Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

25 February 2011

Baca, faham, hayati, amal & sebarkan.

InsyaAllah tiap-tiap Jumaat akan dipaparkan ayat2 al-Quran pilihan & maknanya, mudah2an kita sama2 faham, amalkan  & sebarkan apa Allah beritahu & perintah..






 Surah-Ma'idah ayat 104.
 Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan oleh Allah (al-Quran) dan kepada Rasulnya (yang menyampaikannya)." Mereka menjawab, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati (daripada agama & kepercayaan) nenek moyang kami." Adakah (mereka akan mengikuti juga) sekalipun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa & tidak pula mendapat petunjuk?

 Penerangan ringkas: Kadang2 perkara2 yang dah jadi amalan/budaya kita bertentangan dgn Islam, tapi kita masih takut utk meninggalkannya mungkin sebab takut dicop derhaka, tak sayang adat, dll alasan. Allah suruh kita tinggalkan & ikut perintahNya. Cara kita meninggalkan terpulang le ikut keadaan , kes masing2, sebaiknya bincang & bertanya pada yang berilmu & jangan lupa doa, & serah pada Allah.. Sesungguhnya nak dapat ganjaran yang tinggi di sisiNya, perlu pengorbanan yg tinggi seprti pengorbanan perasaan,hati, harta benda, dicemuh, dipulau dll.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...