Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

28 November 2010

Kuali


Eh, apa tu..kuali?  nasi dlm kuali? Siap dgn lauk pulak. Nak kata nasi goreng, bukan.
Hii..hi.. jgn le pelik & panik. Gelak sikit2 bole..(mmg le kami gelak bila tengokkan first time, lepas tu gelakkan diri sendiri).   Tu memang nasi dlm kuali ready utk dimakan. Dulu2 mungkin tak pernah dibuat org (esp org Melayu,  bangsa lain tak tau le). Depan org ramai pulak tu!!


Ini lah yg saya jumpa di salah satu gerai kat mall Kemasik yg semua makanan  dihidang dlm kuali kecil. Semua  Tapi kan, kalau kat rumah nak tak kita buat gitu klu tetamu, malah utk sendiri  & keluarga?   Maka  pinggan2 mangkuk sedia ada kita simpan le sementara, beli kuali comel-comel 2, 3 biji (saya rasa tak mahal pun)..sekali2 ubah selera makan dlm kuali..mana tau yg selama ni tak de selera makan akan berselera pula.. 

Apa pun, begitu le peredaran zaman, benda2 yg org dulu2 PANTANG , dah pun dibuat sekarang, amacam?  Mau cuba?  Saya cadangkan utk testing,…klu buat mee, nasi atau kue tieu goreng ke..terus hidang dengan kuali2 tu sekali. Sapa2 nak, senduk sendiri..  (Jgn lupa alas bakul yg cantik ye, utk sorok belakang kuali yg hitam tu) ..Klu all right, teruskan, .mudah le keja  sikit..  

(nota: Dulu2 makan dlm dulang pada sesetengah org pun agak pelik, la ni kebanyakan dah biasa..esp yg biasa join usrah, tapi sesetengah org masih lum bole terima.. terpulang le..)

Bangla

Diam tak diam masuk sebulan kami pindah ke Adtec Kemaman. Kat situ suraunya cantik, besar juga.. Maka semalam 27hb kami tinjau2 di sana, sapu & mop sikit2 ikut kemampuan tenaga..& bercadang utk solat maghrib. Alhamdulillah dapatlah didirikan solat maghrib di situ dgn 4 jemaah iaitu kami + 2 pekerja bangla (pekerja kontraktor  utk tugas2 maintanence) Suhail & Yusof (mereka ni lebih kurang awal 20an).

Pengarah minta salah seorg azan, depa senyum2, sengeh2...tolak menolak..last2 pengarah le bilal, dialah juga imam. Mudah2an mereka jadi muslim yg baik.

Saya teringat kawan saya seorg kontraktor, pekerja2nya pun bangla. Saya pernah tanya kawan saya tu, bila masuk waktu solat (esp jumaat & zohor) dia org solat tak, atau terus kerja? Kawan saya jawab, dia serahkan pada pekerja2 tu sendiri. Saya kata tak bole, sbb kita bos, jadi kita le yg beri kelongaran utk solat, samaada mereka solat ke tak, tanggungjwb kita dah lepas. Buat bergilir2 klu kerja2 tak bole tinggal. Lagipun lelaki mudah, kat padang, tapak projek pun bole solat.

Kawan saya pun  beritau mmg ada seorg pekerjanya yg tak miss solat, dia  sentiasa bawa air dlm botol & no wonder bila masuk waktu (apalagi waktu nak abis) dia jadi tak tentu arah. rupa2 lum solat, masih keja tak sudah2.. Mereka2 ni mcm kita juga asas agama (esp solat) mereka tahu, cuma nak amal ke tak tu depend pada keadaan & diri, tapi  pada pendapat saya, di Msia ni sbb kebanyakan mereka pekerja (kuli),  jadi mereka takut & segan utk suarakan pasal solat..

Jadi klu kita ada kuasa yg diberi Allah tuk beri mereka peluang solat, gunakan lah kuasa tu.


sori, image agak gelap


rajinnya...

26 November 2010

Berjumpa Cucu Sedara di Politeknik Dungun


Baru2 ni ikut Sun mesy di ILP Marang. Dalam perjalanan pulang ke Adtec singgah sekejap ke Politeknik Dungun untuk bertemu cucu sedara pensyarah kat situ. Nama dia Nur Syamsinar Fadilah b Jaya (Yak anak sulung kpd arwah Sarah Sailan). . Bila jumpa dia ni, saya mmg tak ingat masa dia kecik2 dulu.. Tu le sbbnya bila ada peluang  nak juga cari2 sedara2/keluarga agar saling kenal mengenali..

Dia ni anak ke 2 drp 6 adik beradik, suaminya Muhamad Shukri b Muda berasal dari Pulau Rusa  K.Trengganu, juga sbg pensyarah  Poly Dungun.

Takbir Hari Raya Korban


Alhamdulillah kita semua telah diberi Allah peluang bertemu Hari Raya Korban tahun ni. Kami  jemaah kelas dhuha ustazh Salbiah Omar, mmg tak miss prog takbir ke rumah2 jemaah, sejak (klu tak silap) 7,8 thn lepas. Masa ustazh menetap kat Sarawak sekejap, kami teruskan juga prog tu sbb kami telah dilatih & terbiasa, & kami berharap akan buat hingga akhir hayat.

