Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

28 November 2010

Bangla

Diam tak diam masuk sebulan kami pindah ke Adtec Kemaman. Kat situ suraunya cantik, besar juga.. Maka semalam 27hb kami tinjau2 di sana, sapu & mop sikit2 ikut kemampuan tenaga..& bercadang utk solat maghrib. Alhamdulillah dapatlah didirikan solat maghrib di situ dgn 4 jemaah iaitu kami + 2 pekerja bangla (pekerja kontraktor  utk tugas2 maintanence) Suhail & Yusof (mereka ni lebih kurang awal 20an).

Pengarah minta salah seorg azan, depa senyum2, sengeh2...tolak menolak..last2 pengarah le bilal, dialah juga imam. Mudah2an mereka jadi muslim yg baik.

Saya teringat kawan saya seorg kontraktor, pekerja2nya pun bangla. Saya pernah tanya kawan saya tu, bila masuk waktu solat (esp jumaat & zohor) dia org solat tak, atau terus kerja? Kawan saya jawab, dia serahkan pada pekerja2 tu sendiri. Saya kata tak bole, sbb kita bos, jadi kita le yg beri kelongaran utk solat, samaada mereka solat ke tak, tanggungjwb kita dah lepas. Buat bergilir2 klu kerja2 tak bole tinggal. Lagipun lelaki mudah, kat padang, tapak projek pun bole solat.

Kawan saya pun  beritau mmg ada seorg pekerjanya yg tak miss solat, dia  sentiasa bawa air dlm botol & no wonder bila masuk waktu (apalagi waktu nak abis) dia jadi tak tentu arah. rupa2 lum solat, masih keja tak sudah2.. Mereka2 ni mcm kita juga asas agama (esp solat) mereka tahu, cuma nak amal ke tak tu depend pada keadaan & diri, tapi  pada pendapat saya, di Msia ni sbb kebanyakan mereka pekerja (kuli),  jadi mereka takut & segan utk suarakan pasal solat..

Jadi klu kita ada kuasa yg diberi Allah tuk beri mereka peluang solat, gunakan lah kuasa tu.


sori, image agak gelap


rajinnya...

3 comments:

  1. Mak bapa mereka tentu suka & syukur klu mereka tau cerita ni..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, dari berempat i'allah bertambah kariahnya kelak..

    ReplyDelete
  3. Pada 27/11 lalu yg ada di Adtec mmg kami berdua, kebetulan pekerja2 tu dtg repair paip kat kuarter Peng, kami pula mmg bercdg nak solat maghrib di surau (for 1st time sjk pindah) jadi kami ajak mereka sekali, tak sangka pula meka dtg. (meka ada tempat tinggal khas dekat dgn pintu masuk Adtec,& kami mmg familiar dgn meka).

    Alhamdulillah, skrg ni staf pun beransur2 dtg lapor kerja, dah bertambah kariah surau. Pelan2..

    Tapi pekerja Bangla tu nampaknya dah ta dtg pula. Malu agaknya bila dah ramai staf.. Sekurang2nya kami dah ajak .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...