saya tolong congakkan, kalu ikut pekiraan A bermakna dia dilahirkan kira-kira 5 bulan lebih dari tarikh kawin kedua ibu bapanya. Tak cukup bulan!! Maknanya..apa tu?  itu le yang A fikirkan..

Kerana takut, segan,  masaalah komunikasi dll  maka si A tak le berani/tergamak  bertanya pada makciknya, apalagi kedua ibu bapanya. Macam2 le yang difikirnya spr,... no wonder le gambar2 tu tak de disimpan oleh ibu bapanya (entah2 sengaja dibakar)... Syaitan pun tolong mengipas2nya maka lepas tu jadilah A seorang yang pemurung, kadang2 pemarah, melawan/rebellious, semakin tak mesra dgn ibu bapa & adik beradik yang lain dsbnya...

Dia tak sangka betul sebab kedua ibu bapanya kelihatan warak, tutup aurat/tudung labuh, sering ke majlis2 ilmu,surau dll.. pendek kata memang baik agamanya le.. malah A & adik2nya kedua ibu bapanya le yg mengajar ngaji & agama sikit2.  Ibunya perasan ttg perubahan sikap A tu, bila ditanya  dia hanya jawab ..tak de apa2... (sebenarnya dia serba salah... klu ia beritau ibunya bermakna akan membongkar semula kisah lama kedua ibu bapanya.. malu le mereka..)
Dalam pada itu perangai negatif A berlarutan sehinggga beberapa tahun..yang kadang2 membuatkan ibunya menangis senyap2..

Dipendekkan cerita, semasa di U, A mengadu pada ustazah masaalahnya...(wlu malu), sbb memikirkan kalau nikah nanti, layakkah ayahnya jadi wali?  ... Ustazahnya buat solat hajat  beberapa kali, satu hari dia jumpa A & minta A dapatkan surat nikah kedua ibu bapanya...itu le caranya..
Macam mana ye? Ni isu sensitif.. saja2 minta surat nikah tanpa sebab..... rumit, rumit..

Akhirnya dapat juga A surat nikah kedua ibu ayahnya (itu pun dia puas bongkar kat laci semasa ibu bapanya outstation)...tapi tulisan jawi.. dia faham le sikit2.. tarikh nikah...19.8.1972.. betul ke ni? dia bawa surat nikah tu kepada ustazahnya & confirm le.. tarikh nikah  19.8.1972. Bermakna A lahir setelah kira2 10 bulan  lebih ibu ayahnya menikah? Kenapa dia tak tahu?

Ha... ni le yg saya nak bincangkan... puncanya ialah KOMUNAKASI... tak de komunakasi.. masing-masing2 tak amik kisah & tak bercerita sebab perkara tu tak penting & Tak de silapnya klu tak tau ibu bapa kita dulu nikah kat mana dsbnya (saya rasa dari 10, mungkin 1 org yang komunikasinya terover yang amik  tau hal2 ttg pernikahan / sanding2  ibu ayahnya   dsbnya),  tapi bayangkan kesan yg timbul kerana ilmu komunikasi tak ada. lansung.  Tu le sebabnya, sekarang ni kalau dengar pakar2 motivasi, asyik2 komunikasi, asyik2 komunakasi.. zaman saya dulu2 pun tak de ilmu tu..

Tapi memang penting sekarang.. dulu2 saya suka tengok siri Nanny 991..  agaknya mat saleh ni pasal ilmu komunakasi dia over /tak malu bertanya/terbuka.. sbb tu maju kot.. cuma ttg Islam dia org lambat dapat maklumat.. (sekarang ni cuba jengok2 Youtube Convert To Islam, Deen Show ke dsbnya....)

Berbalik kisah sedih si A, lepas tu baru le dia  tahu,   ibu bapanya  nikah dulu (org2 dulu2 kata nikah gantung) kenduri  kecil2an sebab ayahnya kena pi kursus obersea mengejut.  Kenduri besar2 + sanding2 tu, setelah ayahnya balik bulan Dis 1972. Ttg gambor2 dah tak de dlm simpanan ibu bapanya, memang dah dibakar oleh ibunya..sebab bila dia sedar dulu2 buat majlis tak ikut Islam (renjis2 & tak tutup aurat), jadi dia nak tutup kisah lama & tak mau anak2 & org lain tengok. Dia tak tau makcik A ada simpan.

So..konklusinya...  jangan le pendiam sangat,  bertanya le, berbual2 le..berbincang le..  tapi jangan sampai tegang & berbalah..

