Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

19 December 2012

Hadits Rasulaullah saw

Rasulaullah saw bersabda bermaksud:

"Ada 3 perkara yg jika ketiga perkara tersebut terdapat pada diri seseorang, maka ia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu:
   1)  Allah & RasulNya lebih dicintai dari selain keduanya,
   2)   tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah semata, &
   3) tidak ingin kembali kafir kepada Allah sebagaimana dia tidak ingin dilemparkan ke dalam neraka".
     (HR Anas ibn Malik)

Sibuk macam mana pun solat jangan tinggal.

14 November 2012

Hijrah Rasulaullah saw

15/11/2012 kita menyambut 1 Muharram 1434 H.

Mari kita imbas2 peristiwa tu wlu secara ringkas,  sentiasa lah kita semat dihati ,renung2, dalami2, ambil ingatan , iktibar & pengajaran.
Sesungguhnya tiada yg lebih baik pengajaran utk kita ambil selain yg ditunjuki oleh Rasulaullah saw yg kita wajib   imani & contohi.


Antara rentetan peristiwa tsb:

1) Tttg tawaran & pelawaan kpd Sy Abu Bakar sebagai teman baginda.

2) Sy Ali lewat berhijrah kerana perlu membereskan segala amanah yg telah diamanahkan org2 mekah kpd baginda sebelum tu. Dlm mereka menentang Nabi saw menuduh baginda penipu, pendusta dll, harta2 & barang2 mereka diamanahkan pulak pada Nabi saw utk menjaganya. Pelik & ganjil.

3)  Peranan anak Sy Abu Bakar (Abdullah & Asma') .

4) Penglibatan Suraqah yg diarahkan memburu Nabi saw & Sy Abu Bakar.. (beliau akhirnya masuk Islam)

5) Sambutan meriah org2 Ansar thd Nabi saw mempamirkan betapa kasih , cintanya mereka tak kira lelaki, perempuan, tua, muda , setiap hari keluar beramai2 menanti2 ketibaan Rasulaullah.
 Dll...

 Perbanyakkan lah selawat keatas junjungan Nabi saw yg kita kasihi, rindui , serta  amat-amati lah & ikutlah pesan baginda -> Quran & hadis rujukan kita.


(rujukan:  kitab2 sirah)

Hari Raya Aidul Adha/Korban telah berlalu.
Progam takbir kami thn ini:

Takbir setelah solat dhuha 
Lepas tu... ape lagi le .. silakan, silakan jgn malu2






03 September 2012

Aktiviti bersama Ustazah Salbiah

Selamat bertemu semula & rasanya ok lagi kot untuk ucapkan selamat menyambut syawal .. yg di bulan ni digalakkan sangat2 kita puasa sunat 6 hari.

Saya ade menerima beberapa pertanyaan mengenai kelas bersama Ustazah Salbiah.
Bagi menjawabnya, saya catatkan ringkas saja, mudah2an dapat gambaran.

Kami yang mengikuti kelas beliau, kebanyakan dah agak lama, ada yg lebih 20 thn, paling kurang 7,8 tahun.
Peringkat awal, ustazah mengajar di pejabat2, surau2, rumah jemaah seminggu sekali biasanya tengahari & petang. Kelas usrah seminggu sekali waktu malam. Antara yang diajar ialah perbaiki bacaan quran +  memahami isi  quran + kitab/buku2 antaranya yg saya sebutkan dalam post terdahulu 'Buku Oh Buku'.

Selang beberapa lama, (kira-kira 13thn lepas) ustazah mengorak langkah buka kelas dhuha yg di adakan tiap-tiap hari (melainkan cuti umum) mulai 8.00-10.30/11 pagi, dengan pengisian seperti solat dhuha, solat hajat, solat tasbih (biasanya Jumaat), doa harian, quran & kitab2/buku2 , dll.  Masa ustazah mengikut suaminya bertugas di Sarawak & luar Seremban, kami masih meneruskan aktiviti  tersebut, kerana telah biasa &  supaya tak putus jemaah.

