Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

25 February 2011

Baca, faham, hayati, amal & sebarkan.

InsyaAllah tiap-tiap Jumaat akan dipaparkan ayat2 al-Quran pilihan & maknanya, mudah2an kita sama2 faham, amalkan  & sebarkan apa Allah beritahu & perintah..






 Surah-Ma'idah ayat 104.
 Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan oleh Allah (al-Quran) dan kepada Rasulnya (yang menyampaikannya)." Mereka menjawab, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati (daripada agama & kepercayaan) nenek moyang kami." Adakah (mereka akan mengikuti juga) sekalipun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa & tidak pula mendapat petunjuk?

 Penerangan ringkas: Kadang2 perkara2 yang dah jadi amalan/budaya kita bertentangan dgn Islam, tapi kita masih takut utk meninggalkannya mungkin sebab takut dicop derhaka, tak sayang adat, dll alasan. Allah suruh kita tinggalkan & ikut perintahNya. Cara kita meninggalkan terpulang le ikut keadaan , kes masing2, sebaiknya bincang & bertanya pada yang berilmu & jangan lupa doa, & serah pada Allah.. Sesungguhnya nak dapat ganjaran yang tinggi di sisiNya, perlu pengorbanan yg tinggi seprti pengorbanan perasaan,hati, harta benda, dicemuh, dipulau dll.

16 February 2011

Lagi dari LANUN




Mudah2an perkara2 baik dari pelukis2 ni diberi kebaikan oleh Allah pada mereka. Amin.

13 February 2011

Hjh Faridah Mohd Saman

Menziarahi sahabat saya (Cikgu Rahmah) & alhamdulillah  bertemu dengan seorang yang sangat terkenal suatu ketika dulu.  Beliau ialah Hjh Faridah bt Mohd Saman bekas johan qariah antarabangsa sebanyak 8 kali. Mulai masuk musabaqah ketika belajar pada 1963 & kali terakhir pada 1991.




wakil NS dlm musabaqah tahun2 lepas

11 February 2011

Cantiknya!!!

Post kali ni mudah saja tapi amat bermakna bagi sapa2 yg ingin jadikannya bermakna.
Perhatikan gambar2 di bawah ni.

Gambar 1

Gambar 2
Antara gambar 1 & 2, mana satu yang menarik hati kita? Yang kita suke le.. Pastinya 100% menyokong/suka gambor 2. Maaf ye, yg suka gambar 1, mungkin otaknya kena check kat doktor (gurau aja..) atau mungkin ada yang kata, 'ada aku kesah..'

Mula2  biar saya cerita sikit kenapa saya masuk cerita ni. Sebabnya, satu pagi, turun tangga surau selepas  solat subuh, saya dapati kasut2 telah tersusun ready untuk disarung. Saya beritahu partner saya' "bagusnya org ni!..' Selepas tu kami berpesan2 utk susun kasut sedemikian semampu mungkin. Sbb kadang2 bila nak cepat bule terlupa. Maklum le manusia (bukan tak tau, tau..).  Jadi  pasang le niat untuk buat kebaikan tiap2 hari  sebagaimana sabda Nabi saw, kerana ada malaikat yang mendoakan untuk kita.

Selama ni kita ingatkan dlm bentuk derma duit aja, tapi peluang lain sangat terbuka luas, paling mudah ialah senyuman, beri salam untuk isi rumah, org lain dsbnya.. Subhanaullah.. Den pun kadang2 lupa.

 Salah satu cara untuk hilangkan  ego, angkuh, sombong/negatif & bina sifat kehambaan yg tinggi  thd Allah, cara ni agak mudah. Tak payah keluar duit. Lepas ni bule le tolong2 cuci tandas ke, sapu2 rumah ke (termasuk surau), bagi sapa2 yg lum pernah buat. Rugi, rugi, rugi... Sebelum terlupa, niatkan semata2 kerana Allah ye!!
Harap2 selepas ni  tiap2 rumah kasutnya tersusun rapi esp rumah saye le. Alhmdulillah!!

Nota:
Geng2 saya (jemaah sekelas) bila saya beritau kisah ni, berebut2 nak buat, hingga terpaksa bagi2..hi.hi.. Ustazah kami bukan tak pernah sound, selalu dia sound.. tapi mklum le..pelupa.

10 February 2011

Pelancong-pelancong Masjid

Yang pakai ungu tu sahabat saya (sister Azizah). Dalam seminggu 3 hari dia bertugas sebagai pendakwah untuk  bukan Islam melalui program pelancongan masjid di Masjid Putrajaya. Dalam gambar tu kedua pelancong tu pakai baju khas  kerana biasanya (esp wanita)  memakai pakaian tak sesuai untuk masuk rumah Allah. Sister Azizah beritau, pelancong2 yang boleh berbahasa Inggris akan diberi keutamaan olehnya (sbb bahasa lain beliau tak pandai, so camne nak bercakap kan?)
dari Australia & Chili


Mr Emmet dari NZ melawat Uni Pertahanan Msia - siap beri salam & ucap alhamdulillah!