Beza umur kadang2 memang agak susah untuk  kesesuaian, cuba le, cuba le, cuba le.... dgn berlapang dada & positif...
Amik kisah A sbagai ikhtibar... berapa lama dia memendam rasa & benci thd  kedua ibu bapanya.. Nak salahkan siapa?    Ntah le.. (mak cik dia kot!!)

Panjang cerita den ni..bole buat drama.  Den pun mmg sedih bila dengar cerita ni.

"

27 March 2011

Usrah Pertama ..

Alhamdulillah, sampai hajat untuk buat program usrah di kalangan staf perempuan & isteri kakitangan ADTEC Kemaman yang pertama pada Rabu malam Khamis 23/3/2011 lalu di kuarter pengarah. Pengisian malam tu ialah solat maghrib, solat hajat, bacaan al-mathurat, taaruf, bacaan  ayat 1-5 al baqarah (+ terjemahan), solat isyak, witir & sedikit jamuan, sebagaimana  lazimnya di mana2 prog usrah.
Saya berdoa semuga dapat dipanjang2kan program ini, sebulan sekali ke, 2 bulan sekali ke..lebih kerap lagi bagus.. kerana program ni merupakan  salah satu sunnah Nabi saw yang sangat2 kita kasihi & patuhi..

Semuga warga ADTEC Kemaman sentiasa dilindungi, dipandu, dikasihi  & dirahmati Allah ...Amin!!

(from left:  Faezah, Ija, Hasiah (isteri staff), ...m..., Suhaila & Natrah.

shot dekat sikit..


Buat le ...

Buat, jangan tak buat  walau mungkin agak jarang2 dibuat orang... selagi  tak dosa & menyusahkan makhluk lain (esp masyarakat). Apalagi perkara tu menyenangkan & memudahkan kita & pihak2 lain pula. Walupun masa muda2 kita agak malu2 (maklum le  kadang2 nak jaga prestij.----> saya le tu) . For example :

Alahai...... setakat siang ayam, semua orang bisa buat dong!!  Ye le tu.. tapi yang ni memang dulu2  den  tak pernah buat (klu org lain dah buek dulu dari den, Tahniah!!!) . Selama ni pergi pasar, beli ayam, ikan ke, lepas bayor balik. Terkial2 le kita menyiang  di rumah , pulak tu pisau tumpul, melenting2 sisik, darah ikan..(tu saya le)..kat lantai, dinding ke..

Atau kalau nasib baik, penjual tu tolong siangkan, tu pun bersyarat, antaranya .. beli ikan yang besar2 sikit (selar kuning tak main kot), melebihi RM20 ke, atau masa tu mood dia ok.

Jadi  idea datang masa den pindah kek ADTEC Kemaman le ni! (bayangkan umur sebegini baru datang idea cun, tak pe- tak pe, lum lewat) . Di kedai yang den selalu beli barang2 dapur (di Kg Payuh kira2 500m dari ADTEC K), tokeh tu memang bersedia untuk tolong siangkan ikan2/ayam ke..

Satu hari dia sebuk layan pelanggan & den pula nak cepat.. dalam hati kata kalu den sendiri siang pun no hal, parang tajam, choping board pun cantik, peralatan semua lengkap.. why not? Bila den minta izin, tokeh tu agak heran & macam tak sampai hatii.. tapi den kata , tak pe, tak pe.. Den pun diberi apron, semua orang kat situ macam pelik & senyum2.. Den puas, tokeh lega..masing2 happy..

Selepas peristiwa tu,  ada masa2nya dia yang akan siang, kadang2 den siang.
bersama tokeh kedai
Tapi tak semua tempat den boleh buat begitu.. tengok tempat & keadaan le. Begitu juga le kalau nak buat benda2 lain.. tengok le tempat, situasi ..den ulang , SELAGI  TIDAK BERDOSA & MENYUSAHKAN PIHAK LAIN & diri sendiri .. he he hi hi..

25 March 2011

Photo berbicara

Jum layan photo pulak..
tengok photo, ingat peristiwa..

