Antara-antara penyebab2/tanda2 Hidayah:
1) Al QURAN :
Barangsiapa inginkan Hidayah, maka ia hendaklah akrab dengan al-Quran. Dimulai dengan membaca, mengetahui isi & mengamalkannya.
Pengalaman saya tentang membaca alQuran ni, Allah beri tahap berbeza2 kepada hamba2Nya --> ada yang cepat tangkap (terang hati) & ada yang sebaliknya. Kanak2 biasanya mudah sikit berbanding org dewasa, sebab kebanyakan orang2 dewasa otaknya dah penuh macam2, banyak fikir .. kadang2 sedang belajar, hp berbunyi tetamu datang le, teringat api lauk lupa nak padam le, dll..manakala kanak2 pula dia tak perlu fikir perkara2 tu semua. Otak masih banyak ruang2 kosong.
Tapi dengan semangat yg kental, tekun, ikut adab2 belajar & perancangan yg sistematik, insyaAllah, lama2 boleh mengaji. Yg penting ialah sapa2 yang belajar memang ada ganjaran yang besar di sisiNya (tapi ganjaran tu biasanya tak boleh dipandang, tu pasal le ramai yang abai, macam kes org lelaki solat jemaah di rumah Allah, ---> tapi yakinlah, yang melaksanakannya sahaja yang Allah beri. Bentuk apa? Terserah padaNya, yg confirm --> dunia tenang akhirat lebih2 lagi insyaAllah.
Berbalik kepada faham isi/kandungan alQuran, pengalaman saya di kalangan orang2 dewasa,kebanyakan tak berapa minat sangat selagi belum pandai membaca & tamat (khatam). Sebenarnya kurang tepat tu sebab, nak tunggu pandai betul kadang2 memakan masa bertahun2 .. & alangkah ruginya tak tau & tak minat apa yang Allah kata/firman.
So, ringkasnya ... kalau dah minat pada Quran, isi/kandungannya (dituruti dengan sanggup berbelanja membeli terjemahan & tafsir quran misalnya) & attend majlis2 ilmu berkaitannya ...ada tanda2 le tu ke arah hidayah insyaAllah.
Allah swt berfirman ayat 1-2 AlBaqarah maksudnya : "Alif lam mim. Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
Nanti sambung lagi insyaAllah.
Rujuk: Buku "Jangan Putus Asa" Dr Aidh AlQarni
No comments:
Post a Comment