Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

24 May 2011

Harta

Jom cari harta ...
Jom..jom..jom
Harta yang halal, niat kerana Allah..
Dalam pada tu solat jangan miss +  zakat juga bila sampai syarat (boleh bayar ansor, tak memberatkan) & sedekah, infak, wakaf wlu RM10.00
Elakan merungut, banyak komplain ...
Kalau tertekan.. banyak zikir --> istighfar, selawat, dll... & senyummmmm


23 May 2011

Hidayah (4)

sambung....

2) RASUL saw:
Manusia terbesar yang kita kena ikut perjalanan hidupnya .
Paling tidak, di peringkat awal kita buat yang mudah2 dulu, contohnya solat berjemaah di rumah2 Allah. Mudah ke?  Kalau mudah kenapa tak ramai yang buat?  Antara sebabnya   (spr dinyatakan di bah 3) ialah  tak nampak ganjaran tu segera di depan mata, + godaan dari 'genera'l syaitan & nafsu.  Rasul saw tak pernah miss solat berjemaah.

Di kala  hati kita dah mula  suka/tertarik untuk buat sikit2, tahap demi tahap apa yang  Rasul saw buat, selari dengan tu singkir lah perkara2 yang tak disukai & tak dibuat baginda.  Sifat2/perangai2,  penampilan, pertuturan, penulisan, pergaulan, perbuatan dll...termasuk sahabat2/kawan2 atau persekitaran yg kurang menggalakkan........tapi bukan mudah kalau dah sebati kan,?  Sebab tu perlu ada ... (seterusnya ---->)

3) MUJAHADAH (KESUNGGUHAN):
Yang mesti datang dari hati, yang betul2 ikhlas.  Sungguh2 melangkah  pi majlis ilmu, sungguh2  lawan jeneral syaitan (ingat, salah satu yg syaitan paling benci ialah org pi majlis ilmu), sungguh2  nakkan hidayah/petunjuk/jalan lurus/anugerah/kemenangan dari Allah.  Diikuti dengan ---->
 
4) DOA:
Bab doa ni,   kadang2 sering diremehkan. Bukankah Allah suruh berdoa? "Berdoalah kepadaku, niscaya Aku mengabulkannya" (Ghafir/60) ..Doa, doa, doa ... jangan putus asa & bosan
Bangun le sebelum subuh, munajat & sujud padaNya..
Ingatlah umur kita semakin bertambah, dulu2 kita bayi, tup2 sekolah rendah --> sekolah menengah --> u/kolej/bekerja --> berkeluarga, beranak pinak pula ----> tak kan le tak nak berubah ke arah mendekatkan diri pada Allah, atau semakin leka?
 
(sampai menyampai, ingat mengingat, buat diri ku terutamannya & pembaca2 yang dikasihi)

Ruj: Buku " Jangan Putua Asa"
makan berjemaah

Hidayah (3)

Antara-antara penyebab2/tanda2 Hidayah:

1) Al QURAN :
Barangsiapa inginkan Hidayah, maka ia hendaklah akrab dengan al-Quran. Dimulai dengan membaca, mengetahui isi & mengamalkannya.

Pengalaman saya tentang membaca alQuran ni, Allah beri tahap berbeza2 kepada hamba2Nya --> ada yang cepat tangkap (terang hati) & ada yang sebaliknya. Kanak2 biasanya mudah sikit berbanding org dewasa, sebab kebanyakan orang2 dewasa otaknya dah penuh macam2, banyak fikir .. kadang2 sedang belajar, hp berbunyi tetamu datang le, teringat api lauk lupa nak padam le, dll..manakala kanak2 pula dia tak perlu fikir perkara2 tu semua. Otak masih banyak ruang2 kosong.