Member-member den sama-sama belajar dgn ustazah Salbiah.. minta autograph kek buku baru

Rindu kek semua.. Bila mai dari Kedah? (tuju yg baju biru tu, ibu kpd jemaah yg sebelahnya)

cucu den kepenatan lepas main2  kek Komplek Belia & Sukan Paroi

rebut le peluang

Tetamu dari TATiUC Kemaman (member2 si Nurul)

Apartment staff  around 7.15am

Jejantas ke masjid besi Putra Jaya (renyai)

Di majlis bacaan yasin & doa di kuarter staf ADTEC
antara pengajar  ADTEC Kemaman (che Ha, Lin & Linda)

Bas

Pernah naik bas? Tak kira le, bas express ke, bas sambung2 ke.. Saya rasa semua dah rasa. Dulu2 kalau naik bas, bermusafir, dll, tak terasa nikmatnya macam sekarang, sebab tak de ilmu. Saja-saja..

Teringat pesan penceramah dalam radio laama dulu, iaitu dalam Islam tak de pekerjaan yang saja-saja, resultnya sia-sia, so rugi le. So niatkan lah kerana Allah untuk SEMUA tindakan/perbuatan/perkataan dll,  samada berintenet ke, memandu,  musafir ke, makan, menegur,  marah ke, tido ke, naik bas ke..dll. pendek kata apa jua, . termasuk le kahwin. So sapa-sapa dulu yang berkahwin lupa nak niat  kerana Allah (mungkin dulu niat utama kerana pangkat, cantik, pandai masak/menjahitnya, hitam manisnya, kasihan,  dll...), bole le niatkan sekarang (tak pe), sebab dulu kita jahil...

Apa den merepek ni? Kata nak cerita pasal bas. Alright, alright..

Kisah 1:
Baru-baru ni sambil2 tunggu  bas untuk balik ke Kemaman, saya ternampak seorang lelaki tua (bukan Islam) tadah tangan. Perasan kasihan & simpati saya luahkan melalui perbualan ni, dia pula  macam peramah & fasih berbahasa Melayu:
Saya (S) : En, saya simpati & kasihan pada awak (sambil senyum), nak  hidup tenang, happy . tak?
Dia (D) : Nak, nak,..macam mana tu?
S: Ni ha, masuk Islam. Awak boleh habiskan masa dengan menyebut2 nama Allah, pergi surau, masjid...
D: Saya suka tu, kalu masuk Islam dapat duit tak?
S: Mula2 niatkan le  kerana Allah,  otomatik dapat duit, makan percuma, tak payah minta2, ada jalannya kalu awak mau, insyaAllah.
D: Macam mana nak masuk Islam?
S: Awak pergi masjid negeri, jumpa imam, awak beritau yg awak berminat nak masuk Islam, tanya dia macam mana. Awak tau masjid negeri kan? Jangan malu & takut untuk pi sana..Awak ada keluarga?
D: Tak de..saya sorang aje.
S: Lagi senang .. 

Perbualan berhenti sampai sini sebab bas dah smpai.. Saya pernah terbaca & dengar kat radio IKIM  baru2 ni kat Seremban telah ada bangunan untuk golongan begini samade di bawah Majlis Agama & juga NGO.. ..(tengok le kalau ada masa balik Sbn nanti .. buat follow up..kita usaha, selebihnya  serah pada Allah)

Kisah 2:
Ringkas aja... dalam bas. Sedang syok2 memandang luar menikmati panorama ciptaan Yang Maha Kuasa...tiba-tiba... sapa pulak merokok ni..takkan le ada penumpang yg tak peka... semput dada den.. aduhai!! tak selesanya!!  Kan dalam bas dan tempat2 publik tak leh merokok!!..

Ku toleh kiri kanan, depan belakang, tak de pun nampak asap.. last, last...aduhai!!  hok ni den lum leh nak royak  apa2 (den hanya mampu doakan), untuk elak dari mudarat yg lebih besar. Faham2 je le..

Apa yg boleh kita buat, buatla aduan bertulis kek syarikat bas tu.. (Depa kata klu tak merokok akan ngantuk, dah ketagih apo nak buek). So kepada perokok2, kalau tak boleh henti tabiat tu, merokok le di tempat2 yg orang lain tak de.. kek mano ye? ha..den tau..  sebab kalau orang lain termasuk anak isteri merana, tension & bersungut.. parah juga kan, kan, kan?
Jangan le melenting & marah pada orang yg menegur/bersungut  tu.. kerana depa ada hak utk sedut udara yang tak dicemari asap rokokkkkkk2!! 

Sampaikanlah!...tak kira di mana..

