Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

30 January 2012

Surah al Baqarah



Sabda Nabi saw :"...rumah2 yg dibacakan surah al baqarah tidak akan diganggu syaitan penghuninya dlm masa 3 hari "...

Nak baca surah ni panjang juge , cam ne ni?
Tak pe, peringkat awal cuba hafal ayat 1-5 pun dah cantikkkk... (+ hayati maksudnya)
Then tambah dgn ayat2 terkenal antaranya ayat Kursi (ayat 255)
Then tambah ayat 256 & 257
Then 3 ayat terakhir yg sangat terkenal.

Klu lum hafal, jgn risau ... buka aje Youtube di atas tu & biarkan dgn volume yg sederhana (terpulang le, nak kuat ke, perlahan ke), thenn kita bole teruskan aktiviti lain dlm rumah (memasak ke, membaca ke, melayan anak, ke, dll...)

Buat tiap2 hari .. silap haribulan bukan kita yg hafal, anak kecik yg hafal...
(kuasa Allah)....

24 January 2012

Azan (2)

Post mengenai AZAN yang pertama ialah pada 11/8/2011.
Pada posting tu, antara digalakkan AZAN ni ialah bila kerasukan syaitan.
Bila kita rasa seseorang tu dirasuk syaitan? Apa tanda-tanda? Macam histeria? Ni pendapat & pengalaman saya. Histeria tu kira dah teruk kerasukan. Yang paling mudah adalah  dalam rumah diri kita sendiri.
Termasuk diri sendiri. Contohnya kalau kita malas bangun pagi untuk solat, tensen memanjang, rasa kosong, nak marah tak tentu pasal, tak suka pada program2 agama walau di tv, sebaliknya suka pada program2 lara & sia-sia, termasuk le kalau tengok tenet tu . Kadang-kadang program agama pun suka, yang laro pun suka, bercampor aduk ... 50,50.

Fitrah manusia memang suka hiburan, pendek kata, hiburan yang disukai tu melampau sangat2. Kalau nak berhibur tu,  pilih le yang bole mendatangkan pahala iaitu diniatkan semata2 keranaNya &  sekurang2nya program yg tak banyak menayangkan aurat perempuan berlebih2an (esp utk lelaki ni). Tak berubah, masa muda memang suka, meningkat umur pun masih tak berkurang.
Tu diri kita sendiri le..

Tentang budak2 kecil lagi le senang syaitan kacau --> biasanya meragam tak tentu pasal, membaling2 barang, mengamuk, menendang2 ibu ayahnya bila dipujuk, dll.....

So, sering la, lafazkan ayat2 AZAN tu supaya didengar telinga sendiri atau anak-anak..Kena le sabar & sabar.. Bagi anak-anak yang dah pandai AZAN sendiri, minta depa buat sendiri. Mula2 mereka susah nak lafazkan, termasuk le anak2 kecil akan semakin marah & meraung, ulang-ulang ulang... anda akan dapat lihat kesannya.
Jadikan amalan.. insyaAllah selepas seminggu, sebulan, 6bulan,setahun... 5 tahun... --> remaja, dewasa --> anda tak segan untuk azan di rumah-rumah Allah. InsyaAllah .. MasyaAllah.. Bertuahnya anda !!



Azan yang sangat indah & istimewa, tak de keterangan detail mengenai anak ni, tapi saya rasa dari Malaysia.   Bertuah ayah ibunya.
Anda juga bole ... anak-anak anda juga bole insyaAllah, cuba le dari sekarang. Banyak Youtube manfaat yang boleh dimanfaatkan.. Nak tak nak aje!! Selamat mencuba -----> Sekarang jua!!

