Kali ni den nak cita sikit ttg guru den yg den mendalami agama dah leb 15 tahun. Sapa lai klu tak Ustazah Salbiah Omar. Masa tu den baru pindah ke JKR Seremban dari Manjung Perak. Ada ofis mate suggest panggil Ustzah Salbiah buat kelas kat pej waktu lunch hour seminggu sekali. Den setuju benor. Den tak kenal mana2 ustaz atau ustazah kat NS sbb den baru dtg kek NS. Yg den biasa dengor nama ust Ismail Kamus sbb selalu juga beli kaset dia. Pak Hamka den pernah jumpa sbb pernah dtg kat opis JB masa den mula2 keja. Masa tu den muda bebenor le, member ajak kita pi le.
Berbalik kisah mula2 berlajar kek Ustzah Salbiah. Ada juga opis mate yg kasi warning leb kurang gini: "Ustazah Salbiah tu garang, dia akan tegur direct.". Saya diam aja, dlm hati berkata: aku nak mendalami agama kerana Allah.
Mmg le, First day den dah kena tegur oleh dia. Citonya gini:
Kelas jangka mula 12.45 thari. Jadi bila jam kek dinding bilik den tunjuk 12.40 thari den pi le kek bilik mesy yg dijadikan kelas. Dekat aja. Rupa2nya ustazah Salbiah dah sampai. Dia kata kak den leb kurang begini: "Nampaknya guru yg datang dulu". Den senyum2 aja, rupa2nya jam den yg lewat. Sejak tu den le yg paling awal tiba..Disiplin tu penting klu ilmu nak masuk.. Itu yg den dapat pelajaran ari tu, selain tau isi quran yg selama ni den pun tak tau... Ngaku ni.
setakat sini dulu..sambung lagi nanti..
No comments:
Post a Comment