Tahun ni prog mula pada hari raya haji ke 2, seawal 6.45pagi jemaah Seremban telah bertolak ke Melaka. utk join ustazah & jemaah sana (tapi saya tak join..). Petangnya prog disambung di Seremban (yg ni saya join) & berakhir nak maghrib. Esoknya pada 19/11 satu group jemaah Seremban,Rembanu & Melaka (38 org) menaiki bas ke Singapura utk prog takbir & khatam quran di rumah adik ustazah yg akan mengadakan majlis nikah anak. (Tahun lepas beberapa jemaah Spore joined kami di Sban & Melaka)..Kabarnya mereka bertakbir kira-kira >20 buah rumah.

Pi Spore ni pun saya tak join sbb nak balik ke Adtec Kem. Alhamdulillah, setelah belajar & mengikuti prog2 ustazah Salbiah (teori & praktikal/amal), dapat le saya kembangkan kat keluarga termasuk adik2 & anak2 sedara yg saya sering berkunjung sbb mereka ni tinggal agak dekat (PD, Bangi, Kajang). 

Maka pada raya pertama, setelah balik dari kg, petangnya kami ke rumah baru Yah & Yasin di PD, kebetulan adik2 lain (Zaharah, Som & Ani) & keluarga masing2 ada juga. Spr biasa yg lelaki solat di surau berhampiran, manakala yg perempuan2 solat berjemaah di rumah & kami bertakbir selepas itu. Allah saja le yg tahu perasaan saya masa tu. Syukur pada Mu Ya Allah!!

Maaf le kali ni tak de gambar, kamera rosak.. jumpa lagi.. (Lupa nak pinjam hp Sun & Nurul utk amik gambo)

Kucing Bah 2


Salam semua.

Kali ni nak tulis mengenai kucing lagi. Bukan apa, memerhatikan ciptaan Allah (termasuk le kucing ) utk diambil pengajaran kan merupakan salah satu yg disuruhNya.

Citenya begini. Setelah beberapa hari kami tinggal kat kuarter Adtec Kemaman tu, pada satu pagi maka datang le sekor kucing (saya namakan A) terhendap2 (agaknya cari makan). Bila saya dekat, mencecet dia lari masuk longkang.  Kemudian saya gaul le sikit nasi + ikan & letak kat luar & perhati dari jauh. Dia datang terhendap2, pandang kiri kanan, lepas tu apa lagi, dia makan dgn lahapnya, licin…Agaknya dah lama berlapar.
Tapi badannya bule tahan berisi, tak le hanya rangka ajaa, agaknya sebelum ni dia diberi makan oleh pekerja2  kat situ. (Jantan ke betina lum tau hingga sekarang sbb tak de peluang nak check, asyik lari bila nampak kita, tapi bentuk muka tu mcm jantan tambah pula mcm malu2..)

Kemudian , bila  malam kami letak lagi makanan, tapi saya dapati kucing lain (namakan B) yg makan. Begitu le seterunya (hingga hari ni), waktu siang giliran A, manakala malam giliran B. 

Maka saya pun buat le kesimpulan, kucing2 ni pun tahu bagi2kan rezeki, kongsi2  gitu, tak le pulun sorang2.. Wlu bagaimana pun saya akan perhatikan episod seterusnya samada mereka ni istiqamah atau tak kat rutin tu. Maklum le..manusia pun bole berubah, apalagi le binatang.. Sama2 makhluk Allah.

Juga saya perhatikan (sehingga kini) si A masih takut dgn kami, terus lari nyorok  wlu dipanggil dgn lembut & diberi makan. Berbeza dgn B, sekarang ni dah manja, meleset2 kat kaki, pantang nampak kita, kadang2 over pula manjanya. B ni saya dah check, betina.. No wonder

Dua watak berbeza. Klu tanya saya, first impression saya suka yg peramah tu..sama le dgn manusia ni, klu berat mulut..terlampau pendiam, muka pula jarang senyum, first impression org kurang minat nak berkawan & mungkin akan dikata sombong. (Tapi sebenarnya tak mestinya begitu, nak tau karektor sebenar berkawan le lama sikit, kdg2 tu sbb keturunan. Kadang2 pendiam pun ok,  janji hati mulia..ewah..)

Ni first impression aja.  Sama le yg peramah tu, kadang2 klu over sangat org akan menyampah pula. (Apa lagi klu peramah ada maksud tak baik).

So pengajarannya ialah bersederhana/pertengahan lah. Mmg itu pun yg Islam ajar !!  Kita tengok nanti kesudahan kisah  A & B tu..

kucing A sedang nyorok dlm longkang

Si B - sedapnya nasi ni!!





09 November 2010

Tempat baru ADTEC kemaman

 Salam semua. Selamat bertemu kembali setelah menyepi kira2 sebulan lebih. Perkembangan terbaru, kami , Suntong dah mula kerja di Adtec Kemaman pada awal Nov lalu. Tempat baru, staf pun tak ramai, apalagi student pun ntah bila mula intake. Kami merupakan pemghuni kuarters yg pertama. Stkat ni baru  satu lagi kuarters diisi. Terletak di tanah agak tinggi, line tel tersekat2, view so far ok, musim hujan ni, klu pagi2 ada kabus. Lokasi di Kg Payuh kira2 10km dr Kijal, 25km dr Chukai/Kemaman. mengambil masa kira-kira 6 jam dari Seremban. Sesiapa yang berhajat nak singgah/ziarah, bule lah contact/sms. Setakat ni dulu...insyaallah nanti sambung..




 Dihadapan Qtrs Pengarah



Apartment kakitangan, berhadapan kuarter kami, sekarang ni sunyi sepi. Klu dah dihuni nanti, meriah le..Tak tau bila.. bos pencen pun ntah2 masih kosong..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...