Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

11 October 2011

KepadaMu ku berserah



Antara zikir2 yang mesti dihayati & dihafal. Bukan apa, sebenarnya juga merupakan doa .. kita berserah bulat2/sepenuhnya pada Allah agar memandu kita dalam urusan dunia ni kerana Dia lah yang Maha Mengetahui yang TERBAIK/THE BEST untuk kita. Jadi klu dah hafal, boleh lah dibaca dalam sujud akhir terutamanya, di samping doa2 lain.
Setelah mengamalkan & menghayati zikir/doa ni, sekiranya kita telah berusaha utk capai sesuatu dgn berpandukan akal & ilmu semasa, tetapi lain pula yang jadinya (yang biasanya kita  tak terfikir & yang berapa menyeronokkan), maka kita akan berlapang dada. Dalam bahasa mudah : Ada le  hikmahnya tu..

Yakinlah, yakin lah, yakinlah, dengan menyerahkan urusan kita padaNya, serta sabar dgn dugaannya, tak merungut2, tak menyalahkan pihak2 lain sepenuhnya, rupa2nya Allah nak beri yang lebih baik di sisiNya. Mungkin mengambil masa yg singkat, mungkin agak lama, mungkin.... hanya Allah yang tahu.

Apa yang penting ----> lidah, hati, perbuatan kita sentiasa ingat Allah dgn menyebut, memahami, mengamalkan & menyampaikan.

(ps: Alhamdulillah, Ustaz Amal dah mudahkan utk kita menghafalnya ... tak rugi klu beli CD yg baik2 ni, pasang kek radio masa driving ke.. aman & tenang rasa.. nak marah masa jem pun bole cool ....hehe..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...