20 January 2012

Cita-cita (2)

Topik Cita-Cita  terpaksa sambung sikit sebab ada beberapa respond, tapi ringkas saja:

'Ooooooo..gitu citer nye, no wonder le..'  kata sorang member A.
'Alamak, aku dulu masa kecik2, benda-bende yang aku susah dapat yang aku cita-citakan, misalnya... ko tengok le aku skrg ni, dah tua2 pun suka makan coklat , sbb masa kecik dulu memang coklat  yang  aku idam-idamkan.'..kata yang lain.
'Aku pula, sampai sekarang ni pantang tengok bende2 tu, mesti aku usahakan juga...' member  A yang lain mencelah.
'Benda apa? '..
'Tu le, yang ko tak nak tu, tapi aku nak... barang2 kemas le.. ' .
'No wonder berderet gelang ko, tak kisah le, janji ko happy'..
 'Anak aku pula, agaknya masa kecik2 dulu aku tak beri dia beli mainan yg dia minta, la ni dah penuh mainan kat rumah dia, ngalahkan budak kecik pulak.  Padahal dah ada anak 2 tu. Agak2nya tu cita2 dia masa kecik2 dulu tuu ..'

So di atas tu antara dialog/sembang2 bila topik Cita-Cita masa kecik2 (lum baligh) ditulis.
'Nak wat cam mana ye?, tak bagus juga cita2 aku tu.. kadang2 menyusahkan.. '
'Gini, ni pendapat aku aje, apa yang  ....'
'Shhh...dengar, dengar, Ustazah nak beri tips ni..'
'Ko ni..Nak dengar ke tak ni?  !! . Begini, pendapat aku .. cita2 ko masa kecik2 dulu  kalau ko rasa menyusahkan sekarang, ko minta aje pada Allah supaya tak nak lagi .. Ko doa le minta yang ko rasa menyenangkan & membahagiakan .Contohnya, kalau umur2 kita sekarang le ni, paling utama  kena minta jadi hambaNya yang baik, yang bertaqwa, yang disayangiNya, yang..yang..yang.. Fikir le sendiri!'
'Baik ustazah!! Lagi, lagi..'
'Cukup le setakat ni dulu..Pelan2. Jangan gopoh'
"Thank q  ye ustazah"
'Ape-ape le, jgn lupa belanja tose, faverit  ambe skrg ni'
Ko pulak apa cita2 masa kecik2 dulu? Tak dapat nak tolong. Semuga bahagia dalam zoo tu

12 January 2012

Cita-cita

Dulu2  kita pernah  ditanya tentang cita-cita oleh cikgu kita. Masa tu jawapan yang biasa ialah --> nak jadi cikgu, doktor, polis, lowyer... tapi masa  zaman saya dulu tak de pulak  yg nak jadi PM ke, usahawan ke, pendakwah ke.. agaknya tak de pendedahan kot.
Tak kisah le.. tapi agak2nya ada tak yang tercapai? Masing2 bole jawab sendiri kan, kan?

Bila kenang2 mengenai cita-cita ni, teringat seorang hamba Allah (A) yang antara cita2nya yang tercapai  ialah ketika dia bercita-cita sebelum baligh (around 10 tahun). Dan dia sangat2 bersyukur .

Citernya  lebih kurang begini:

Masa dia kecik2  keluargaya agak  susah, adik beradik ramai, bila nak tiba Hari Raya ibunya pasti sedih sebab tak mampu beli baju baru, apa lagi barang kemas (emas tulin le, zhulian pun x mampu). Kenapa barang kemas? Sebab adik beradik ibunya agak berada, dalam sesi kunjung mengunjung tu,  mereka akan menayang barang2 kemas & berkata lebih kurang, "ni saya baru beli, nak Raya ni kalau tak ada malu kita, orang kata kita tak mampu, miskin sangat ...bla, bla.. "

Ibu  A hanya diam,  kemudian dia jawab lebih kurang begini, "tak pe le, nak beli tak mampu, lagipun orang memang tau kami ni susah. Nak buat cam mana.."  sambil cuba menahan air mata dari keluar .  A yang mendengar perbualan tu diam aje, hatinya geram juga, tapi dia dapat control. Bila  bersendirian dengan ibunya, dia beritau ibunya, "tak pe bu, jangan sedih, nanti A belajar betul2, A akan belikan ibu. "
Ibunya jawab, "tak payah, kalau ada duit lebih, belilah ye untuk ko supaya orang tak kata, tentang ibu jangan risau, kau jadilah anak yang soleh & doakan untuk ibu & buat apa yang Allah & Nabi suruh."

