Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

11 August 2011

Azan






Post kali ni mengenai Azan. Pada pandangan saya, semua lelaki Islam yang dah baligh mesti tahu azan. Agak ramai yang lepas pandang  biasanya pada dua (2) tempat berikut, menyebabkan laungan azannya tak berapa cantik:
1) Bila lafaz Allahu Akbar, Allahu Akbar  tu disambung, baris depan pada huruf 'ro' tak disebut untuk disambung pada sebutan Allah.
2) Sebutan huruf  '...falakh' tu di sebut 'falah' ..

Tentang lenggok, lagu tu tak pe le kalau sumbang ke atau ikut nada masing2, tapi kalau sering praktis, boleh cantik!! Cubalah  improve.  Apalagi yang muda2 tu, tenaga masih kuat. Mana tau ada bakat terpendam yang selama ni sendiri tak tahu. Digunakan pada jalan Allah. Mudah2an di syurga bersama2 Rasul saw & sahabat2 antaranya Bilal. Subhanaullah.

Selain ketika masuk waktu solat fardu, azan juga disunatkan ketika terjadi kebakaran, bencana alam, musafir, dirasuk syaitan dll.



06 August 2011

Ramadhan di ADTEC Kemaman (3)

Pejam celik pejam celik dah hari ke 6 puasa tahun ni. Subhanaullah.. cepatnya masa berlalu..
Ek? 4 org aje? ..Mlm 6 Ramadhan staf ramai balik kg.. Kan kek Tggnu kite cuti Jumaat & Sabtu. Imam besar & no2 pun balik kg jumpa keluarga. Tak pe imam kecemasan ada insyaAllah.
Ha ni, lagi sikit. Ni mlm 5 Ramadhan..Dah mmg staf yg tinggal kuarter x ramai, ape nak buek..
Begini le sepatutnya..kuis2 aje sawang2 tu sikit2.. hehe..
Selamat mengerjakan ibadah puasa .. semuga ceria & maaf atas segalanya.

03 August 2011

Ramadhan di ADTEC Kemaman (2)

Hari  ke 3 (Ramai sikit dari sebelumnya):
Berbuka nasi ayam. Buffet sekali seminggu, dlm dulang hari2 lain insyaAllah.
Kanan - Imam Besar Surau  ADTEC Kemaman
Giliran Imam No 2 mengimamkan solat

Ramadhan di ADTEC Kemaman

Suasana awal Ramadhan di ADTEC Kemaman 2011/1432H.
Bersama beberapa kakitangan yang sama-sama tinggal di kuaters. (Pelajar2 masih belum ada).
Saya cuba panjangkan  suasana berbuka puasa semasa saya & jemaah di Seremban sebelum ni di 'pondok' Rayyan bawah bimbingan Ustazah Salbiah Omar. Terima kasih ye Ustazah. Mengikut apa yang Nabi saw sarankan . Berbuka berjemaah, apalagi di rumah Allah, kemudian solat Maghrib berjemaah & seterusnya. Subhanaullah. Semuga kami dapat teruskan sepanjang Ramadhan ini & semuga Ramadaan ini lebih baik dari yang dulu2 , Amin.

Hari Pertama (tak ramai sbb ada yang cuti, outstation dll).
Sama2 makan berdulang (ada yang pertama kali)
Alhamdulillah, tak membazir....
Rindu pada mu ya Rasulaullah saw.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...