Dalam pada itu aktiviti kami telah bertambah antaranya membuat roti yg fokus utama  utk jemaah2 & anak2 murid ustazah di mana ustazah akan berceramah dll. Selain itu kami pernah buat trip bersama antaranya Perth, Singapura, Sarawak, Acheh, Medan , dalam negeri  dll.  Selain melihat kejadian Allah dll kami jalinkan siturahim dgn jemaah2 di sana. Akan datang ialah Medan 22-15 dis ni.

Sekarang ada 2 tempat di Seremban kami menjalankan aktiviti, di Dataran & Taman Kemuning Senawang. Untuk detail bole le hubungi saya talian 0196137562 .  Sekian secara ringkas..

Mudah2an tambah ilmu, tambah iman, tambah amal .

Antara jemaah Sbn & S4 di satu majlis



31 July 2012

Memandu

Kira-kira >18 tahun lepas, salah sorang murid Ustzah Salbiah (kami  panggil Mak Leha), tak pandai memandu.
Dia suri rumah tangga, buat kerja macam2 nak bantu pendapatan suami.
Dalam sibuk2 tu,  dia luangkan masa ke majlis ilmu.
Antara saranan  ustazah ialah belajar & amik lesen memandu kereta bagi yang lum ade lesen. Masa tu kebanyakan tak terfikir lansung ttentang hal tu sebab macam impossible. Apa lagi kebanyakn dah hampir atau over 50.

Tapi Mak Leha ni adalah antara yg menyahut saranan tu. Saya sendiri pun macam tak sangka...
Sekarang .... 

Bergaya sungguh dia. Tu kereta anaknya yg pi kerja sat di luar negara, maknya le yg pakai buat pergi majlis ilmu. Banyak pahala anaknya. Kereta tu antara yg mengangkut  jamaah  iringi ustazah ke majlis2 ilmu...
Dia ade kereta sendiri yg dibelikan anak2nya , tapi Mak Leha nak beri pahala kat anaknya..
Antara pesan ustazah.. sekurang2 ade sorang (ramai lagi bagusss) di kalangan sebuah keluarga yg melazimi majlis ilmu & mengamalkannya , insyaAllah aura kebaikan & keberkatan dari Allah dapat dinikmati seisi kelaurga..
Ni kuda abg saya .. dia pun nak pahala juga.. insyaAllah semuga Allah pekenankan, restu & sngat suka

30 July 2012

Lagi Aktiviti

Ni surau di Tmn Aman Perdana Klang. 27/7//12 lepas den & geng iring Ustazah Salbiah di situ.

Ustzah sdg beri penerangan ttg cara supaya saf  cantik & lurusss....sebelum solat tasbih
Esp utk warga Adtec Kemaman  yg mngkin masih teringat kami  esp  yg dlm gambo tu, tu antara aktivitinya skrg..layan cucu ... hehe (kira2 beberapa hari sblum Ramadhan, . aduhai.. tak terlayan)
Aduh ..sangat le comel ..nak amik gambo kena hias cantik2...

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA... SEMUGA ALLAH CUCURI RAHMATNYA, AMPUNKAN  & JAUHKAN KITA SEMUA DARI API NERAKA.

Banyakkan SABAR ye.. daripada marah, nak makan lebih2, perkara yg sia2 & laro.

14 July 2012

Aktiviti

Antara member2/jemaah yg terlibat buat roti utk dapatkan dana projek fi sabilillah pimpinan Ustazah Salbiah Omar. Bole dikatakan majoriti dah tahap nenek, tapi depa sungguh ceria & komited ...tahniah semua!!


Kadang2 kami pi 'outstation' iringi Ustazah pi ngajar. Bestnya, dapat ilmu, silaturahim, ziarah..dll. Antaranya baru-baru kami pi Kem Kewangan Putrajaya.
kadang layan si comel ni:
Tak ketinggalan depa ni...