Baru-baru ni bawa cucu ke Komplek Belia & Sukan Paroi Seremban, meraikannya yang nak sangat pi taman mainan.. Saya pilih tempat tu sebab selesa, selamat insyaAllah,  macam-macam kemudahan ada, apalagi dekat dengan rumah. Kami pergi around  11 pagi (kebetualan cuaca redup) & pengunjung pun dah tak ramai,
 
Sambil perhati2 cucu tu, terdengar sekumpulan budak lelaki menyanyi2 .. Saya hampiri mereka sambil senyum2..

Saya (S) : Sedapnya suara, lagu pun sedap, lagu siapa tu?
Mereka (M) : Lagu ..... (maaf saya lupa nama penyanyi yang disebut, sebab penyanyi ni tak familiar)
S: Lagu Maher Zain tau tak?
M:  Mcik nak lagu apa?
S : Apa2 le...
M: (Sambil menekan2 h/phone , kemudian kedengaran ) ----> InsyaAllah.., InsyaAllah, InsyaAllah, you'll find your way aay !!
S:  Bagus, bagus, ..ok, kita main kuiz pulak le, boleh?
M: Ok, tanya le mcik..
Saya : Ok, soalan pertama, ttg Nabi kita, pada umur berapa  mula-mula terima wahyu?
(Ada yg jawab 43, ada yang jawab 40, ada yg sengih2 --- "tak pe,  sorang betul, tanya lagi nak?"
M: nak, nak..
S : Sapa nama isteri Nabi yang pertama?...

Begitu le seterusnya, soal jawab antara saya & anak2 tersebut yang semuanya darjah 6, yang  tahun depan ke sekolah menengah ---> remaja ---> bekerja ---> seterusnya,
Sempat juga minta mereka baca surah Al-Fatihah & perbaiki  mana2 yang perlu, & sempat pesan agar kekalkan bacaan yang telah diperbaiki tadi.
Sebenarnya saya juga pernah  menerima ilmu secara tak formal seperti adik-adik ni (tapi dalam situasi berbeza), sebab tu saya sangat2 teruja utk melakukan apa yang saya alami dulu,  mengikut situasi & peluang yg diberi Allah.
Ala-ala "dakwah jalanan" macam kat tv Al-Hijrah tu le!





19 March 2011

Aduhai, den perasan ari ni!!

Perasaan syok sendiri atau perasan tu memang fitrah yang Allah beri pada setiap manusia. Terutama setelah kita rasa buat sesuatu yang ok. Reaksinya bermacam2 le,  ada yang ucap, "Alhamdulillah, hari ni aku dapat bantu si polan, semuga Kau terima ya Allah", atau "horey, aku hari ni happy sangat sebab dapat gembirakan si Tompok tu dengan daging panggang" , atau "At last dapat juga aku selesaikan keja ni.. bos sure suka punya"..dll.

Selain kerana perbuatan & tindakan, syok sendiri atau perasan tu biasa juga dikaitkan dengan penampilan, misalnya dalam hati berkata,"cantik juga aku sekarang bila pakai produk awet muda ni", atau "cun juga aku dgn rambut pesen maher zain ni"...atau...atau..macam2 lai le..

Secara ringkasnya, (ni pendapat saya le, mungkin boleh pakai sikit aje). Iaitu perasaan tu kadang2 boleh dilayan & kadang2 tak boleh sangat esp kalau berlebih2 & melanggar hukum Allah. Memang  syok juga melayan perasaan syok sendiri atau perasan tu. Boleh menceriakan.

Member jangan le jeles, layan aje.. Cakap lebih kurag gini "mmg mengancam, jum pi solat jemaah dah masuk waktu ni, lagi mengancam.."

15 March 2011

Lagi Mengenai Kereta





Pilih le, dalam banyak2 watak tu mana satu kita berada.. tak terkecuali le saya. . Maklum le, dah memandu kira2 lebih 30 tahun, watak  ketika mula2 dapat lesen,  ketika nak cepat, ketika tak de benda yang nak dikejo, ketika berbual2, ketika ngantuk, ketika dipotong tiba2 oleh pemandu lain, dll ..pendek kata kebanyakan watak ada kat kita. Diri sendiri & Allah saja yang tahu.   Mudah2an terkesan & perbaiki serta mohon lah ampun pada Allah kerana banyak menyusahkan pihak lain terutamanya.

Motivasi 2

....  sambung..