'Tak bu, saya sekali2 tak nak barang2 tu, menyusahkan nanti, kalau ada duit lebih pun, saya tak mau  pakai, ni saya janji & ni cita2 saya"

Masa berlalu, dipendekkan citer, apabila A dah bekerja  untuk gembirakan ibunya dia beli juga. Yang kecik aje. Tapi cabaran memang ada. Kalau dulu sedara2 ibunya,  kali ni rakan2 se kerja.  A perhatikan kebanyakan perbualan  mereka tentang barang kemas malah ada yang menggalakkan A, "wat apa kemut duit, belilah yang besar sikit,  tak le malu..bla, bla.. (sama pulak  butir2  ayat macam sedara ibunya masa  dulu2)

Manusia tetap manusia, terpengaruh juga ... maka A beli juga, kali ni besor juge le.Tapi lepas tu hati A tak tenteram, kalau selama ni dia bebas ke sana sini,  kali ni perasan macam ada orang perhatikan aje.... Fikir punya fikir.. dia jual balik barang kemas tu, walau rugi sebab harga lebih murah. Lantas teringat dia cita2 nya masa umur 10thn dulu ..agaknya Allah memang makbulkan doa ku, fikirnya.

Dia tak kisah orang kata ke .. kadang2 bila berjumpa orang2 tak pakai barang kemas kerana  susah,  dia dapat rasakan telah  mengembirakan hati  mereka, sebab mereka tak sendirian.  Mudah2an  mereka tak le   bersedih macam ibunya dulu2 .  A pun tak kisah & berlapang dada pada sesiapa yang nak pakai kerana orang perempuan memang fitrahnya suka benda2 ni.

Yang A nak  highlight ialah  tentang  itulah antara cita-citanya masa kecik2 dulu, apo nak buek.  Benar lah, fikirnya, & ramai penceramah agama  pun kata, anak2 yang lum baligh, masih bersih .. kalau dia berdoa pasti Allah makbulkan.
So, mintalah anak2 yang lum baligh berdoa yang baik2 , 10, 15,  20, 30, 40 , 50 akan datang ..baru kita realise ''o, ini yang aku pernah doa masa kecik2 dulu".

Tapi yang dah baligh & tua? .. Teruskan lah bercita-cita & berdoa dengan tulus ikhlas.. & usaha. Tapi dlm kes A ni, dia tak perlu usaha. Lain le dia bercita2 nak pakai barang2 kemas yang bersilih ganti.. tu dia kena usaha le cari duit.....hehe...
ameko, besornya kalung..

07 January 2012

Hidupkan Nabi saw Dalam Diri

Salah satu anugerah ALLAH kepada mereka (harap2 kita termasuk golongan ini, Amin!) yang mengikuti Rasulaullah saw adalah digabungkan mereka bersama baginda saw secara  ruhaniah di dunia, & secara hakiki di akhirat. Apa jadi bila hati sangat terpaut dengan orang yang kita cintai?

Berkata Jalaluddin Rakhmat : Setidak2nya  dua (2) hal yang menjadi penyebabnya:

Pertama:
Perilaku kita (pemikiran, perasaan & tindakan) akan sangat dipengaruhi oleh apa & siapa yang kita cintai.
Misalnya, cinta pada bolasepak --> pertandingan bolasepak akan menyita fikiran kita. Kita akan  berbahagia & seronok menonton bolasepak berbanding pertunjukan/pertandingan lain.
Kita akan terbangun waktu sangat pagi (dinihari) dengan rela & sukanya hanya kerana ingin menonton siaran lansung bolasepak. Kita akan kecewa bila siaran itu digantikan dengan berita politik ke,  dll misalnya.
Seperti sebuah 'password' , bila kata 'bolasepak' disebut, seluruh tubuh kita seperti dialiri aliran elektrik.

