Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 July 2012

Memandu

Kira-kira >18 tahun lepas, salah sorang murid Ustzah Salbiah (kami  panggil Mak Leha), tak pandai memandu.
Dia suri rumah tangga, buat kerja macam2 nak bantu pendapatan suami.
Dalam sibuk2 tu,  dia luangkan masa ke majlis ilmu.
Antara saranan  ustazah ialah belajar & amik lesen memandu kereta bagi yang lum ade lesen. Masa tu kebanyakan tak terfikir lansung ttentang hal tu sebab macam impossible. Apa lagi kebanyakn dah hampir atau over 50.

Tapi Mak Leha ni adalah antara yg menyahut saranan tu. Saya sendiri pun macam tak sangka...
Sekarang .... 

Bergaya sungguh dia. Tu kereta anaknya yg pi kerja sat di luar negara, maknya le yg pakai buat pergi majlis ilmu. Banyak pahala anaknya. Kereta tu antara yg mengangkut  jamaah  iringi ustazah ke majlis2 ilmu...
Dia ade kereta sendiri yg dibelikan anak2nya , tapi Mak Leha nak beri pahala kat anaknya..
Antara pesan ustazah.. sekurang2 ade sorang (ramai lagi bagusss) di kalangan sebuah keluarga yg melazimi majlis ilmu & mengamalkannya , insyaAllah aura kebaikan & keberkatan dari Allah dapat dinikmati seisi kelaurga..
Ni kuda abg saya .. dia pun nak pahala juga.. insyaAllah semuga Allah pekenankan, restu & sngat suka

30 July 2012

Lagi Aktiviti

Ni surau di Tmn Aman Perdana Klang. 27/7//12 lepas den & geng iring Ustazah Salbiah di situ.

Ustzah sdg beri penerangan ttg cara supaya saf  cantik & lurusss....sebelum solat tasbih
Esp utk warga Adtec Kemaman  yg mngkin masih teringat kami  esp  yg dlm gambo tu, tu antara aktivitinya skrg..layan cucu ... hehe (kira2 beberapa hari sblum Ramadhan, . aduhai.. tak terlayan)
Aduh ..sangat le comel ..nak amik gambo kena hias cantik2...

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA... SEMUGA ALLAH CUCURI RAHMATNYA, AMPUNKAN  & JAUHKAN KITA SEMUA DARI API NERAKA.

Banyakkan SABAR ye.. daripada marah, nak makan lebih2, perkara yg sia2 & laro.

14 July 2012

Aktiviti

Antara member2/jemaah yg terlibat buat roti utk dapatkan dana projek fi sabilillah pimpinan Ustazah Salbiah Omar. Bole dikatakan majoriti dah tahap nenek, tapi depa sungguh ceria & komited ...tahniah semua!!


Kadang2 kami pi 'outstation' iringi Ustazah pi ngajar. Bestnya, dapat ilmu, silaturahim, ziarah..dll. Antaranya baru-baru kami pi Kem Kewangan Putrajaya.
kadang layan si comel ni:
Tak ketinggalan depa ni...

Not forgetting ..... dll

11 July 2012

Cepatnya masa berlalu

Teringat mula2 berpindah ke Adtec Kemaman, si dia ni le yg antara yg mula2 jadi teman..

selang beberapa hari, datang si dia ni pulak ....


Oleh kerana depa ni pompuan, selalu tak ngam.. begitu begini, si bulu putih tampok2 hitam inilah yg rapat sbb peramah, anak2 pertamanya 3 ekor, kali ke2 bersalin 4 ekor... hinggalah kami mengucapkan selamat tinggal pada ADTEC Kemaman pada 28/6/2012 lepas, yg mengucapkan bye bye si dia ni le..

Semua tinggal kenangan, yg sangat indah.. antaranya ialah ketika di bulan Ramadhan 1432.  Apa lagi la ni tak lama lagi menyambut Ramadhan 1433 pula ..

Kepada warga ADTEC Kemaman yg menegnali saya, mohon ampun & maaf sekiranya ada kesalahan/kesilapan samada sengaja atau tidak & semuga kita semua sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah dunia & akhirat. Amin.

Anak2 yg memeriahkan taman  permainan di kawasan  kuarters .. ingat lagi  apa pesan anti?
Tinggal kenangan ..(tak termasuk yg di porch tuuuu)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...