Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 December 2010

ZAKAT

Ingat mengingat. Bule bayar  ansur tiap2 bulan ke (bayar ASTRO lagi mahal) atau bila2 dlm masa setahun. Yg penting jgn tak bayar..

30 December 2010

Sampai Menyampai

Kita promosi lagi perkara2 baik dr LANUN. Smuga sama2 jadikan pengajaran.

Tapi hati2 dilarang juga meludah depan khalayak. Tak sopan benor.
Ni kawan lurus bendul . Dia bule dpt kebaikan (ganjaran insyaAllah) klu selalu tlg jwb talipon kerana Allah, hilang penat & tensen. Dlm pada tu sound2/dakwahkan le member tu  slow2..

28 December 2010

Majlis yg bermakna

Baru2 ni mengadiri majlis nikah anak lelaki ustazah Salbiah Omar..  Majlis di pihak ustzah di adakan di dewan SMK Agama Sul Muhamad Bt Beremdam Melaka (di mana ustaz Ariffin pengetuanya).
Di majlis tsb juga diadakan  upacara  menyampaikan van Toyota Hiace utk sek berkenaan (PIBG), utk kegunaan spr  bawa pelajar2 sakit ke hospital, & aktiviti2 lain yg tak memerlukan bas sek. Van dibeli tunai hasil kempen ustazah pada anak2 muridnya di Sban, Melaka, USJ, Spore dll. Pendek kata di mana2 ustzah pi  ceramah dia tak lupa ajak anak2 muridnya ttg kerja2 infak, wakaf & sedekah ni, sbgaimana Nabi saw (melalui wahyu Allah) perintah & buat.

Juga di majlis tu ustazah  raikan anak2 muridnya yg telah sama2 menyokong prog Allah dgnnya masuk 10thn lebih. Antara hadirin adalah wakil2 jemaah dr Spore 2 bas, USJ 9 (masjid Al Falah), Sarawak, KL, Bangi Seremban &  Melaka (of course) & tak ketinggalan  wakil Kemaman.. (den le tu..hi,hi..)

Ustzah mulanya tak nak ada publisiti, tapi suami & pihak sek/PIBG kata perkara baik, tak salah utk diwar2kan (as long tak berlebihan) utk tujuan rekod & dakwah.

Kiri tepi tu org Sg Ayam BP (sedara Kak Tom/awrah bang Len) ketua buat roti.  Kanan tu kakaknya. Yg kat belakang sekali tu (bersongkok, dekat dgn photo  Dato Najib), sapa lagi klu bukan ...



Tengah tu ustaz Ariffin-suami ustazah

24 December 2010

Cuti

 Balik bercuti ke Seremban & jumpa rakan2 jemaah kelas dhuha Ustazah Salbiah di tempat belajar Tmn Kemuning Senawang. Kebetulan mereka sedang sibuk membuat roti utk tetamu dari Singapura. Buat roti ni salah satu  aktiviti kami.




15 December 2010

Saya Dengar & Saya Patuh

"sami'na wa ato'na" bermaksud saya dengar & saya patuh. Menjurus/merujuk kpd perkara baik2 apalagi yg diperintah oleh Allah dan Nabi saw. Sbb apa sy pilih tajuk ni? Sbb kdg2 perkara2 baik ni lah susah nak dipatuhi wlupun senang tak payah keluar duit &  tenaga.

Sbb apa? Kerana perkara baik ada penghalang & pendinding yg kita tak nampak iaitu syaitan.

Ok, skg kita listkan:
1) Baca tawwauz (a'uzubillah ...syaitan nirrojim) tiap2 kali rasa tension, tak tentu arah, nak marah dll.
2) Baca 'bismillah', tiap2 kali memulakan kerja. Ditambah dgn selawat esp bila buntu, terlupa.
3) Jangan biasakan tidur selepas subuh kerana antara solat subuh dgn terbitnya matahari adalah pembuka & permulaan siang, permulaan turunnya rezeki & barakah. Tidur waktu tersebut akan mewarisi kepapanan (sempit pintu rezeki).
4) Klu nak buat sesuatu, pilihlah waktu pagi, sbb otak masih segar, tenaga masih kuat, tambah pula dah alas perut (hati2 nasi lemak bule buat ngantuk). Sbb apa, klu dah masuk jam 11 ke atas, otak & tenaga dah mula lemah.. (ini tip) sbb tu klu nak hantar sevis keta ke, org nak repair paip ke, dll , buat waktu pagi. Pernah beberapa kali terkena..depa mula keja nak masuk lunch..hasilnya serba tak jadi..check punya check, depa pasang terbalik le, longgar le..dll sbb waktu tu bdn dah lemah & otak mula penat.

Sbb tu ada istilah rehat (tido) kejap 15-20 minit sejurus sblum zohor. Lepas tu lunch, solat zohor & mulakan keja semula.

Mudah kan? tapi kenapa bila org2 tua/mak2   beritau anak2 ttg hal ni, anak2 susah benor nak patuh..patuh le ya anak2, hasilnya akan dapat, yakin lah..cepat buat cepat le hasil,  tak buat tak de le hasil....