Cintai Rasulaullah saw, pasti ia akan menjadi pusat perhatian kita. Bila saja Nabi saw dibincangkan, kita akan bersemangat untuk menyimaknya. Kita senang mempelajari sejarah hidupnya, berulang2 tanpa jemu & puas. Kita akan menggabungkan diri dengan orang2 yang menyintai  baginda saw. Kita merasa bahagia ketika menyaksikan orang memuliakan baginda saw, dan sebaliknya.

...bersambung..

(Petikan kata Abad Badruzzaman -> penterjemah buku 'Al-Quran Berjalan', Potret Keagungan Manusia Agung (asal Rahmatan lil 'Alamin  oleh Dr 'Aid Abdullah al Qarni), penerbit SAHARA publishers Jakarta, 2004. Mudah2an  Allah merehmati mereka & kita semua. Amin) 

03 January 2012

Naik Pangkat

Di sekeliling kita, dapat diperhatikan mereka yang naik pangkat. Kita pun mungkin dah merasai juga. Syukur. Macam2 cerita & tanggapan mengenainya.  Ada yang dikatakan memang patut pun si dia tu naik pangkat,  dan ada juga yang dikatakan hanya bermodalkan kabel & ampu.
Tu rezeki masing-masing le (rezeki dari segi harta le..).

Lumrah & lazimnya, seseorang yang nak naik pangkat mesti le mamatuhi syarat2 tertentu, misalnya dah lulus peperiksaan tertentu,  masa interviewnya menawan hati tukang interview dll... maka cuba le penuhi syarat-syarat tu sebagai usaha, ikhtiar & sebab musabab. 

Dan jangan lupa doa, 'Ya Allah, sekiranya kenaikan pangkatku ini baik bagi ku, keluarga & agamaMu, makbulkanlah, sesungguhnya aku menyerahkan kepadaMu urusanku , kerana Kau lah sebaik-baik pengurus untukku'.
Kalau sekiranya gagal naik pangkat, kita tak le frust sangat, kerana telah bersandar pada Allah. Ada le hikmahnya tu!!

Mana tau, lum diizinkan Nya, kemungkin dgn kenaikan pangkat tu, kita terus mendebik dada,atau  klu selama ni sempat  berjemaah di rumah2 Allah waktu maghrib atau Isyak, sbb naik pangkat terus sibuk, hingga tak dapat berjemaah atau pelan2 lupa Allah. Wana'uzubillah.

Walau bagaimana pun, cuba lagi,jangan putus asa,  insyaAllah akan diberinya yang terbaik di sisiNya di masa lain pula di kala kita telah bersedia . Selepas 2, 3, tahun nanti biasanya barulah kita nampak hikmahnya, kenapa dulu tu tak diizinkan naik pangkat. Rupa2nya Dia nak beri yang lebih baik di sisiNya.

Harta tu penting, lebih2 lagi kalau bersyukur & tambah2 dekat padaNya.  Lain orang tak sama diberi rezeki harta benda --> apa yang penting, sumber yang halal, & ketaatan padaNya.

Belajor, jgn tak belajor..

02 January 2012

Kematian

Tajuk kali ni agak kurang ceria.
Tapi terpaksa le saya sentuh, sebab kita semua akan menghadapinya.
Banyak buku2, artikel2, ceramah2 dll yang telah kita dengar mengenainya, atas kita le .. mudah2an kematian kita dalam iman dan mendapat redha Allah.

Yang saya nak sentuh ialah tentang yang baru2 ni TV9 ada sebut dalam Halaqah (20/12/2011 kalau tak salah) . Tapi saya ada hal, tak le tengok, cuma sempat tengok  iklan saja.

Tapi dari iklan tu saya dapat agak sikit2  apa yang nak disampaikan, berpandukan pengalaman jadi AJK surau (sekarang bersara sekejap sebab pindah).

Bila berlaku kematian, beberapa perkara perlu disetelkan oleh waris2 (kalau tak pasti/tahu,  bertanya lah kepada AJK surau atau masjid), supaya urusan berjalan lancar hingga pengkebumian. Misalnya urusan dapatkan pengesahan doktor, sijil mati,  mana nak dikebumikan & hubungi pihak yg menguruskan, contact van jenazah, tukang mandi & kafan jenazah, solat jenazah, dll... (Tu yang melibatkan kos, agak berbeza mengikut tempat & keadaan).
3,4 tahun lepas di surau saya around RM600.00 sahaja. Baru2 ni kat Halaqah kalau tak salah disebut RM1330.00).

