Walau bagaimana pun selain generasi Sailan pun boleh participate, selagi ianya baik & menjadi kesukaan Allah, insyaAllah. Mana tau..ada antara kita rupa2nya yg ada bau2 bacang..samada dari keturunan Hj Sailan, adik beradik beliau atau melalui perkahwinan dsbnya.
Sekadar mengimbas balik :
Hj Sailan b Mohd Nor lahir pada 1901 di Jawa Tengah, berpindah ke Msia (dulu Malaya) pada 1909. Tempat menetap pertama di Kg Minyak Beku Batu Pahat Johor, kemudian di Kg Sungai Suluh BP sehingga beliau meninggal pada 1986.
Daripada 3 isteri (seorang dlm satu masa) maka lahirlah generasi Sailan yang saya rasa dah mencapai kira-kira lebih 350 org.
"Ya Allah, ampunilah segala dosa kami & kedua ibu bapa kami serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil, juga ampunkanlah segala dosa kaum muslimin & muslimat, mukminin & mukminat samada yang masih hidup atau yang telah mati".
"Wahai Tuhan kami, jadikan kami & keturunan kami orang2 yang tekun mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa kami, kurniakan keampunan kepada kami & kepada kedua ibu bapa kami juga kepada orang2 mukmin pada hari diadakan hisab"
Amin, Amin .. Ya Robbal 'aalamin.
amin... amin... ya Robbal 'aaalamin....
ReplyDeleteamin....
ReplyDelete