Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

23 November 2011

Nak ke Tak Nak Ni?

Pi Majlis Ilmu

Mek (M) & Ani (A) berjiran, masing2  >50, tinggal bersendirian.

M : Ani,  nanti lepas asar ada kelas ustazah kat surau..
A : Maaf le Mek, anak aku nak datang petang ni ...
M : Jam berapa?
A : Lepas maghrib..
M : Ha.. lepas maghrib? Kelas tu habis lum pun maghrib..
A : Ye le, aku nak masak ni.... kalau ko beritau awal aku bole prepare awal..
M : Ani, sebenarnya ko ni nak pi kelas, ke tak nak?  Kalau ko nak pi, Allah akan mudahkan, tapi kalau tak nak, macam2 alasan le..sedangkan mudah aje tu.. Aku boleh tolong ko balik dari kelas nanti..
A : Er, er, er.... bole ke? tak susah2 kan ko ke?
M : Tak, insyaAllah.. lagipun rumah kita bukan ada sapa2 ...
A : ye le.. ye le...

(Akhirnya, Ani  mengalah, dia pi kelas  bersama-sama Mek, dapat ilmu, malah sempat pula masak utk anaknya, dengan kerjasama Mek. Kan cantik tu....)

Biasanya , terdapat beberapa alasan kenapa  TAK NAK pi majlis-majlis ILMU antaranya:

Dah tau / tak de masa / terasa macam kena sindir / kena bayar yuran, derma / tak tau mengaji , malu / ada kerja lain / suami tak beri / tak bole miss cerita sinetron / yg selalu pi pun sama aje mcm aku...dlll..

Jadi macam mana ye nak buat? Ajak tetap ajak...jangan jemu, ajak le dengan senyum .. sebab kadang2 Allah nak beri peluang raih pahala dengan sabar dalam ajakan  & sampai menyampai tu, mana tau ajakan yg ke 1000 baru terbuka hatinya..

Dalam kita ajak tu kita cuba tolong selesaikan masaalah dia, misalnya kalau dia kata sibuk, rancangkan untuk atasinya. Sebab 99% penyelesaian diperolehi  melalui mesyuarah &  berbincang , cuma nak cuba atau tak.. Dan, jangan lupa....INI sangat PENTING, apa dia? --> MOHON LE PADA ALLAH AGAR DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN. (ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR)
You ni comel le ...jom pi majlis ilmu

4 comments:

  1. pengalaman saya pula

    saya selalu ajak kawan-kawan ke kuliah zohor setiap hari kecuali hari jumaat sbb ustaz dan jemaah lelaki solat jumaat

    bukannya susah pun, turun lif je, tak payah penat nak kasi alasan naik turun tangga

    jawapan mereka, tak apalah kitaorg boleh dapat ilmu tersebut melalui cara lain, bukan hanya majlis ilmu di kuliah zohor tu je

    saya paham maksud mereka, mereka boleh dpt melalui youtube dll, tapi tak jugak mereka usaha mendengarnya

    itu semua sekadar alasan, tapi kalau melibatkan hal duniawi sanggup bersusah payah

    tapi buat masa ni saya tidak pernah putus asa, cuma kadang-kadang rasa sedih je dengan sikap orang melayu yg berbaka Islam yg amalkan Islam secara serpihan

    ReplyDelete
  2. wbhijau,

    Jangan putus semangat. Walau macam2 cara boleh didapati untuk dapatkan ilmu sekarang ni (tv, Youtube, buku2 dll), attend majlis ilmu & berguru tu paling utama .. berada dlm taman syurga.
    Kesannya tak nampak masa singkat, sbb tu diabaikan. Bagi saya yg dah umur emas ni, dah terima & rasa kesannnya.. nak citer pun tak terciter.. sapa pi dia rasalah nanti insyaAllah.

    Pn bertuah dipilih Allah dlm usia muda.. keep it up..

    ReplyDelete
  3. hehe... good & impressive approach

    ReplyDelete
  4. kbs,
    Nak approach ni kena tngok kpd siapa & bergantung kpd keadaan,

    Dlm ke Mek & Ani ni, mereka dah agak kenal hati budi masing2, sbb tu Mek ni selamba aje kata begitu kat Ani & Ani pula tak kisah & berlapang dada.
    Tapi pada sesetngah org yg x biasa, mungkin akan dikatakan Mek ni tak berhemah, dll..
    hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...