Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

30 November 2011

Salam Maal Hijrah

Biar lewat, dari tak de lansung.
Lewat apa? Ni ha.. nak ucap salam Maal Hijrah, terutama pada diriku sendiri, keluarga, dll khasnya para pembaca, tak lupa guru2ku esp ustazah Salbiah Omar.

Selain belajar quran & isinya, beliau mengajar kami mempraktikkan dengan berjemaah (berkongsi/bersama-sama menyediakan menu, makan minum bersama,  mengembara, bersilturrahmi,  berkongsi kenderaan, membeli buku2, menyumbang utk projek2 Allah,  dll....)..-->   mudah2an kami merasai/menjiwai  apa yang Rasullaullah saw buat bersama-sama para sahabat --> menghadapi  dugaan, ujian ,pengorbanan,  kegembiraan, wlu tak seberat perjuangan mereka.

Kerana tau saja (teori) lum cukup, klu tak dipraktikkan. Sebaik2 cara utk praktikkan ikut sunnah ialah dgn berjemaah. So mulakan dengan  2 org pun tak pe, di kalangan bukan keluarga (klu keluarga tu memang sepatutnya le) ...
Alhamdulillah! itulah yang mampu aku katakan.. Syukran ya Ustazah..
(akan diteruskan hingga akhir hayat insyaAllah)
di masjid al Falah USJ 9

ALLAH bersama saya


Orang cerdik/berakal? . Di antara  ciri2nya yg ALLAH sebut dlm Quran:

iaitu : org yang menyebut & mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk & semasa berbaring mengiring & mereka pula memikirkan  tentang kejadian langit & bumi (sambil berkata) : "wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami kami dari azab neraka" (Ali Imran ayat 191).

So, bila nak berfikir,  berkata, menulis & melakukan sesuatu ......ingatlah ALLAH ;
Sesungguhnya Allah bersama saya, Allah perhatikan saya & Allah menyaksikan saya.

InsyaAllah kita dapat menghalang diri daripada melakukan perkara2 yg laro & sia-sia
.
Kadang2 kita tak tau samada perkara2 tu laro, sia-sia, berfaedah, atau mendatangkan kesukaan ALLAH,  sebab itulah ALLAH menyarankan kita supaya menuntut ilmu ...

(Klu dapat hafal ayat di atas, mula ayat 190-194 sangat2 le bagusssss.......!!! - yg dah hafal --> tahniah, yg lum --> jadikan salah satu azam hijrah)

28 November 2011

Nak ke Tak Nak Ni? (bah 2)

 Solat Berjemaah di rumah2 Allah (khas untuk lelaki):

Dailog antara seorang isteri & suami yang disayanginya: (dipetik dari mana ntah..lupa dah!)

Isteri (I) : Bang, bang yg sangat2 ku sayang, jum le pi solat jemaah kat surau. Nak masuk waktu dah ni.
Suami (S) : Eik? tak pernah2  sebut pasal  ni, apasal?

I : Ye le, kita dulu sama2 jahil..la ni alhamdulillah saya dah belajor, jadi saya ajak le awak.
S : Setahu saya org lelaki yng dituntut, awak tak payah le pi.

I : Eik? tau juga suami ku yg ku cintai ni bahwa  lelaki lebih dituntut. Alhamdulillah. Sebab tu saya ajak awak.
Saya ni kalau nak diikutkan lebih utama solat kat rumah, tapi kalau saya nak pi, tak boleh dilarang. Lagipun saya ni bukan cun melecun lagi, tak datangkan fitnah insyaAllah. Lagipun lepas solat nanti ada kelas ustazah kat surau tu..

S : Pandai awak sejak belajar akhir2 ni.. Awak pi le, sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya...
I : Ok la.. sebenarnya abang ni nak pi ke tidak?

S : Lum nak lagi....Awak tolong doakan saya ye...
I : InsyaAllah..

Maka pi le isteri tu ke surau solat jemaah, sedangkan suaminya di rumah.
(sebenarnya dia malas nak pi,  tapi malu nak beritau isterinya).
Manakala isterinya pula lepas solat, tak lupa doakan untuk suaminya, dalam majlis ilmu pun dia berdoa juga kerana diberitahu dalam majlis ilmu malaikat ada brsama2 & mengaminkan doa mreka2 yang berdoa.

Hari2 seterusnya, berlalu sama..isterinya tak putus berdoa, solat taubat, tahajjud, majlis ilmu.. hingga la satu hari:
Suami : Awak nak pi mana?
Isteri : Surau le, lepas solat ada kelas. Kenapa lak? kan biasa saya pi kelas hari ni.