14 December 2010

Kemaman/Chukai, Kijal, Kemasik dll

Antara tempat-tempat yg jadi tumpuan ialah Pantai Kemasik (selepas bandar Kemaman arah ke Dungun/KT) kira2 15 km dari Adtec Kemaman.




(ada org tu, muka dia aja ...tak pe dok? kemaruk amik gambo sejak muda tak hilang sampai la ni...hi hi..)

11 December 2010

MEMELIHARA SOLAT BAH 2

Maksud Hadis Nabi saw: "Sembahlah Allah seolah2 kamu melihatnya, jika kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu".

Maksud hadis lain: "Sesiapa yg memelihara solat, ia mendapat cahaya, keterangan & pelindung pada hari kiamat kelak. Sesiapa yg tidak memeliharanya, tidak mendapatnya & akan ditempatkan bersama2 dgn Qarun, Fir'un , Haman & Ubai b Khalaf".

Kebanyakan kita ni dah pernah rasa sakit,  duka, gagal mencapai cita2,  & ujian2 lain, syukurlah sekiranya ujian2 tsb dapat menginsafkan kita & menjadikan hubungan dgn Allah & makhluk terutama ibu bapa, keluarga, masy, jiran dll bertambah lebih baik. Sebenarnya Allah sayang kita sbb tu diberinya ujian.. (klu terus diambil nyawa ketika sedang  lalai? w'zubillah. Sbb itulah bila diberi nikmat, jgn le tak bersyukur & lalai kerana ia juga ujian).


pesan memesan utk diriku terutamanya. & sesiapa yg membaca blog ni.

sambung komik mengenai alasan kenapa susah nak  solat

MEMELIHARA SOLAT

Saya extract mana yg mampu dari Tafsir Al-Azhar (Prof Dr Hamka) & Tafsir AlMunir (Dr Wahbah).

"Peliharalah (kerjakan dgn tetap,  bersungguh2  & sempurna pada waktunya) oleh kamu segala  solat fardhu, khasnya  & solat yang paling tengah (wustha) & berdirilah kamu kerana Allah dengan taat & khusyuk". Terjemahan surah  Al-Baqarah ayat 238

"Tetapi jika kamu dlm ketakutan, maka kerjakanlah dgn berjalan atau berkenderaan. Tetapi apabila telah aman kamu, maka sebutlah nama Allah sebagaimana yg telah diajarkan kpd kamu, perkara yang (dulunya) kamu tak tahu". Terjemahan  surah Al-Baqarah ayat 239

Bagaimana seorg muslim dapat merasakan sifat2 Allah kalau dia tidak memelihara hubungan jiwanya yang baik dgn Allah? Untuk kepentingan jiwamu sendiri, utk keluargamu supaya kamu merasakan benar2 bagaimana hubungan diri dgn Allah, peliharalah solat2 itu baik2 iaitu yg 5 waktu.

(Mengenai solat wustha - klu nak disalin huraiannya, sangat panjang juga, cukup dulu dinyatakan bahwa banyak pendapat ahli2 ilmu/ulama sampai 18 pendapat - ada yg mengatakan solat zohor, asar, subuh, maghrib, isyak & jumaat. Antara sebabnya kerana waktu2 tersebut sangat panas,  manusia sibuk dgn urusan harian, utk subuh pula manusia sedang sedap tidur, begitu lah waktu2 lain di mana kebanyakan manusia disibukkan dgn urusan dunia).

Yang pentingnya, kesan solat yang dipelihara dgn baik, dapat menghindar dari melakukan perbuatan keji & mungkar, menghilangkan keluh kesah, dll yg positif. So,  janganlah abaikan solat wlu di mana berada (musafir, dlm kenderaan,  perang dll) & wlu dlm keadaan apa pun (sakit, dll), selagi boleh berfikir (waras). Dan usahakanlah solat berjemaah.. esp subuh, maghrib & isyak.

Setakat sini dulu.

08 December 2010

Awal Muharam 1432H

Semalam 7/12/210 bersamaan 1 Muharam 1432H. Ada yg buat azam baru, ada juga yg tak kisah lansung. Pendapat peribadi saya, bagus juga klu ada azam awal Muharam ni. Sekurang2nya sesorg tu tau dah masuk thn baru kalender Islam. Kira2 peka juga le. Lebih bagus klu dia ingat & tahu serta menghayati peristiwa hijrah Nabi saw & dikaitkan dgn keadaan semasa. Hijrah itu pengorbanan... menuju kejayaan.

Saya tak nak le ceramah pjg kali ni, cuma pasang le azam2 baik yg mudah2 dulu, buat check list..then tiap2 minggu/bulan ke semak le berapa % azam tu terlaksana. Keja pejabat pun ada check list kan.. begitu juga klu nak shoping.

Selamat berazam/ bercita2 & berniat yg lebih baik dari sebelumnya...


04 December 2010

Rehat lagi

Ini satu lagi, mesej baik drp komik LANUN..


Rehat sikit

Extract drp majalah Lanun yg mmg sy suka beli masa dulu2 (santai2 tapi ada mesej). Harap2 depa tak saman & redhakan kerana kerja sampai menyampai ni.