Bersama Shimah (dari UPertahanan Msia) yg membawa Mr Emmet (apasal syimah pun kena pakai uniform tu? he,he.jgn marah ye Shimah ... bila agaknya bole jumpa lagi)


dari China
Ingat!  Orang2 Islam pun ada yang disarankan memakai uniform tu. Yang mengarahkan  ialah pekerja2 di masjid berkenaan . Saya sempat tanya beberapa remaja Islam, kenapa mereka  memakainya, mereka tak dapat memberi jawapannya. Sebagai org tua, saya beritaunya, sebab pakaian awak tu seksi kot,  tak sesuai dipakai sebagai org Islam, lebih2 lagi untuk masuk ke rumah Allah. Hidayah datang bermacam2 cara, mungkin selepas ni awak akan merubah cara berpakaian. Ada yang mengangguk, ada yang tersengeh.

Perhimpunan Generasi Sailan 2003 (bah 3)

Di  Perhimpunan tersebut, selain bertemu ramai keluarga, anak ke 2 saya (Mohd Saffuan), bertemu dgn rakan se kuliah masa di UTM dulu Nor Azariah. Baru la depa  tau yg mereka ni bersaudara!   Saffuan adalah generasi  ke 2, manakala Aza generasi ke3. Ibu Aza adalah anak kepada kakak saya & telah pun meninggal dunia (klu tak salah masuk 2,3 thn lepas)



Terima kasih kepada mereka yg bertungkus lumus memerah idea, tenaga, wang ringgit dsb yang membolehkan perhimpunan pertama itu dijalankan dgn jayanya. Allah jua la yang membalas jasa2 kalian.

Selepas kira-kira 8 tahun berlalu, ada di kalangan generasi yang telah pun meninggal dunia, sakit dsbnya. Semuga Allah memberi yang terbaik kepada kita semua di sisiNya dunia & akhirat lebih2 lagi.

Untuk yang telah mendahului kita, al Fatihah!

Belakang (baju biru) Abg Karim, Abg Radiman, Arwah Abg Jafri/Len & Hj Jumahat (anak sedara)

Hj Sailan

 Mengimbas balik ttg blog ni, saya beri tajuk 'Generasi Sailan', sbb tujuan asal  utk 'memanggil'/memperlawa mana2 generasi Sailan esp yg muda2 menfaatkan teknologi canggih it ni agar saling kenal mengenal & merapatkan lagi hubungan keluarga. Sebab genarasi Sailan telah berkembang biak, & memang lah kalau berselisih bahu pun mungkin tak kenal. Yang dulu2 kenal pun mungkin tak perasan sebab tubuh & wajah mungkin berubah dek peredaran masa.

Walau bagaimana pun  selain generasi Sailan pun boleh participate, selagi ianya baik & menjadi kesukaan Allah, insyaAllah. Mana tau..ada antara kita rupa2nya yg ada bau2 bacang..samada dari keturunan Hj Sailan, adik beradik beliau atau melalui perkahwinan dsbnya.

Sekadar mengimbas balik :
Hj Sailan b Mohd Nor lahir pada 1901 di Jawa Tengah, berpindah ke Msia (dulu Malaya) pada 1909. Tempat menetap pertama di Kg Minyak Beku Batu Pahat Johor, kemudian di Kg Sungai Suluh BP sehingga beliau meninggal pada 1986.

Daripada  3 isteri (seorang dlm satu masa) maka lahirlah generasi Sailan yang saya rasa dah mencapai kira-kira lebih 350 org.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kami & kedua ibu bapa kami serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil, juga ampunkanlah segala dosa kaum muslimin & muslimat, mukminin & mukminat samada yang masih hidup atau yang telah mati".

"Wahai Tuhan kami, jadikan kami & keturunan kami orang2 yang tekun mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa kami, kurniakan keampunan kepada kami & kepada kedua ibu bapa kami juga kepada orang2 mukmin pada hari diadakan hisab"

Amin, Amin .. Ya Robbal 'aalamin.

02 February 2011

Lagi mengenai SOLAT

Alhamdulillah, ada hamba Allah minta eleborate ttg bab SOLAT . Setelah mengikuti kuliah2 &  agak banyak juga membaca smada buku2 atau intnet serta bermusafir,  saya berfikir &  berpegang  bahwa ilmu mengenai SOLAT sangat luas. Dan tak mustahil, akan banyak pula yg confius (cthnya isu mngenai doa qunut, hari raya jatuh pd hari Jumaat yg melibatkan solat raya & solat jumaat, dsbnya. yg masih diperdebatkan.  Yg mendebatkan tu bukan org biasa2 spr kita/termasuk saya, tapi org2 kelulusan tinggi bidang agama tu)..

baca seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...