Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

29 February 2012

Shhhhh..tengok aje le

Bulatnya mata
Selalu bertandang di rumah di Sbn, kembar si Snow Kak Kim kot!!




Ni klu berhenti kat Muazam akan jumpa depa2



Yg ni kat Adtec Kemaman - adik beradik

Ni ayah depa, termenung mikir anak2 dah besar, buget kena besar juga
 minta makan .. 
Nasi Beringin,  menu kami di kelas dhuha pagi tadi

13 February 2012

Hidupkan Nabi saw Dalam Diri (2)

...sambung..

Kedua:

Kalau kita mencintai  seseorang, kita akan berusaha untuk mencontohi orang tersebut. Potongan rambutnya, fesyen pakaiannya, berkata, berdiri sepertinya dll. Lihatlah bagaimana para peminat artis2 samada barat, Korea atau Msia dll yang meniru idolanya.
Sama le, kalau kita mencintai Nabi Muhammad saw, kita akan berusaha untuk menjadi seperti baginda. Sangat sulit untuk mengikut sunnah baginda tanpa rasa kecintaan terhadap baginda.
Mencontohi perilaku baginda saw tak dapat direalisasikan hanya dengan mempelajarinya. Kita hendaklah memasukkan cinta yang sebenar2nya kepada Nabi saw  dengan sepenuhnya di dalam hati kita dahulu, dan apabila telah tertanam, dengan mudah & dengan rasa nikmat kita akan mencontohi Nabi saw dalam setiap gerakan & tindakan kita.
 Apa contoh2 baginda paling utama? Ramai yang tau, antaranya berjemaah, amanah, bijaksana,adil,  dll . Miliki buku2/kitab2 sirah Baginda saw & diulang2 membacanya  mudah2an rasa kecintaan meresap di hati.

(petikan dari buku 'AlQuran Berjalan')
Sayangi makhluk ni
Ajari anak2/keluarga mu agama


 

Aktiviti bersama2 Ustazah Salbiah & jamaah (2)

Hari ni 13/2/2012  menerima kunjungan tetamu dari Bukit Mahkota Bangi/Kajang .
Kiri: Pn Norhida & rakan2 (selamat datang ke Seremban!)
Ustazah mengajar di Bkt Mahkota sebulan sekali
antara jemaah Seremban

10 February 2012

Aktiviti bersama2 Ustazah Salbiah & jamaah

Alhamdulillah, baru2 ni agak lama di Seremban & tak lepaskan peluang sertai program2 Ustazah Salbiah antaranya:
Menghadiri kelas dhuha di Melaka (Jemaah Sban & Melaka bergabung seminggu 2 kali)
Usrah di Taman Alamanda. (turut serta tetamu dari Spore mcik salah sorang jemaah)
Antara aktiviti untuk dapatkan dana
Mereka bekerja sukarela
Tempat belajar  (atas) & buat roti (bawah)
Tetamu dari Aman Perdana Klang (ustazah mengajar di sana sebulan sekali)
Tetamu, ustazah Wahibah Twahir dari UPSI yg menjejaki x- graduan AlAzhar utk thesis PHDnya
Kelas t/hari jumaat di Bah Pinjaman Perumahan Putrajaya
Ustazah & Pn Naimatul Hurriah dari Bah Pinjaman Perumahan

06 February 2012

Buku Oh Buku (2)

Ingat tajuk Buku Oh  Buku ? Ni antara kitab-kitab &  buku2 yang direkomen oleh Ustazah Salbiah Omar semasa beliau memberi kuliah pada kami sejak kira2 >18tahun lepas..
Ni yang paling awal - quran & terjemahan (.lunyai & bertampal2, tu tandanya betol2 belajar..hehe)

Ni lagi .. mak oi banyak nya, ngalahkan nak amik PHD le (usik abg saya..)
Bukan PHD, tapi PHD, PHD, PHD.. mana taknya.. sebab dah lebih 18tahun belajor..(asalkan bukan PHD yg tu dah le.. alah Penyakit Has.. Deng....tu le). Mohon dijauhkan Allah..
Ha Ni lagi ...
komik pun ada - Dailog Islam & Kristian oleh Persatuan Ulama Msia
Yang ni Doa Harian susunan Ustazah Salbiah sendiri  bersama Ustaz Hasan yang kami baca berjemaah almost 5 kali seminggu di kelas dhuha
Dan banyak lagi..
Bukan apa, nak citer pengalaman saya sendiri, kalau belajar dgn ustazah Salbiah memang  beliau sarankan (malah paksa..hehe, jgn marah Ustazah)  supaya beli buku, agar bila  balik rumah nanti boleh ulang kaji dgn keluarga dll.
"Sebab kalau mendengar saja, nanti tak lekat. Jangan berkira/sayang duit untuk beli  buku2 yg manfaat. Kebaikannya untuk diri kita sendiri juga.
Ubah minda, tukar budaya simpan pinggan mangkuk dlm almari kepada buku2.."... antara saranan beliau.
"Bila kita mati, sapa2 dapat manfaat dari buku2 ni kita dapat le saham kebaikan insyaAllah."

Betul bebenor apa yang Ustazah cakap tu, tapi kan ustazah.... buku2 tu mahal2 ... "bayar ansor2","'atau pun jual yang berkilat kat tangan tu","'atau pun minta anak atau suami belikan'', "ataupun member/jemaah yg mampu tolong bayarkan sikit"..... antara saranan beliau lagi.  Betul sangat2..... aku berkata dalam hati ku.

Sekarang,....buku2 yang beliau kuliahkan tu kebanyakkan diperkatakan/dikuliahkan  oleh pengajar2 lain samada di surau2 atau di masjid2 atau di radio & tv. Alhamdulillah & bersyukur sangat2 kerana   berpeluang belajar  dengan beliau,walau  kadang2 kena sebijik (malah beberapa bijik) kat aku... tapi aku positif, berlapang dada... nak jadi baik mesti perlu ditegur, diajar , perlu sabar, perlu berkorban...alah.. lagipun bukan kena tampor atau sebat pun...Beliau kan guru kite.
(Mak kita dulu2 pun  sering ingat2kan & sound  kita supaya buat baik, buat itu & ini,  dll... sekarang mak dah tiada, kita pulak jadi mak & nenek ... teringat2 pesan mak dulu2.. macam tak puas.. oh mak..)

Timer kasih ye ustazah...
(ilmu yang ambo perolehi  dari ustazah ambo praktikkan & telah, sedang & akan  ambo kembangkan .. mengikut kemampuan  ambo..InsyaAllah...sungguh sangat bernilai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...