Pelan Tindakan:

1) Buat apa yang orang gagal/malas tak buat
(proaktif, cepat bertindak, tak kumpul/tangguh kerja/last minit dll)

2) Tidak merasa malu dengan pekerjaanya asal tak bertentangan dgn Islam & tak menyusahkan masyarakat .
(contoh: malu nak bertanya. Atau malu nak ke surau atau masjid)

3) Hati sentiasa ingat pada kerja yang belum beres.

4) Tidak mudah kecewa kalau gagal malah berusaha hingga berjaya (ada hikmah sebaliknya). Tak mudah putus asa. (sesetengah pegawai atasan kadang2 nak test kita, nak tengok reaksi & tindakan kita.
Contoh, elakkan dari berkata: "tak boleh, susah le,  tak pernah dibuat orang ..." dsbnya, sedangkan belum cuba. Sebaliknya katakan :"insyaAllah saya cuba.." dgn diiringi senyum, doa pada Allah. (Buat dulu kalau tak jadi baru boleh kata rumit dsbnya..
(Tamb:  sepatah kata Ming Ming (salah satu watak Wonder Pets : "Tak rugi kita mencuba, wiii!!!")

5) Mengetahui potensi kebolehan kita & digarap hingga berjaya. Tapi cuba elakkan masuk campur bidang orang lain (melainkan diminta pendapat dll), atau pun terlampau banyak yang nak dicuba, akhirnya satu pun tak menjadi/serabut.

Berhenti Dari Memusuhi Diri Sendiri:

1) Contoh ----> Tidak Yakin.
Bila yakin, akan dicuba, cuba & cuba hingga puas & berjaya. di dunia.  (kejayaan sebenarnya ialah syurga). Sifat 'cukuplah', atau tak amik kesah lansung seperti "pedulilah, gagal --gagallah", atau buat sambil lewa, tak bersungguh2. (bukan hanya rujuk pada pekerjaan atau belajar, tetapi juga dalam ibadat spr perbaiki solat, solat berjemaah, mengaji &  faham isi quran dll)

2) Buang sifat2 tak baik (mazmumah ---> dengki, fitnah,ego, sentiasa rasa betul, dll,) sebaliknya ganti dgn sifat2 mulia (mahmudah).
Contoh : Kalau kita boleh buat sesuatu & bos pula sentiasa suruh, elakkan merungut spr "aku saja yang buat, mentang2 aku dulu pernah buat", sebaliknya berlapang dada, syukur kerana konsep amal soleh adalah mencari redha Allah. InsyaAllah Allah kurnia ganjaran  dunia & akhirat ..  Tak perlu risau apa org kata. Bos suruh kita tu bukannya buli, sebab dia yakin & tahu kita memang berupaya. Kadang2 penat, memang penat & tensen.. tapi nak dapat ganjaran kena lah penat & susah dulu kan?

Dalam ibadat  pun begitu, kalau orang  lain tak terdaya, elakkan merungut setelah bebarapa kali diajak, sebaliknya kita yang buat banyak, teruskan dgn program & rutin kita & doakan mereka.

Nota: Perlu diingat, kalau kita berjaya, akan ada orang yang tak senang, oleh yang demikian perlulah bijak mengatasinya .. lebih2 lagi mohon lah pertolongan dari Allah. Yang penting kita dipihak benar.

14 March 2011

Motivasi

Terjumpa catatan masa pi kursus Bina Negara pada Julai 2001,  kuliah subuh dari ustaz, antaranya:

Untuk Berjaya Dunia & Akhirat:
 1) Hendaklah menyayangi diri sendiri
  2) Memiliki ilmu
 3) Ada wawasan/target
4) Ada pelan tindakan & amal
5) Berhenti dari memusuhi diri sendiri

Menyayangi Diri Sendiri:
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang2 beriman, peliharalah diri & keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya terdiri dari manusia & batu".

Memiliki Ilmu:
Sabda Nabi saw :"sesiapa berkehendakan dunia mesti memiliki ilmu, nak akhirat mesti ada ilmu, & nak kedua2nya mesti juga ada ilmu".

Macam mana nak dapatkan ilmu?
1) Mintalah dulu pada Allah dgn doa, solat hajat, zikir & selawat.
2) Usaha sendiri. Dgn membaca, berguru, bertanya dll.

Ada wawasan/Target:
Contohnya, klu pelajar ---> target utk cemerlang
Pekerja -----> naik pangkat dll
Belum bekerja ----->  apa nak buat utk majukan diri..buat le apa2 pekerjaan yg halal asal tak menganggur.
Pesara ----> majukan diri dgn aktiviti yg menfaatkan diri & masy misalnya dll..

