Dailog antara seorang isteri & suami yang disayanginya: (dipetik dari mana ntah..lupa dah!)
Isteri (I) : Bang, bang yg sangat2 ku sayang, jum le pi solat jemaah kat surau. Nak masuk waktu dah ni.
Suami (S) : Eik? tak pernah2 sebut pasal ni, apasal?
I : Ye le, kita dulu sama2 jahil..la ni alhamdulillah saya dah belajor, jadi saya ajak le awak.
S : Setahu saya org lelaki yng dituntut, awak tak payah le pi.
I : Eik? tau juga suami ku yg ku cintai ni bahwa lelaki lebih dituntut. Alhamdulillah. Sebab tu saya ajak awak.
Saya ni kalau nak diikutkan lebih utama solat kat rumah, tapi kalau saya nak pi, tak boleh dilarang. Lagipun saya ni bukan cun melecun lagi, tak datangkan fitnah insyaAllah. Lagipun lepas solat nanti ada kelas ustazah kat surau tu..
S : Pandai awak sejak belajar akhir2 ni.. Awak pi le, sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya...
I : Ok la.. sebenarnya abang ni nak pi ke tidak?
S : Lum nak lagi....Awak tolong doakan saya ye...
I : InsyaAllah..
Maka pi le isteri tu ke surau solat jemaah, sedangkan suaminya di rumah.
(sebenarnya dia malas nak pi, tapi malu nak beritau isterinya).
Manakala isterinya pula lepas solat, tak lupa doakan untuk suaminya, dalam majlis ilmu pun dia berdoa juga kerana diberitahu dalam majlis ilmu malaikat ada brsama2 & mengaminkan doa mreka2 yang berdoa.
Hari2 seterusnya, berlalu sama..isterinya tak putus berdoa, solat taubat, tahajjud, majlis ilmu.. hingga la satu hari:
Suami : Awak nak pi mana?
Isteri : Surau le, lepas solat ada kelas. Kenapa lak? kan biasa saya pi kelas hari ni.
S : Bukan apa, tu ha, hujan renyai2 ..
I : Alah, hujan renyai aje, bukan ribut topan, banjir. Kereta, payung kan ada. Selama ni dalam keadaan selesa, Allah nak uji pula dengan kurang selesa sikit. InsyaAllah kalau lulus ni, tambah kuat semangat & iman.
S : Yo la tu... pi le.
I: Bye suami ku yg Allah sayang, assalamualaikum!
Maka isteri pun masuk kereta, bila nak start, tiba2...
Suami : Tunggu Nor..
Isteri : Apahal bang?
S : Abang nak pi sama..
I : Alhamdulillah !!
Dalam kereta :
S : Nor.. bila nor kata " Allah sayang..." , entah kenapa tiba2 kuat perasaan nak pi solat berjemaah kat surau .Selama ni kita jarang sebut perkataan tu, sebaliknya, "orang sayang le, awak sayang le, bukan tak boleh, tapi "ALLAH sayang ni" lebih powerful.
I : Alhamdulillah, tu semua kerja Allah.
S : Dan awak pun jarang merungut2 kalau saya tak nak pi..
I : Saya cuba insyaAllah... hehe.. (dalam hati : 'dia tak tau aku merungut2 juga, tapi selagi aku bole sabo, aku sabo le.., lagipun laki aku ni bab solat berjemaah aje dia agak kantoi, lain2 tu kira ok le.. nafkah, tolong keja rumah, dll ..kira ok)
S : Terima kasih nor sebab rajin attend majlis ilmu, sebab tolong abang, sepatutnya abag sebagai suami yg ajar isteri & anak2. Nor pulak yg ajar abang.
I : Sama2 le kita bantu membantu.. Apa yg penting ....?
S& I : Kerjasama.. weei..
Sejak itu mereka sering pi solat bersama.. Malah suami lebih kerap..
Antara Alasan/Sebab2 TAK NAK pi ialah:
Kalau waktu Subuh tu --> biasanya sebab belum bangun tidur, ngantuk. /jauh / tak dengar azan/ solat berjemaah biasanya lambat sedangkan banyak urusan nak buat seperti antar anak pi sekolah, atau sendiri perlu pi keja sebelum subuh/aku masih muda,/ org lain pun tak pi / tolong isteri bungkus nasi lemak/ malu ...dll
Ok le yang terpaksa pergi keja, antar anak sekolah, kejar bas dll tu mungkin boleh terima kot, tapi what's about kalau cuti? --> Kalau dia tak pi juga walau dia free, memang dia TAK NAK. Jadi dia create le macam2 alasan..
Yg alasannya ngantuk, tak dengar azan dll tu, senang aje klu hati memang NAK , antaranya ---> pasang niat, tido awal sikit, kunci jam dll (sesekali miss tu biasa le..)
Begitu le dengan waktu2 lain . Di mana-mana dia berada, dia akan cari peluang untuk solat berjemaah, di pejabat ke, di R&R ke, di rumah ke, walau lewat waktu.
(Tak dapat full 5 waktu, sekurang2nya dalam sehari dapat 2 waktu pun kira ok, di peringkat awal ---> kemudian tingkatkan sikit2.. )
Ganjaran di dunia? Tak nampak?
Yg pi solat jemaaah pun tak de beza?
Ye le, kalau nak ukur tentang harta benda (biasa le manusia ni ukur rezeki hanya pada harta aje), kadang2 yag rajin solat berjemaah tu lebih miskin.
Tapi kan ---> suka, rajin & istiqamah solat berjemaah tu kan rezeki? Ni yang ramai tak perasan...
Layan tido dulu le.. nanti nak solat jemaah |
kadang2 yag rajin solat berjemaah tu lebih miskin.~ memang le.. kan Rasullullah pernah bersabda yg bermaksud apabila baginda melihat SYURGA, ianya dipenuhi dgn org MISKIN manakala apabila baginda melihat NERAKA, maka penghuninya ramai terdiri dari WANITA...semasa israq mikraj..
ReplyDeletebiar miskin harta asal kaya jiwa... pilihlah hidup sederhana spt pesan rasullullah... apa guna buat banglo berjuta tapi tinggal cuma 2 orang , kan bagus duit tu digunakan utk buat rumah anak yatim & ibu2 tunggal yang miskin @ disedekahkan untuk pelajaran anak2 yatim tu... pelaburan akhirat yg kekal & sudah tentu jadi milik kita ...
Merasa juga den tinggal banglo 2 tingkat skrg ni, berdua aje pulak tu. Btol le u cakap tu ...nak naik tangga pun tak larat ...seminggu sekali aje panjat tangga ..huhu
ReplyDelete