Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 January 2011

Kecil Hati

Saya rasa ramai yg  pernah mengalami perasaan 'kecil hati' ni.

Antara contoh2nya:

1) Ibu bapa thd anak2 yg pd pendapatnya dah tak kenang jasa, jarang2 tel, balik kg, dll esp setelah berkeluarga misalnya.

2) Antara  adik beradik  esp yg pernah dibantu, apabila jarang2 menghubungi atau berkunjung dsbnya.  Lebih2 lagi  yg pernah dibantu tu dah berpangkat (klu tak berpangkat biasanya org jarang kecik hati padanya).

3) Guru thd murid (& sebaliknya), apabila satu pihak dah lama tak bertanya kabar atau gagal memenuhi permintaan.

23 January 2011

MENYESAL

Pernah kita mengalami atau mendengar cerita2 seperti berikut?

1. Masa kecil/muda malas belajar, ponteng mengaji dsbnya/ lepak dgn mat2 rempit & merokok,  timbul menyesal bila melihat kejayaan org lain yg rajin/tak ponteng dsbnya..rokok le sahabat siang malam..

2. Peminta sedekah/derma, sedara mara  minta tolong dsbnya,  kita tak beri/tolong  lansung , sedangkan masa tu kita berupaya memberi/membantu wlu sikit, maka timbul menyesal lepas tu kenapa le tak beri sedangkan kita mampu.

22 January 2011

MEMELIHARA SOLAT BAH 3

Kita (tak terkecuali saya le tu) disarankan supaya sentiasa menyemak amalan2 kita termasuk yg paling penting iaitu SOLAT sebab kebanyakan kita belajar ttg solat secara formal bermula ketika masuk sekolah, berperingkat2 .hinggalah  remaja. Lepas tu kebanyaka kita sibuk dgn aktiviti lain yg menyebabkan kdg2 tak de masa utk ulangkaji, hadir majlis2 ilmu ttg solat.. maka solat kita begitu le keadaannya sama spr semasa kita kecil2 dulu, sedangkan umur, keadaan, persekitaran telah berubah.

Contohnya dulu2 kita lum  sakit, tak pernah musafir, berjemaah,  lum ada anak2 kecik, tak sibuk dsbnya. Klu tak de ilmu mengenainya, tu yg kadang2 solat tu jadi payah & susah, maka jawabnya solat tak yah. Malah kdg2 menyusahkan puhak lain pula.

12 January 2011

Hadiah

Hadiah/cenderahati/buah tangan tu lebih kurang sama. Nabi saw  menggalakkan bertukar2 hadiah.
Manusia pula berbeza2, ada yg suka sangat beri hadiah/buah tangan. Ada yg sederhana (tengok sempat & keadaan) & ada yg tak kisah lansung. Ada yg beri kerana dia suka & ikhlas, biasanya dia ni tak kisah klu org tu tak balas balik, ada pula mengharap balasan, mula le cakap dgn org (ngumpat le tu) kenapa le si A tu tak pernah beri hadia/ balas atau ingat pemberiannya ,...dsbnya..

10 January 2011

Tetamu

Ptg Ahad saya menerima kunjungan dari salah sorang followers sdri  Ruhi yg saya kenali melalui adik Kalsom .. Masa tu kami sdg bersiap2 nak balik Sbn sbb ada urusan kerja.
Ruhi, terima kasih kerana sudi ziarah. So far you're the first.

02 January 2011

BANTUAN/PERTOLONGAN

Bantuan/sedekah/pertolongan kpd org lain sangat tinggi darjatnya di sisi Allah. Klu seorang saja yg bersedekah/membantu memang agak berat. Misalnya  bantuan RM500.00. Tapi  hikmah klu dibuat berjemaah, amat mudah & ringan. Selama ni klu disebut  jemaah  (malah saya pun dulu2 masa zaman kejahilan), yg difikirkan hanya solat jumaat. Tu yg ramai solat berjemaah  hanya ketika solat JUMAAT. Masa lain sendiri2. Apalagi le org perempuan, sbb tak wajib solat Jumaat, tak terfikir pun  utk solat berjemaah.