Menghadapi halangan & menghilangkan halangan tersebut.
Antara halangan-halangan:
1) Malas
2) Berfikiran negetif/bosan dll
3) Sambil lewa, suka bersungut, tak de disiplin, berkira dll
4) Terpengaruh dgn rakan2, persekitaran dll
5) Lemas dgn tekan emosi, kecewa, jemu

Sambung lagi ye nanti....

07 March 2011

Hj Sailan (bah 2)

Dulu2 kita sering diingatkan ttg sifat pemurah ni tak elok disebut  lebih2, nanti dikhuatiri timbul  riak dsbnya. Ada benarnya juga. Tapi sekarang ni ada pendapat yg membolehkan dgn niat utk dicontohi asalkan tidak berlebihan & menyakitkan hati pihak2 lain. Saya berpegang pada pendapat terkini, apa lagi kalau orang tu dah meninggal, bagus untuk disebut kebaikannya , sebab dia memang tak akan riak, sama le kita menyebut2 kebaikan, kemurahan para sahabat & orang dulu2.

Post kali ni ditujukan khas utk generasi Sailan, untuk mengingatkan bahawa atuk, moyang kamu Hj Sailan  seorang yang sangat pemurah, suka tolong orang lain, pentingkan ilmu, juga dalam ilmu agamanya. Bertanya le kepada anak2 Hj Sailan yg daripada isteri pertama (ibu ayah & tok kamu), tentang keperihatinan  Hj Sailan terhadap ilmu kerana kebanyakan mereka mendapat ilmu esp agama direct daripada Hj Sailan. (Antara kisahnya, diceritakan dalam buku cenderamata ketika perhimpunan 2003 dulu)

Untuk berkongsi cerita, saya ingin catatkan sedikit memori, kisah mengaji quran.

Kami anak2 dari isteri ke3 Hj Sailan tidak belajar mengaji direct dari bapa, kami rasa sebab keadaannya yang agak uzur. Pernah satu ketika (ketika umur ku around 9-10tahun) guru mengaji cuti. Masa tu le Hj Sailan kata: "meh, bapa ajar". Kami pun belajar le dengannya dgn hati agak kecut, sebab bapa agak serious & garang.  Last2 kami tak  belajar ngaji pun, tapi belajar isi quran. Sebab dia terangkan  makna ayat2 yang dibaca. Bagi saya  yg masa tu kecik, apa yg saya terfikir bukan isi quran tapi  ialah, "handal juga bapaku ini. Siap hafal makna2nya sekali".

 So kepada genarasi Sailan, jangan putus menimba ilmu yang menfaat, dan bertanya lah esp kepada ibu ayah kamu yang sekarang ni sering menambah2 ilmu dgn majlis ilmu, kerana selain ilmu, mereka ada pengalaman berharga.

06 March 2011

Baca, faham, hayati, amal & sebarkan.(bah 2)

"Kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya  & telah melahirkannya dgn susah payah.. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dgn tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa 30 bulan. Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya & sampai ke peringkat umur 40 thn, berdoalah dia dgn berkata, "wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yg engkau kurniakan kepadaku & ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal salih yg Engkau redai. Berikanlah kebaikan kepadaku dgn memberikan kebaikan kpd zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu & sesungguhnya aku termasuk org Islam (yg tunduk patuh kepadaMu)"

Terjemahan ayat 15 Surah Al-Ahqaf (dlm Juzuk 26)
Nota: Sila cari ayatnya dlm quran & klu dapat hafal le doa tu yg mula dgn "Robbi...... & amalkan esp ketika  di sujud akhir)

"Mereka (yg bersifat dgn sifat2 yg terpuji tersebut) ialah org yg Kami terima amal baik yg mereka telah kerjakan & Kami ampunkan kesalahan2 mereka (serta mereka akan dimasukkan) ke dlm kumpulan ahli syurga sbgai memenuhi janji yg benar yg telah dijanjikan kpd mereka"
(Terjemahan ayat 16 surah Al-Ahqaf (dlm Juzuk 26)


Rujuk AlQuran & Terjemahan (terbitan Yayasan Restu)

03 March 2011

Wonder Pets

Jom berhibur dengan Wonder Pets. Sesuai utk semua peringkat umur. Hayati senikatanya!!! Best!!





kami tak besar,
kami tak kuat,
bile bekerjasame,
sumer jadi mudah,
ape yg penting ---> kerjasame
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...