S : Bukan apa, tu ha, hujan renyai2 ..
I : Alah, hujan renyai aje, bukan ribut topan, banjir.  Kereta, payung kan ada. Selama ni dalam keadaan selesa, Allah nak uji pula dengan kurang selesa sikit.  InsyaAllah kalau lulus ni, tambah kuat semangat & iman.


S : Yo la tu... pi le.
I:  Bye suami ku yg Allah sayang, assalamualaikum!

Maka isteri pun masuk kereta, bila nak start, tiba2...
Suami : Tunggu Nor..
Isteri : Apahal bang?

S : Abang nak pi sama..
I : Alhamdulillah !!

Dalam kereta :
S : Nor.. bila nor kata " Allah sayang..." , entah kenapa tiba2 kuat perasaan nak pi solat berjemaah kat surau .Selama ni kita jarang sebut perkataan tu, sebaliknya, "orang sayang le, awak sayang le, bukan tak boleh, tapi "ALLAH sayang ni" lebih powerful.

I : Alhamdulillah, tu semua kerja Allah.
S : Dan awak pun jarang merungut2 kalau saya tak nak pi..

I : Saya cuba insyaAllah... hehe.. (dalam hati : 'dia tak tau aku merungut2 juga, tapi selagi aku bole sabo, aku sabo le.., lagipun laki aku ni bab solat berjemaah aje dia agak kantoi, lain2 tu kira ok le.. nafkah, tolong keja rumah, dll ..kira ok)

S : Terima kasih nor sebab rajin attend majlis ilmu, sebab  tolong abang, sepatutnya abag sebagai suami yg ajar isteri & anak2.  Nor pulak yg ajar abang.
 I : Sama2 le kita bantu membantu..  Apa yg penting    ....?
S& I :   Kerjasama.. weei..

 Sejak itu mereka sering pi solat bersama.. Malah suami lebih kerap..

Antara Alasan/Sebab2 TAK NAK pi  ialah:

Kalau waktu Subuh tu -->  biasanya sebab belum bangun tidur, ngantuk. /jauh / tak dengar azan/ solat berjemaah biasanya lambat sedangkan banyak urusan nak buat seperti  antar anak pi sekolah, atau sendiri perlu  pi keja sebelum subuh/aku masih muda,/ org lain pun tak pi / tolong isteri bungkus nasi lemak/ malu ...dll

Ok le yang terpaksa pergi keja, antar anak sekolah, kejar bas dll tu mungkin boleh terima kot,  tapi what's about kalau cuti? -->  Kalau  dia tak pi juga walau dia free,  memang dia TAK NAK. Jadi dia create le macam2 alasan..

Yg alasannya ngantuk, tak dengar azan dll tu, senang aje klu hati memang NAK , antaranya ---> pasang niat, tido awal sikit, kunci jam  dll (sesekali miss tu biasa le..)

Begitu le dengan waktu2 lain . Di mana-mana dia berada, dia akan cari peluang untuk solat berjemaah, di pejabat ke, di R&R ke, di rumah ke, walau lewat waktu.
(Tak dapat full 5 waktu, sekurang2nya dalam sehari dapat 2 waktu pun kira ok, di peringkat awal ---> kemudian tingkatkan sikit2.. )

Ganjaran di dunia? Tak nampak?
Yg pi solat jemaaah pun tak de beza?
Ye le, kalau nak ukur tentang harta benda (biasa le manusia ni ukur rezeki hanya pada harta aje), kadang2 yag rajin solat berjemaah tu lebih miskin.
Tapi kan ---> suka, rajin & istiqamah solat berjemaah tu kan rezeki? Ni yang ramai tak perasan...
Layan tido dulu le.. nanti nak solat jemaah

23 November 2011

Nak ke Tak Nak Ni?

Pi Majlis Ilmu

Mek (M) & Ani (A) berjiran, masing2  >50, tinggal bersendirian.

M : Ani,  nanti lepas asar ada kelas ustazah kat surau..
A : Maaf le Mek, anak aku nak datang petang ni ...
M : Jam berapa?
A : Lepas maghrib..
M : Ha.. lepas maghrib? Kelas tu habis lum pun maghrib..
A : Ye le, aku nak masak ni.... kalau ko beritau awal aku bole prepare awal..
M : Ani, sebenarnya ko ni nak pi kelas, ke tak nak?  Kalau ko nak pi, Allah akan mudahkan, tapi kalau tak nak, macam2 alasan le..sedangkan mudah aje tu.. Aku boleh tolong ko balik dari kelas nanti..
A : Er, er, er.... bole ke? tak susah2 kan ko ke?
M : Tak, insyaAllah.. lagipun rumah kita bukan ada sapa2 ...
A : ye le.. ye le...

