Kita (tak terkecuali saya le tu) disarankan supaya sentiasa menyemak amalan2 kita termasuk yg paling penting iaitu SOLAT sebab kebanyakan kita belajar ttg solat secara formal bermula ketika masuk sekolah, berperingkat2 .hinggalah remaja. Lepas tu kebanyaka kita sibuk dgn aktiviti lain yg menyebabkan kdg2 tak de masa utk ulangkaji, hadir majlis2 ilmu ttg solat.. maka solat kita begitu le keadaannya sama spr semasa kita kecil2 dulu, sedangkan umur, keadaan, persekitaran telah berubah.
Contohnya dulu2 kita lum sakit, tak pernah musafir, berjemaah, lum ada anak2 kecik, tak sibuk dsbnya. Klu tak de ilmu mengenainya, tu yg kadang2 solat tu jadi payah & susah, maka jawabnya solat tak yah. Malah kdg2 menyusahkan puhak lain pula.
Contoh lain ialah dek selama ni dlm solat kita termasuk rukun + sunat, lama2 kita lupa/konfius mana satu yg rukun & sunat khususnya. Misalnya melalui pengalaman dlm majlis ilmu, bila guru tanya 'angkat tangan ketika Takbiratul Ihram tu rukun ke sunat?' ..ramai yg senyum & tak pasti. Atau kita pernah ditegur, 'solat awak tak sah'. 'kenapa?' kita tanya. Dia jawab, 'cepat sangat, tak baca surah ke?' .
So buka le semula buku2 panduan solat yg mudah2, & bertanya lah utk lebih memahami & supaya mantap & yakin. Dalam keadaan biasa, memang sangat2 disarankan buat yang sunat2, tapi dalam keadaan tertentu, kita kena tinggalkan yg sunat2 kerana mengutamakan perkara lain. Contoh2nya yg biasa berlaku:
1) Ketika solat berjemaah, selepas Takbiratul Ihram (& niat), tak perlu baca doa iftitah, atau klu nak baca juga, tak pelu sampai habis (cukup sampai ...wa asii la). Sbb nak tumpukan pada bacaan fatihah imam (klu baca kuat). Surah pun tak perlu baca. Tumpukan pada bacaan imam. Pahala solat jemaah tu banyak lebih tinggi, sbb kdg2 bacaan doa iftitah kita & surah bule menganggu org sebelah.
2) Atau dlm keadaan nak cepat spr bas express/rombongan berhenti rehat kat masjid atau R&R (biasanya kita di beri tempoh masa), gunakanlah masa tu sebijak mungkin. Utamakan kepentingan pihak lain, so ada masanya kena tinggalkan yg sunat2. Ingat, jgn le kejahilan kita menyebabkan pihak lain susah.
3) Atau kita menjaga org sakit, anak2 kecil yg tak bule ditinggalkan lama, dsb.
Cukup dulu setakat ni..nanti kita sambung..Bersedia lah utk menerima teguran pihak lain untuk kebaikan kita & orang lain.
Oh ye, sblum terlupa..Takbiratul Ihram (lafaz Allahu Akbar) tu termasuk Rukun.. hendaklah dilafazkan (paling tidak spr berbisik), sbb ada yg sebut dlm hati, .hanya mengerak2kan bibir saja.. berbeza dgn lafaz Allahu Akbar yg disebut ketika nak rukuk, sujud, bangun dari sujud & dari tashahhud awal Tu sunat aja (tak sebut solat tak batal).
No comments:
Post a Comment