Memahami Keutamaan

Dlm buku 'Memahami Keutamaan' oleh Dr Yusuf Q, antara isi kandungannya (diringkaskan):

Perkara2 kemaksiatan & ketaataan mudah utk dibezakan (melainkan yg masih jahil atau sengaja), tapi yg rumitnya ialah mendahulukan sebahagian ketaatan thd sebahagian yg lain. Atau dlm bahasa mudah , mencari the best/terbaik drp yg mmg baik (di sisi Allah).
 Seperti mendahulukan yg fardhu thd yg sunat, mendahulukan yg fardhu ain thd fardhu kifayah, mendahulukan fardhu kifayah yg tak de org kerjakan thd fardhu kifayah yg sudah ada org lain kerjakan, mendulukan fardhu ain yg paling penting thd yg kurang penting, dulukan urusan yg sudah mendesak thd yg masih longgar waktunya dll.

Sama le mendahulukan kepentingan ibu thd kepentingan bapa sbgaimana hadis terkenal yg menyebut 'ibumu' 3 x, kemudian barulah disebut  'bapamu'.

Contoh lain spr org kaya bakhil yg menyibukkan diri dgn puasa2 sunat, solat2 malam, sering mengkhatam quran.  Sepatutnya dia dapat memasuki ketinggian darjat dgn buang sifat bakhil.

Contoh2 sangat banyak, apalagi masa ni mcm2 isu timbul hingga kadang kala menimbulkan ketegangan pula. Perkara2 ni  applikasinya tak mesti sama rata utk semua individu.. bergantung pada keadaan seseorg.

Ulama biasanya menghurai secara keseluruhan, kita le yg memilihnya utk diri sendiri.  Dan sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan & kelpaan, terbaiknya sentiasa mohon keampunan & petunjuk drp Allah.

Setakat ni dulu.. sekadar sampai menyampai.

Pergi Haji

Bila terbaca baru2 ni berita ttg jemaah hj yg nak pi haji lagi,  hanya dibenarkan setelah (klu tak silap 5 thn), saya lantas teringat seorg kawan saya si Z. Dia ni seperti kebnyakan jemaah hj yg baru balik merasa seronok & berkobar2 utk pi lagi.."Seronok bebenor dpt beribadat di sana, no wonder ada yg pi 2, 3, mlh lebih", ..katanya lebih kurang gitu la.

Balik dari hj dia ikut le kelas  kami bergurukan Ustazah Salbiah,  kebetulan masa tu  sedang kuliahkan buku "Memahami Keutamaan" oleh Dr Yusuf AlQardawi  ms 14, yg Dr Yusuf menyentuh ttg mereka2 yg pi haji berkali2 .... (panjang sangat nak tulis, cari le sendiri buku tu kot2 masih ada), tapi ringkasnya Dr Yusuf menyarankan drp pi haji berulang2 (yg dah jadi sunat, pahalanya hanya utk sorang) lebih baik dana tu digunakan utk fisabilillah (ganjaran selain utk si pemberi, malah utk org lain & Islam). Tapi kbnyakan kita lum sanggup sbb tak nampak ganjarannya zahir & batin masa tu juga ... & mungkin kurang  memahami keutamaan dalam ibadat.

Berbalik cerita kwn saya si Z tu, lepas kuliah tu dia bisik kat saya leb kurang, "Saya betul2 kena tegur direct dari Allah pasal nak pi hj berulang2 ni, Alhamdulillah!". Saya tanya,"so?" . "Saya nak cuba buat le apa yg saya dah belajar tadi, saya tak nak jadi org yg tahu aja, tapi tak amal.. ". "Tak rasa terkilan ke?" tanya saya . "Fitrah manusia mmg le rasa sikit, tapi bukan kah klu kita korbankan kerana Allah perasaan tu utk kepentingan pihak lain yg lebih memerlukan,  jihad juga?"  Subhanaullah, biar betul si Z ni..

Saya terharu..saya beritau nya, "betul tu Z, & u juga beri peluang org lain yg nak pi 1st time yg tertnggu2 kuota depa, tapi  klu nak pi juga lagi ke tanah suci,  pi le umrah ke...tu bila-bila masa u bole pi"

Itu le kisah Z.

Saya ada bebarapa kawan/kenalan yg kerap pi haji, bila saya tanya antara sebab2nya ialah menjadi pembimbing samada dilantik oleh syarikat, atau ibu/bapa/teman rapat/muridnya  dll yg memang  maukan kwn2 saya tu bimbing mereka.
 Malah mereka2 tu membiayai kos kawan2 saya tu. Tu le namanya rezeki..
(oh ya, kot terlupa..ingat mengingat.. utk hj ke 2 & seterusnya niatkan utk org lain yg telah meninggal yg lum pi hj di kalangan sedara/keluarga terdekat ke dll- itu yg  sy belajar).

 luar Masjid Nabawi Madinah

Dlm Masjid Nabawi

Ni bukan kat Mekah atau Madinah. Tapi masa Raya Korban baru2 ni di PD selepas solat maghrib & takbir

Salah satu jln di Madinah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...