(Akhirnya, Ani  mengalah, dia pi kelas  bersama-sama Mek, dapat ilmu, malah sempat pula masak utk anaknya, dengan kerjasama Mek. Kan cantik tu....)

Biasanya , terdapat beberapa alasan kenapa  TAK NAK pi majlis-majlis ILMU antaranya:

Dah tau / tak de masa / terasa macam kena sindir / kena bayar yuran, derma / tak tau mengaji , malu / ada kerja lain / suami tak beri / tak bole miss cerita sinetron / yg selalu pi pun sama aje mcm aku...dlll..

Jadi macam mana ye nak buat? Ajak tetap ajak...jangan jemu, ajak le dengan senyum .. sebab kadang2 Allah nak beri peluang raih pahala dengan sabar dalam ajakan  & sampai menyampai tu, mana tau ajakan yg ke 1000 baru terbuka hatinya..

Dalam kita ajak tu kita cuba tolong selesaikan masaalah dia, misalnya kalau dia kata sibuk, rancangkan untuk atasinya. Sebab 99% penyelesaian diperolehi  melalui mesyuarah &  berbincang , cuma nak cuba atau tak.. Dan, jangan lupa....INI sangat PENTING, apa dia? --> MOHON LE PADA ALLAH AGAR DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN. (ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR)
You ni comel le ...jom pi majlis ilmu

22 November 2011

Imarahkan Rumah Allah

Ramadhan lepas saya sempat menonton  'Tanyalah Ustaz' TV 9, seorg belia menanyakan pada ustaz Zahazan antara lain mengenai antara sebab orang2 muda kurang minat imarahkan rumah2 Allah ialah sikap sesetengah org2 dewasa/tua di masjid/surau tu. Dia tak beri contoh2, tapi saya andaikan beliau pernah mengalami peristiwa agak kurang selesa kot.

Saya andaikan gini aje :
Imarahkan rumah2 Allah (terutama lelaki) dgn solat jemaahnya, gotong royong dll, SANGAT2 lah  disukai ALLAH  & RASUL saw --> oleh yang demikian, syaitan  menggoda/menghalang bukan calang2 punya, maka BUKAN KERJA MUDAH untuk tundukkan  syaitan tu yg disokong oleh nafsu sendiri (esp nafsu malas).

Macam mana menanganinya? Senang aje --->  lawan dgn IMAN  yg mantap & niat semata2 keranaNya.

Ok,katakan  iman kita dah dapat kalahkan syaitan & nafsu tu, maka  kita pun melangkah le ke masjid atau surau. Jangan fikir syaitan tidur pula, kan dia tak pernah putus asa!! Diduganya pula melalui  AJK ke, tok imam ke, dll dgn  misalnya mereka menegur  cara kita berpakaian  (maklumle ari tu kita pakai TShirt bola MU atau yang ada gambor kumpulan rok dll ke). Maka hati kita pun tak puas hati, geram & ---> bye bye bye le, tak de le nak pi lagi.....(depa ni pun satu, puji2 le dulu budak2 tu, tak sempat kursus 'komunikasi' atau 'macam mana berinteraksi dgn remaja' dll  kot!! ...sedih, sedih... setan pula kata 'berjaya juga aku'.)

Atau pun datang ke surau/masjid  dah diarahkan buka kipas le, bentang sejadah le dll .(tu semua bukan keja aku?)   . dan macam2 le dugaan..

Ulasan saya ringkas aje..

Bila ilmu & iman  mantap, insyaAllah alasan2 tu boleh tolak ke tepi. Apalah sangat, bukan depa menyakiti fizikal kita, setakat sakit/terguris sikit hati, berlapang dada le..  Sebenarnya ALLAH buka jalan2 untuk mendapat pahala pada kita melalui perkara2 & ujian2 tersebut. Sepatutnya senyum & ucap 'Alhamdulillah' ..

Tak buat & tak amal, macam mana nak rasa nikmat iman? Tau (ilmu) saja lum cukup.

Selamat imarahkan rumah2 Allah,  harap maaf semuga ilmu & amal kita  lebih baik dari sebelum2nya, apalagi di saat tak lama lagi kita menyambut tahun baru hijrah -->  Amin.
gambo hiasan - surau beso, kariah lelakinya setakat ni memang tu le..(ihsan ADTEC Kemaman)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...