Kebanyakan orang kita (saya tak terkecuali) bila sebut 'komen', lebih menjurus kepada kritik (biasanya yang negatif). Kalau rujuk Kamus Dewan, antara maknanya ialah 'teguran, kritikan, pendapat, pandangan & ulasan'. Tapi biasanya kita amik makna yang 1st 2 tu le.
Contoh: "Cuba 'komen' sikit baju ni"
Antara jawapan spontan :"merah sangat le, ketat sangat le, transparent le dll". (kebetulan memang pun betul apa yang di'komen'nya tu). Biasanya, komen setakat tu aje. Maka kesannya, yang dah terbeli/atau minat nak beli, hatinya menggerutu juga sebab di'komen' begitu. Kesan jangka panjang biasanya, mukanya akan susah nak ceria, lama2 dia pun suka 'komen/kritik'.
So, perkataan yang kesannya akan lebih banyak negatif, kita cuba kurangkan, sebaliknya kita tukar pada yang lebih tepat & memberi kesan ceria & positif.
Contoh: "Cuba beri 'pendapat' atau 'pandangan' tentang baju ni" .
Dengar soklan tu aje, pasti ade yang tergelak/senyum ke,sambil berkata: "Fulamak, biar betol, nanti den fikir dulu sebelum beri 'pendapat & ulasan' tu. " . (sekurang2nya suasana ceria dah ade, walau yang akan diulas agak serious sebab akan membabitkan hukum yang biasanya ada kalangan yang tak berapa menghiraukan).
Sambungan jawapan: "Den berpendapat, baju tu memeng cantik, ...bla, bla, bla,,, tapi kalau pakai di khalayak ramai, tak sesuai sangat sebab tak menutup aurat dengan sempurna, kalau suka juga bole le pakai dalam rumah depan suami (klu yg dah bersuami le), dapat pahala tau, ATAU pakai dalam rumah syok sendiri sambil masak ke, dll."
(apa macam , ok ke?) ...So, kurangilah sifat2 tak ceria/negatif baik dlm perkataan atau perbuatan, Nabi saw pun perpesan agar 'senyum', sebab akhir2 ni memang banyak perkara2 yang kita agak susah nak senyum : barang mahal le, minyak naik le, keluarga tak dengar kata le, jalan jem le, pemandu tak berdisplin le, kakitangan bawahan suka ponteng le, dll.
Semuga selepas ni bertambah ceria & positif tanpa abaikan perintah Allah malah semakin meningkat.
|
ulasan: riben tu besor le mak ngah. Tak po, kecik2 apo pakai comel belake. |