Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

29 September 2010

KepadaMu ku berserah

Saya singkap2 diari/catatan lama, jumpa cerita ni yg bule juga dikongsi:

3/1/2008;

Kira2 9.30 pagi ke Pejabat Tanah nak bayar cukai. Mak oii ramainya orang. Jam 11.00 belum tentu selesai. Pulak tu saya ada urusan agak penting di tempat lain kira2 jam 10.30. Macam mana ni!!
Dlm hati  berdoa: "Ya Allah! beri lah aku jalan. Robbi Yassir Wala Tu 'Assir Yaa Kariim.."

Kemudian saya  berbual2 dgn beberapa org lelaki yg lebih muda yg berhampiran  dgn membahasakan diri 'kak'.  Salah seorg berkata "Kak bule minta tolong org yg nombor dekat, seorang bule bayar sampai 5 bil" . Sy jawab: "kak segan lah".
Dia jawab: "Tak pe, saya ni dah cukup 5 bil, klu tak saya bule tolong akak". Baiknya!

Lepas tu saya senyum kat seorg wanita Melayu yg agak jauh,  berbual2 & kemudian tanya no giliran dia. Nombornya nak dekat!! Dia bersetuju menolong bayarkan bil saya.

Kemudian, entah kenapa tergerak hati nak menanyakan wanita Cina di sebelah kami. No giliran dia lama lagi. Saya pun cadangkan wanita Melayu tu tolong bayarkan bil Cina tu. (1 Malaysia..hihi..) Alhamdulillah dia bersetuju. Tapi  wanita Cina tu gunakan cek pula.

Last2, ini le hasilnya: Yang tukang bayar si Cina tu, guna nombor giliran wanita Melayu tu, saya pula? Tumpang semangkuk kerana mencadangkan (banyak mulut..peramah le tu..)
Betapa cantiknya perancangan Allah yg ku panjatkan doa padaNya . Tak sampai 1/2 jam urusan selesai.
pandainya posing

2 comments:

  1. Allahuakbar....Cantiknya perancangan Allah di luar pengetahuan kita... kita hanya mampu berusaha, berdoa & bertawakal....

    ReplyDelete
  2. Klu tak kerana ada hal penting sy tak le nak potong q. Rasa bersalah pula amik hak org.. Tu pun setelah sy senyum2 & beritau org2 yg dekat2 kami tu, depa kata :"tak pe".
    Sebenarnya masih ramai org2 yg baik2, klu kita berbaik2. Selebihnya serah pada Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...