Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

26 November 2010

Takbir Hari Raya Korban


Alhamdulillah kita semua telah diberi Allah peluang bertemu Hari Raya Korban tahun ni. Kami  jemaah kelas dhuha ustazh Salbiah Omar, mmg tak miss prog takbir ke rumah2 jemaah, sejak (klu tak silap) 7,8 thn lepas. Masa ustazh menetap kat Sarawak sekejap, kami teruskan juga prog tu sbb kami telah dilatih & terbiasa, & kami berharap akan buat hingga akhir hayat.

Tahun ni prog mula pada hari raya haji ke 2, seawal 6.45pagi jemaah Seremban telah bertolak ke Melaka. utk join ustazah & jemaah sana (tapi saya tak join..). Petangnya prog disambung di Seremban (yg ni saya join) & berakhir nak maghrib. Esoknya pada 19/11 satu group jemaah Seremban,Rembanu & Melaka (38 org) menaiki bas ke Singapura utk prog takbir & khatam quran di rumah adik ustazah yg akan mengadakan majlis nikah anak. (Tahun lepas beberapa jemaah Spore joined kami di Sban & Melaka)..Kabarnya mereka bertakbir kira-kira >20 buah rumah.

Pi Spore ni pun saya tak join sbb nak balik ke Adtec Kem. Alhamdulillah, setelah belajar & mengikuti prog2 ustazah Salbiah (teori & praktikal/amal), dapat le saya kembangkan kat keluarga termasuk adik2 & anak2 sedara yg saya sering berkunjung sbb mereka ni tinggal agak dekat (PD, Bangi, Kajang). 

Maka pada raya pertama, setelah balik dari kg, petangnya kami ke rumah baru Yah & Yasin di PD, kebetulan adik2 lain (Zaharah, Som & Ani) & keluarga masing2 ada juga. Spr biasa yg lelaki solat di surau berhampiran, manakala yg perempuan2 solat berjemaah di rumah & kami bertakbir selepas itu. Allah saja le yg tahu perasaan saya masa tu. Syukur pada Mu Ya Allah!!

Maaf le kali ni tak de gambar, kamera rosak.. jumpa lagi.. (Lupa nak pinjam hp Sun & Nurul utk amik gambo)

1 comment:

  1. Alhamdulillah.... gambarnya telah diupload mlm tu jugak oleh Liana dlm FB Hj Sailan Generation dan FB individu.... nanti mintak Pyan & Nurul masukkan dlm blog ini... Syukran....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...