Saya teringat satu masa (kira2 15 thn lalu) saya pi dengar ceramah Ustazah Salbiah Omar di padang Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban (MPRM). Dia kata, orang2 Melayu tak sanggup beli bahan2 bacaan yg berguna, sebaliknya suka tambah barang2 kemas, perabut dll. Malah Quran pun dikongsi ramai2 oleh seisi rumah tu. (Alamak, kena batang hidung sebijik!)
Berbeza dengan bangsa2 lain Jepun, barat misalnya. Sebenarnya bahan2 ilmu ni lah yang kalau kita mati, sekiranya dibaca oleh sesiapa & mereka mengamalkan & menfaatkan yg akan mendatangkan pahala pada kita insyaAllah.
Setelah dengar ceramahnya, next day saya terus beli 4 buah quran utk keluarga saya (sebab selama ni kat rumah saya hanya ada satu aja-utk dikongsi). Dan sejak tu apa-apa buku yang direkomennya saya akan beli. Memang terasa lah, sebab buku2 tu harganya kebanyakan puluhan ringgit.
Sekarang, bila mengenang2 peristiwa tu, saya bersyukur kerana mematuhi arahannya ttg membeli bahan2 ilmiah, sebab setelah beberapa tahun baru Allah lihatkan hasilnya. Malah kebanyakan buku2 tersebut diwar-warkan pula oleh guru2 lain & radio IKIM, setelah beberapa tahun berlalu.
Sekarang ni, buku2 lah sebagai hadiah perkahwinan, birthday dll mengantikan hadiah2 seperti pinggan manggkuk, cawan, baju dll.
No comments:
Post a Comment