Tapi dengan semangat yg kental, tekun, ikut adab2 belajar & perancangan yg sistematik, insyaAllah, lama2 boleh mengaji. Yg penting ialah sapa2 yang belajar memang ada ganjaran yang besar di sisiNya (tapi ganjaran tu biasanya tak boleh dipandang, tu pasal le ramai yang abai, macam kes org lelaki solat jemaah di rumah Allah, ---> tapi yakinlah, yang melaksanakannya sahaja yang Allah beri. Bentuk apa? Terserah padaNya, yg confirm --> dunia tenang akhirat lebih2 lagi insyaAllah.

Berbalik kepada faham isi/kandungan alQuran, pengalaman saya di kalangan orang2 dewasa,kebanyakan tak berapa minat sangat selagi belum pandai membaca & tamat (khatam). Sebenarnya kurang tepat tu sebab, nak tunggu pandai betul kadang2 memakan masa bertahun2 .. & alangkah ruginya tak tau & tak minat apa yang Allah kata/firman.

So, ringkasnya ... kalau dah minat pada Quran, isi/kandungannya (dituruti dengan sanggup berbelanja membeli terjemahan & tafsir quran misalnya) & attend majlis2 ilmu berkaitannya ...ada tanda2 le tu ke arah hidayah insyaAllah.

Allah swt berfirman ayat 1-2 AlBaqarah maksudnya : "Alif lam mim. Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

Nanti sambung lagi insyaAllah.

Rujuk: Buku "Jangan Putus Asa" Dr Aidh AlQarni

21 May 2011

Hidayah

Saya jumpa video ni kat forum agama

Saya x kenal syam kamikaze ni ... apa yg dapat saya katakan, alhamdulillah..
Dari pengakuannya, saya bolehlah fikir bahawa di luar sana ramai yang perlukan bantuan.. so janganlah putus tuntut ilmu, bantulah & sampaikanlah mana2 yg kita tahu & bertanya lah...jangan malu

18 May 2011

Kena Marah

Cerita ttg SABAR post sebelumnya kurang memuaskan hati hamba Allah, katanya saya memang  salah sebab tak patuh arahan bos, wlu pun tawaran untuk kerja yang memang saya tunggu2 tu datang, tapi arahan bos, tetap arahan, tak boleh ingkar. Delima, delima.. Terpulang le... manusia ni Allah beri akal & fikiran macam-macam.. apa yang penting.. kerrja sama.. weei.. wonderpets!!  Terima & dengar pendapat2 dgn senang hati & senyummm.....akhirnya, tanyalah  gerak hati yang padaMu ya Allah ku bergantung sepenuhnya.
"Hasbiaullah hu wan'ik mal wakiil"

Sebelum sambung kisah seterusnya, jom layan lawak LANUN  legakan dada sikit, . klu tak senyum, ntah le..


Cerita kena marah ibu. Ringkas aje:

Ibu minta tolong anaknya Ali belikan bawang  di kedai. Ali pun tunggang basikal dengan senang hati.. Di tengah jalan tiba2 terserempak seorang  pak cik jatuh dari basikal.. Ali tolong pakcik tu & begitu begini, panjang le masa yang diambil oleh Ali . Ibunya tunggu Ali tak sampai2, setan  mula le mengipas2 & mengapi2kannya.. "Ni melencong mana pulak si Ali ni, siap ko, balik nanti siap ko...lauk ni lambat le masak nanti, ..bla, bla, bla..."

Tiba aje Ali, belum sempat explain, ibunya dah menerkam & bla, bla, bla..... meleter le tu.. tapi baiknya si Ali ni, dia biarkan aje ibunya  meleter,  bila ibunya reda.. baru le dia expain pelan2...... ibunya menitik air mata..aduhai sesalnya!!   (cerita sampai sini aje..)

Saya rasa kes2 spr ni  almost semua org mengalamai, samada watak Ali atau ibunya, bergilir2..tanpa sedar..
Kadang2 cuba tak nak ulang kesilapan,  tapi sbg manusia biasa, terulang  juga.. 

Ulasan dari cerita Ali & ibunya:
1) Ali anak yang SANGAT baik, sifat SABAR yang tinggi, + suka tolong org/masyrakat  (si pak cik tu). Dia serba salah, tak tolong, kesihan, tolong nanti kena marah....Naluri spontan, dia tolong si pak cik tu.
Keep it up Ali.. semuga diteruskan untuk akan datang yg lebih mencabar..