Berbalik pada sedekah/bantuan secara jemaah, misalnya ada 50 org, bayangkan RM500/ 50 org. Tiap2 sorang hanya perlu bantu RM10. Ringan kan? Ok. semua org tahu, sbb tu ramai yg hulur kat masjid, tempat anak2 yatim dll. Alhamdulillah.

Bantuan tu tak kisah le dlm bentuk apa. Semua baik di sisi Allah asal niat keranaNya. Syaitan menangis2 & menghempas2kan badanyan sbb gagal mengalang org dari bersedekah.  Pendapat peribadi saya, bantuan yg paling utama adalah utk  perkara2 asas spt tempat tinggal, makanan & pelajaran/ilmu. Kdg2 kita perhatikan yg memerlukan bantuan tu ilmunya (ttg agama esp) kurang, so kita bantu juga dgn ilmu, tarbiah dsbnya.

Saya pernah lihat di Bersama mu TV3, mereka2 yg memerlukan, selain miskin harta, mereka tu miskin ilmu & amalan (bab mudah ialah tak tutup aurat & tak solat-sbb tu mereka juga diconsult ttg agama, kata penerbit). Jadi adalah lebih baik klu mereka2 yg kita bantu secara personal,  kita tahu latar belakang & mudah diziarahi  supaya dpt kita pantau perkembangannya .

Organasi2 spt rumah2 kebajikan, anak2 yatim, org2 tua, pondok2 tahfiz/ilmu, bantuan Palestin, zakat dsbnya, ada pihak yg menguruskan & kita serahkan kpd mereka.

Ni yg tak masuk dlm kategori spr dinyatakan di atas, esp sedara mara sendiri. Misalnya ada sedara yg dapat panggilan utk pi haji tapi lum cukup duit (misalnya RM3000.00), setelah dia usaha jual apa2 hartanya spt barang2 kemas dll, masih tak cukup duit, bulehlah dibantu secara berjemaah.  Misalnya dia ada harta spt rumah sewa, tanah dsbnya, takkan dia nak jual (org dulu2 mmg jual tanah utk pi haji), tapi terpulang pada dia le. Jadi kita bantu dgn pinjaman (sbb bukan dia tak de duit, tapi belum cukup).  So pinjamkan dia ikut kemampuan masing2 & rekod/tulis betul2 ttg pinjaman & bayaran samada ansur2 dll (Allah pun mmg suruh rekod spr dinyatakan dlm Quran).

Tapi perlu ada KETUA yg merekodkan & menguruskan. Kami jemaah ustazah Salbiah, beliau le yg initiate/usaha, kempen tanpa jemu (sampai ada bisik2 negetif diterima) dll dgn bantuan jemaahnya  insyaAllah.. Alhamdulillah.

Klu tak silap salah satu usul Generasi Sailan mmg utk ujud tabung bantuan, Tapi agaknya masing2 sibuk apalagi kerja mengurus bukannya mudah (klu ramai, lagi le susah), maka tak le berjalan. Tapi usul yg baik mmg baik le balasannya insyaAllah. Jadi,  kalangan generasi Sailan yg membaca blog ni sapa2 yg BETUL2 ada masaalah, boleh le pm/sms  saya. Kdg2 bukan masaalah duit, mungkin masaalah yg hanya memerlukan pendapat & bertukar fikiran. Tu salah satu kebaikan berjemaah.. (semua manusia ada masaalah/ujian  termasuk le saya kerana Allah jadikan Dunia tempat ujian, Syurga tempat kejayaan sebenar/hakiki -tak de masaalah lansung). SEKIAN

Niatkan semata2 kerana Allah, bukan balasan dari manusia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...