Not forgetting ..... dll

11 July 2012

Cepatnya masa berlalu

Teringat mula2 berpindah ke Adtec Kemaman, si dia ni le yg antara yg mula2 jadi teman..

selang beberapa hari, datang si dia ni pulak ....


Oleh kerana depa ni pompuan, selalu tak ngam.. begitu begini, si bulu putih tampok2 hitam inilah yg rapat sbb peramah, anak2 pertamanya 3 ekor, kali ke2 bersalin 4 ekor... hinggalah kami mengucapkan selamat tinggal pada ADTEC Kemaman pada 28/6/2012 lepas, yg mengucapkan bye bye si dia ni le..

Semua tinggal kenangan, yg sangat indah.. antaranya ialah ketika di bulan Ramadhan 1432.  Apa lagi la ni tak lama lagi menyambut Ramadhan 1433 pula ..

Kepada warga ADTEC Kemaman yg menegnali saya, mohon ampun & maaf sekiranya ada kesalahan/kesilapan samada sengaja atau tidak & semuga kita semua sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah dunia & akhirat. Amin.

Anak2 yg memeriahkan taman  permainan di kawasan  kuarters .. ingat lagi  apa pesan anti?
Tinggal kenangan ..(tak termasuk yg di porch tuuuu)



22 June 2012


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat"

20 June 2012

UMUR, HARTA, ILMU DITANYA OLEH ALLAH

Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara :

Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar).

Hadis ini mengingatkan kita agar tidak sembarang menggunakan umur, masa muda, harta dan ilmu yang telah diberikan Allah kepada kita, gunakanlah sebaik-baiknya, karena nanti di akhirat kelak kita akan diminta dipertanggunjawabannya.

Ada empat perkara lain yang harus kita cari atau kita hadirkan dalam diri kita, karena bila telah kita dapatkan maka empat perkara ini maka kita tak perlu memikirkan yang lain yg tak kita peroleh didunia ini seperti dijelaskan sebuah Hadis Riwayat Ahmad sebagai berikut :

Dari Ibnu Umar r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda : Empat perkara yg jika telah terdapat dalam dirimu, maka engkau tidak perlu memikirkan apa yang tidak engkau peroleh didunia.

Empat Perkara itu adalah
1). Berbicara yang benar (Jangan Dusta);
2) Menjaga Amanah;
3)Berakhlak Mulia dan
4) Memakan Makanan yang baik (halal).

Ringkasnya kalau kita dalam kehidupan ini harus selalu berbicara yang benar, kalau mendapat Amanah (kepercayaan) harus kita jaga, bila diamanahkan menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang baik, bila dipercaya jadi polis, hakim jadilah polisi, atau hakim yang amanah (yang dapat dipercayai, hingga kita menjadi orang yang berakhlak mulia. Terakhir makanan yang baik jangan diberikan makanan yang dibeli dengan rasuah atau hasil dari penipuan dan fitnah kepada anak, isteri atau keluarga yang lain.
Sedarlah wahai para manusia...sesungguhnya jawatan yg kamu pegang itu adalah hak Allah & hanya bersifat sementara sahaja. Kamu akan dipersoalkan pada setiap tindakan serta keputusan selama kamu berkuasa. Ingat sikit pada Allah..

17 June 2012

Selamat bertemu kembali

Lamanya tak blogging:
Nak mula ni, kena warm up engine ..
Kita mulakan dgn tngok gambor aje le ..
15/6/2012 iringi Ustzah Salbiah kuliah kat JPM Putrajaya  (yg berdiri tu wakil JPM, lupa nama, maklum lama tak jumpa)
Melayan jemaah di JPM beli barang2 yg kami bawa, sblum kelas mula
Sedang kyusuk dengar kuliah

Ni pula aktiviti dgn MRA (Muslim Revert As) Seremban
Di bangunan MRA Sbn
Cuti sekolah lepas, jaga cucu ni ..(tadika cuti, nek jage le).. belajo iqra
Tinggal kenangan.. pergi selama2nya kira2 3 bln lepas, yg paling tua kat Adtec Kemaman