2) Ibu Ali terburu2 & tak sabar, mungkin dia ada sebab tersendiri ari tu.. kena faham juga situasinya.. esp kalu dia ni jenis agak cool .. jarang berleter..pot pet, pot pet....

3) Dulu tak de hphone.. so sekarang ni manfaatkan le hphone klu sesuatu yg tak diduga berlaku...

4) Selagi kita masih hidup di dunia ni, ujian pasti berlaku, dalam pelbagai bentuk.. ingat, --> kekayaan, kemewahan, rupa paras cantik, menawan, kepandaian, & lain2 yang menyenangkan hati.. tu juga ujian ---> malah kata ilmuan Islam, ujian yg sangat menguji..

Wasallam

16 May 2011

Apa kata LANUN kali ni..

Tak rugi eden  beli majalah LANUN dulu2...

Kalau Boleh Sabar ...Sabar le..

Cerita pasal kena marah walau bukan kesalahan kita, saya rasa semua org biasa alami. Kalau dipandang secara positif, insyaAllah  tak de hal le ---> malah kita semakin tenang, sabar & kuat insyaAllah, sebab yang marah kita tu manusia ---> tak sempurna, termasuk le diri kita sendiri.
Bukan kah yang Maha Sempurna, Maha Perfect  hanya Allah?

Antara pengalaman  saya kes seumpama tu:

Masa mula2 keja dulu,  setelah beberapa bulan kat pejabat, teringin nak kerja luar jaga projek cari pengalaman. Tapi di seksyen saya tak de projek yang sedang berjalan, jadi bos kata nanti dulu le.. (nanti sampai bila? bisik hati muda ku --> mula le macam tak leh sabo. Bukan apa, duduk kek pejabat kerja senang sangat, tak mencabar..hehe.. )

Satu ketika bos cuti, keja2 pejabat dah beres semua, dah tak de keja tu, baca-baca le majalah Arqam (klu sekarang ni mesti layan  intenet), kemudian bos seksyen lain nampak saya , dia kata lebih kurang gini, "Cik Masitah, free ke, jum ikut saya tengok projek bla, bla, bla.."'  Pucuk dicita ulam mendatang, saya pun pi le dengan bos tu  & driver, setelah beritau salah sorang staf kat seksyen saya.

Nak sms bos saya yang cuti,  masa tu mana ada hp? Lagi pun takkan le dia  marah kot, sebab yang ajak saya ni pun bukan orang lain, sama-sama satu jabatan.. niat saya hanya nak pengalaman..  bukan nak ingkar dia.

Rupa2nya saya kena marah juga ...antara kata2nya , " sepatutnya u minta izin saya dulu..". (nak tergelak juga, sbb benda ni mengejut, dia pulak cuti) tapi saya diam aje. Nak juga  mempertahan kebenaran seperti, "Mr Y,  ajakan dari Mr F tu secara mengejut, bos pulak cuti, saya serba salah...", tapi ntah kenapa seolah2 ada bisikan yang kata, "sabor aje lah Masitah, yang penting  Allah tau, org sedang marah tak boleh dilawan, ni baru kena marah tak pe..bukan dia marah sambil tampor, tendang ke, cucuh muka ko dgn puntung rokok ke, dera ko ke...relax le.." . Jadi saya pun diam le. Bila dia selesai, saya pun  minta maaf  & terangkan ringkas2 aje dengan nada biasa, tak le  keras.... .(tapi pening juga bila kena lacture tu..)

Entah kenapa, esoknya dia baik pula, lebih ramah dari biasa. Malah memberi kebenaran untuk  ikut sapa2 pi tengok projek,  tapi letak mesej kat bilik dia klu dia tak de...
Bila berpindah kat seksyen lain..  terserempak dengan dia, melebor senyum dia....no heart feeling at all antara dia & saya..

