Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

28 October 2009

Anak Saudara Pun Aku Tak Kenal


Hari isnin lepas aku menerima panggilan dari Abang Sam minta tolong dahulukan duit untuk diberi kepada anaknya (anak saudara aku le tu) yang sedang belajar di SDAR Seremban dalam tingkatan 4. Aku pun buat janji dengan anak saudara tu jumpa di Gate Sekolah jam 9.00 malam. Jam 9.00 malam aku dan suntong pun tunggu di gate sekolah. Semasa tunggu seorang pelajar lelaki keluar ke gate aku tak kenal pun, beliau pun masuk semula. 5 minit kemudian aku sms beliau, dia kata dah ada tunggu kat gate. MasyaAllah, Rupanya pelajar lelaki yang aku nampak tadi tu adalah anak saudara aku.  Anak saudara sendiri pun tak kenal. kali akhir aku jumpa lebih kurang 3 tahun lalu juga di sekolah tersebut. Begitu pantas masa berlalu dan begitu cepat anak saudara aku membesar hingga tak kenal. Sebagai kenangan aku kepilkan gambar ini.

19 October 2009

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. Hadis Riwayat Muslim.
Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala” Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.Hadith Riwayat Muslim.

16 October 2009

Fadilat Solat Berjemaah

Solat merupakan perhubungan rohaniah antara hamba dengan Allah Azzawajalla. Dengan ibadah solat manusia akan dapat berhubung dengan Allah SWT secara langsung, tanpa sebarang perantaraan untuk mengabdikan diri dengan rasa rendah diri terhadap Allah SWT. Justeru, solat merupakan Mi’raj hamba kepada Allah subhaanahu wata’ala untuk mempersembahkan seluruh solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya hanya untuk Allah subhaanahu wata’ala sahaja.

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 162-163: yang bermaksud:
“Katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tiada sekutu baginya dan itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang Islam yang terawal menyerahkan diri (kepada Allah)”.
Solat berjemaah lima waktu bagi mazhab Syafie hukumnya fardhu Kifayah yang wajib ditunaikan setiap waktu pada setiap hari dan Afdhal di masjid atau di surau. Solat Jumaat pula wajib Aini seminggu sekali. Manakala solat dua hari raya sunat ditunaikan setahun sekali dan Afdhal di padang atau di tempat lapang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Ganjaran pahala semabahyang berjemaah itu melebihi dari sembahyang bersendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat”.

12 October 2009

Bila Lagi Perhimpunan Generasi Sailan Dapat Diadakan?


Gambar kenangan semasa perhimpunan pertama generasi Hj Sailan pada tahun 2003.

SOLAT LIMA WAKTU - JANGAN RUNTUHKAN TIANG AGAMA

PENDEDAHAN pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 Jun 2004 lalu bahawa 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari, benar-benar menggemparkan.

Peratusan yang diperoleh hasil daripada kajian dan pemerhatian beliau itu, sekiranya benar, tentunya merupakan suatu tragedi yang amat mendukacitakan tatkala kita sedang bertungkus lumus untuk merealisasikan konsep Islam Hadhari.
Sejak kecil, semasa di bangku sekolah lagi, kita telah ditekankan tentang kewajipan solat kepada setiap umat Islam. Ungkapan `solat itu tiang agama' bukan sahaja sudah acap kali keluar dari bibir para guru di sekolah, malahan kerap dilaungkan oleh para ulama menerusi forum-forum dan ceramah mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...