Kira2 2 minggu lepas, tiba2 muncul kek rumah di Sbn, anak dara sunti, berlari sana berlari sini, paling suka masuk bawah/enjin keta,  last2 kena kurung , lepaskan keluar  sesekali bila keta tak park kat porch, nak disiplinkan . Nama Bella panggil Ela.. (sempena nama kucing jiran di Adtec yg hilang),,,so far ada peningkatan disiplin.. Tapi dia sangat manjaaa...tak kisah klu dimandikan...

Dipagi yang indah....


29 February 2012

Shhhhh..tengok aje le

Bulatnya mata
Selalu bertandang di rumah di Sbn, kembar si Snow Kak Kim kot!!




Ni klu berhenti kat Muazam akan jumpa depa2



Yg ni kat Adtec Kemaman - adik beradik

Ni ayah depa, termenung mikir anak2 dah besar, buget kena besar juga
 minta makan .. 
Nasi Beringin,  menu kami di kelas dhuha pagi tadi

13 February 2012

Hidupkan Nabi saw Dalam Diri (2)

...sambung..

Kedua:

Kalau kita mencintai  seseorang, kita akan berusaha untuk mencontohi orang tersebut. Potongan rambutnya, fesyen pakaiannya, berkata, berdiri sepertinya dll. Lihatlah bagaimana para peminat artis2 samada barat, Korea atau Msia dll yang meniru idolanya.
Sama le, kalau kita mencintai Nabi Muhammad saw, kita akan berusaha untuk menjadi seperti baginda. Sangat sulit untuk mengikut sunnah baginda tanpa rasa kecintaan terhadap baginda.
Mencontohi perilaku baginda saw tak dapat direalisasikan hanya dengan mempelajarinya. Kita hendaklah memasukkan cinta yang sebenar2nya kepada Nabi saw  dengan sepenuhnya di dalam hati kita dahulu, dan apabila telah tertanam, dengan mudah & dengan rasa nikmat kita akan mencontohi Nabi saw dalam setiap gerakan & tindakan kita.
 Apa contoh2 baginda paling utama? Ramai yang tau, antaranya berjemaah, amanah, bijaksana,adil,  dll . Miliki buku2/kitab2 sirah Baginda saw & diulang2 membacanya  mudah2an rasa kecintaan meresap di hati.

(petikan dari buku 'AlQuran Berjalan')
Sayangi makhluk ni
Ajari anak2/keluarga mu agama


 

Aktiviti bersama2 Ustazah Salbiah & jamaah (2)

Hari ni 13/2/2012  menerima kunjungan tetamu dari Bukit Mahkota Bangi/Kajang .
Kiri: Pn Norhida & rakan2 (selamat datang ke Seremban!)
Ustazah mengajar di Bkt Mahkota sebulan sekali
antara jemaah Seremban

10 February 2012

Aktiviti bersama2 Ustazah Salbiah & jamaah

Alhamdulillah, baru2 ni agak lama di Seremban & tak lepaskan peluang sertai program2 Ustazah Salbiah antaranya:
Menghadiri kelas dhuha di Melaka (Jemaah Sban & Melaka bergabung seminggu 2 kali)
Usrah di Taman Alamanda. (turut serta tetamu dari Spore mcik salah sorang jemaah)
Antara aktiviti untuk dapatkan dana
Mereka bekerja sukarela
Tempat belajar  (atas) & buat roti (bawah)
Tetamu dari Aman Perdana Klang (ustazah mengajar di sana sebulan sekali)
Tetamu, ustazah Wahibah Twahir dari UPSI yg menjejaki x- graduan AlAzhar utk thesis PHDnya
Kelas t/hari jumaat di Bah Pinjaman Perumahan Putrajaya
Ustazah & Pn Naimatul Hurriah dari Bah Pinjaman Perumahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...