Lepas tu banyak le cabaran2 mendatang, maklum le memang fitrah manusia Allah jadikan semakin umur meningkat semakin banyak le cabaran & ujian, Alhamdulillah peristiwa tu antara cabaran yang saya rasa saya telah lulus, & saya cuba  amalkan. Tapi kan, ada kalanya fail juga.. setan ni sentiasa curi2 peluang. Pada mereka yang baca blog ni yang pernah dimarahi saya tanpa sebab yang munasabah, harap berlapang dada & maafkan lah ye..

Sbg penutup ..
org kata sabar, sabar juga.. nanti orang pijak kepala kita.. ye juga tu..
Tengok situasi le, & ikut Islam ajar..

15 May 2011

Kemanisan Iman

Memanjangkan yang baik dari majalah LANUN 1/12/1997

1) Untuk merasai kemanisan iman kena le melalui ujian2 & lulus ujian2 tersebut. Antara ujian2 sukar diterima,  ialah kena marah walau bukan salah kita, dll.
2) Untuk lulus ujian2 tersebut perlu ada ilmu, & sifat-sifat mulia antaranya SABAR, bersedia untuk menerima teguran walau pahit, dll.
3) Untuk dapatkan ilmu, perlu hadiri majlis2 ilmu, membaca bahan2 yg ok, bergaul dgn org2/sahabat2 yg ok dll..
4) Last sekali, mohonlah pada Allah, serah bulat2 kepadaNya, kerana Dia Maha Mengetahui & Maha Segala2nya .
 

14 May 2011

Syak Wasangka

Tajuk & cerita ni saya extract dari buku 'Diari  Nadiah' yg saya beli pada 2007 lalu. Sapa2 yg mungkin lupa, beliau merupakan salah seorang yg meraih banyak A (klu tak salah >16 subjek) dlm SPM 2006. Yg menarik perhatian saya bukan setakat A'nya itu, tetapi kematanganyan berfikir terutama dlm kontek Islam dalam umur yang sangat muda.  Tak rugi saya beli bukunya... & saya ringkaskan salah satu catatannya di sini -----------> memanjang2kan perkara baik. Begini catatannya:

Tadi aku rehat di kantin sekolah bersama-sama 2 orang rakanku....Sambil tu kami berbual2 & sesekali sekala aku menceritakan ttg pengalamanku semasa di sekolah asrama dulu. Dan secara berseloroh juga aku mengajak mereka solat sunat Dhuha mulai esok. Aku turut menerangkan kepada mereka ttg kelebihan solat tersebut dll yg berkaitan.

Kedua-dua sahabatku ini kemudiannya dengan senang hati bersetuju untuk bersama-sama mengerjakan solat Dhuha pada waktu rehat mulai esok.

...aku sebenarnya tidak sangka lansung mereka akan begitu mudah menerima ajakanku, walaupun harapanku begitu tinggi agar mereka sudi bersama-sama mengerjakan ibadah tersebut sebagai amalan harian. Aku sangka, mereka tidak akan tertarik kerana sepanjang pemerhatianku memang tidak pernah ada pelajar yang buat solat Dhuha di sekolah ini.

...Astaghfirullahalaziim..aku memang dah salah sangka.. sesungguhnya Allah telah berfirman dlm surah alHujerat, '...sebahagian dari syak wasangka adalah dosa'

Padahal aku dah belajar ttg syak wasangka dalam subjek Pend Syariah Islamiah bab 'Menjaga Ukhuwah Islamiah'... kenapalah aku tak praktikkannya dalam hal ini? InsyaAllah selepas ini aku akan cuba hindarkan sifat syak wasangka ni.

Tapi kadang2 syak wasangka perlu ada apabila berhadapan dgn situasi tertentu seperti soal halal & haram makanan, soal anak2  balik lewat malam tanpa pengetahuan ibu bapa dsbnya.

Tapi, dalam situasi aku mengajak kedua sahabatku untuk solat Dhuha ni, memang tak patut untuk syak wasangka  bahawa mereka tak berminat untuk mengerjakannya.. Maafkanku sahabat..

