Berbalik pada sedekah/bantuan secara jemaah, misalnya ada 50 org, bayangkan RM500/ 50 org. Tiap2 sorang hanya perlu bantu RM10. Ringan kan? Ok. semua org tahu, sbb tu ramai yg hulur kat masjid, tempat anak2 yatim dll. Alhamdulillah.
Bantuan tu tak kisah le dlm bentuk apa. Semua baik di sisi Allah asal niat keranaNya. Syaitan menangis2 & menghempas2kan badanyan sbb gagal mengalang org dari bersedekah. Pendapat peribadi saya, bantuan yg paling utama adalah utk perkara2 asas spt tempat tinggal, makanan & pelajaran/ilmu. Kdg2 kita perhatikan yg memerlukan bantuan tu ilmunya (ttg agama esp) kurang, so kita bantu juga dgn ilmu, tarbiah dsbnya.
Saya pernah lihat di Bersama mu TV3, mereka2 yg memerlukan, selain miskin harta, mereka tu miskin ilmu & amalan (bab mudah ialah tak tutup aurat & tak solat-sbb tu mereka juga diconsult ttg agama, kata penerbit). Jadi adalah lebih baik klu mereka2 yg kita bantu secara personal, kita tahu latar belakang & mudah diziarahi supaya dpt kita pantau perkembangannya .
Organasi2 spt rumah2 kebajikan, anak2 yatim, org2 tua, pondok2 tahfiz/ilmu, bantuan Palestin, zakat dsbnya, ada pihak yg menguruskan & kita serahkan kpd mereka.
Ni yg tak masuk dlm kategori spr dinyatakan di atas, esp sedara mara sendiri. Misalnya ada sedara yg dapat panggilan utk pi haji tapi lum cukup duit (misalnya RM3000.00), setelah dia usaha jual apa2 hartanya spt barang2 kemas dll, masih tak cukup duit, bulehlah dibantu secara berjemaah. Misalnya dia ada harta spt rumah sewa, tanah dsbnya, takkan dia nak jual (org dulu2 mmg jual tanah utk pi haji), tapi terpulang pada dia le. Jadi kita bantu dgn pinjaman (sbb bukan dia tak de duit, tapi belum cukup). So pinjamkan dia ikut kemampuan masing2 & rekod/tulis betul2 ttg pinjaman & bayaran samada ansur2 dll (Allah pun mmg suruh rekod spr dinyatakan dlm Quran).
Tapi perlu ada KETUA yg merekodkan & menguruskan. Kami jemaah ustazah Salbiah, beliau le yg initiate/usaha, kempen tanpa jemu (sampai ada bisik2 negetif diterima) dll dgn bantuan jemaahnya insyaAllah.. Alhamdulillah.
Klu tak silap salah satu usul Generasi Sailan mmg utk ujud tabung bantuan, Tapi agaknya masing2 sibuk apalagi kerja mengurus bukannya mudah (klu ramai, lagi le susah), maka tak le berjalan. Tapi usul yg baik mmg baik le balasannya insyaAllah. Jadi, kalangan generasi Sailan yg membaca blog ni sapa2 yg BETUL2 ada masaalah, boleh le pm/sms saya. Kdg2 bukan masaalah duit, mungkin masaalah yg hanya memerlukan pendapat & bertukar fikiran. Tu salah satu kebaikan berjemaah.. (semua manusia ada masaalah/ujian termasuk le saya kerana Allah jadikan Dunia tempat ujian, Syurga tempat kejayaan sebenar/hakiki -tak de masaalah lansung). SEKIAN
Niatkan semata2 kerana Allah, bukan balasan dari manusia |
No comments:
Post a Comment