Kalau kita biasa handle perkara2 seperti ni, kita insyaAllah tak pelik & banyak musykil  terhadap kos2 tu. Tapi bagi yang first time dengar, agak pelik juga kot.. misalnya,  'hai, tukang mandi jenazah kena bayar ke?' 'tukang kafan kena bayar ke?'. 'Tanah kubur  kena bayar ke?' 'Van jenazah kena bayar ke?''kain kafan kena bayar ke?' dll...
Kadang2 yang  bertanya tu anak2 kepada si mati yang masing2 datang bawa kereta mewah , tapi sebab tak campor masyarakat surau/masjid, depa tak faham. Memang le tak payah bayo atau bayor sikit aje,  kalau semua anak si mati pakat2 uruskan sendiri (sori le, agak keras sikit ni)..

Pengalaman saya, ada jiran2 atau AJK surau/masjid  yang faham agama, akan mendahulukan duitnya untuk urusan tu, dia faham keluarga sedang berduka. Lagipun hari minggu, bank tutup, mungkin duit di tangan  waris ngam2 hanya cukup untuk  bayor minyak kete & tol, jadi jiran/AJK yang peka tu  tolong dulukan. Bila dah selesai & suasana tenang, ditunjuklah bil tu. Waris yang tak faham melenting juge le ....'mahalnya, ingatkan free'. Adik, mana ade perkara free dalam dunia ni selain antaranya  udara, nyawa, anggota tubuh badan yang asli...

Guru saya ajar, jangan berkira untuk dapatkan ilmu agama ni,  sebab ganjarannya sangat tinggi di sisi Allah. Untuk diri kita sendiri juga. So kalau nak cepat ilmu masuk & menyerap di jiwa, hulur2 le  sikit  (banyak lagi bagusss) kat penceramah2 yang datang sekali sekala kat opis ke, surau ke... lepas duit minyak & tol dia. (Apo den melencong ni..)

So, berbalik kepada tajuk di atas,  rajin2 le kita amik tau hal2 ni..mudah aje, singgah mana2 surau, masjid ke & luangkan masa baca sat kat papan kenyataan. Ada surau, masjid yang menampal notis tu  & ada yang tidak sempat atau tak terfikir kot..

Sebenarnya kos  untuk urusan2 tu lebih  penting dari kos untuk  kenduri .... cuma kenduri ni dah jadi kebiasaan, jadi dibuat le tanpa ada yang mempersoalkan.

Tak pe kalau nak buat kenduri, tapi hati2 tentang sumber duit tu, sebab takut2 termakan hak anak yatim. Kalau  nak buat juga  jangan le hirok pikok, masak mee hoon & teh o aje, atau  karipap & teh o nipis gula kurang ... yang penting anak2 & waris sama2 hadiahkan bacaan quran & doa & jadi anak yang soleh.
Lepas tu cepat2 le  uruskan tentang harta2 si mati .. dengan melantik seorang yang boleh menguruskan. Sebab urusan seterusnya akan memakan masa, tenaga dll pengurus tu..

Sebagaimana post saya sebelum ni, antara carian yang boleh dapatkan maklumat tentang waris ialah "Faraid USM' . Saya beri contoh, kalau yang meninggal  perempuan (isteri), meninggalkan suami,  anak lelaki, anak perempuan, adik beradik kandong --> warisnya ialah suami, anak lelaki & perempun sahaja. Kalau tiada anak lelaki, adik beradik kandong ada bahagian selain suami & anak2 perempuan tu. Begitu le urusan seterusnya adalah di pejabat berkaitan.. Mereka akan memberi khidmat nasihat untuk tindakan seterusnnya.....

Setakat sini dulu, walau lebih kurang, mudah2an  dapat le ilmu sikit..
member kata pucuk pokok ni sedap buat ulam .. penawar penyakit, yg menyembuhkan ialah Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...