Peristiwa ini juga membuatkanku sedar bahawa SESIAPA pun yang INGIN BERUBAH, sudah pasti BOLEH, jika BENAR2 BERUSAHA & NIATKANLAH KERANA ALLAH.

Selain niat yg betul adalah merupakan ibadah, termasuklah memilih sahabat yang baik, mendampingi orang2 berilmu, rajin menuntut ilmu, solat 5 waktu dll......siapa sahabat anda hari ini akan menentukan siapa anda pada hari esok...

Sekian, antara catatan diari Nadiah yg saya ringkaskan semuga dapat dimanfaatkan...Beliau kenal & kerjakan solat Dhuha dlm usia muda, saya pula mula kenal ketika umur dah nak senja...tak pe, tak pe..apa yg penting, niat utk tuntut ilmu & amalkan tu ada, pasti Allah kabulkan..Terima kasih para guru2ku yg memperkenalkan solat Dhuha & solat2 sunat lain esp Ustazah Salbiah Omar..

Mulakan hari dgn..

Macam2  musibah & tragedi berlaku ...Kemalangan jalanraya, di air terjun/di pantai, kebakaran dll.  Tu belum lagi kes samun, rompak, bunuh dll. Dan akhir2  ni kisah penyimbah asid pula.
Kadang2 kita dah berusaha untuk mengelak tapi terjadi juga.

Post kali ni, untuk berkongsi ilmu yang diajar guru-guru  agama terutamanya, mudah2an Allah lindungi dari musibah yang berat2. 

1. Perintah2 Allah yg wajib dilaksanakan contohnya bab solat --> tidak dilengahkan/ditangguh. Klu nak berpergian, dah masuk waktu solat, solat le dulu..

2. Klu dapat sentiasa dalam berwuduk esp utk berpergian.. (bab ni org lelaki Allah beri sangat mudah ---> klu berhenti buang air kat R&R misalnya, dia bole amik wuduk sbb tak perlu buka tudung, pakai tudung semula, sapu2 bedak sikit kat muka dll .. tak amik masa lama. Apa salah sapu2 muka utk hilangkan ngantuk tu, terus amik wuduk).

3. Mulakan hari2 anda dgn ucapan bismillah, selawat & doa mudah spr dlm kitab doa Mathurat tu yg mula dgn ''Bismillahi lazi....'aliim.'"  (tak de sebab tak leh/susah nak hafal terutama yg muda2   sbb kebanyakan lagu2 maher zain dll, fomula2 ke,  semua bole hafal..---> jgn marah, jgn marah..positif, positif..).

4. Bersedekah (zakat langsaikan dulu) ----> senyuman, ucapan salam, tenaga, ilmu..apa2 le wlu sikit (klu lebih lagi baguussssss....)

Akhirnya, sudahkan anda mendoakan kedua ibu bapa anda? sms mereka ke atau.. 'ada eden kisah!'

Terpulang le.. eden hanya sampaikan.. Mari layan nasyid yg syahdu ni . Maaf le, eden tak fahem senikatanya, tapi den agak mesti ok kot.. (tu le ruginya x tau bahasa Arab)

..http://www.youtube.com/watch?v=-UTRcKi8-Ag&feature=related.

05 May 2011

Ajaklah!

Sekiranya kita dapat ilmu yang mendekatkan kita pada Allah, & mengamalkannya.. beritau & ajaklah keluarga, sahabat2 terdekat dll,  di samping   yang mengajak tu mendoakankan sekali yang diajak.

Mungkin hari ini mereka belum mau mengamalkan, sekurang2nya mereka telah diberitau & diajak. Biasanya semangat untuk mengamalkan bila bersama2 atau berjemaah.

Ada kalanya  setelah yg mengajak tu meninggal & yang diajak tu meningkat umur baru le kadang2  ilmu tu diamalkan.. terima kasih & syukran ya  mereka2 yang  telah mengajakku ke jalan Allah, semuga kita semua bertemu di tempat antara yang paling istimewa di sana..Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...