Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

11 December 2010

MEMELIHARA SOLAT

Saya extract mana yg mampu dari Tafsir Al-Azhar (Prof Dr Hamka) & Tafsir AlMunir (Dr Wahbah).

"Peliharalah (kerjakan dgn tetap,  bersungguh2  & sempurna pada waktunya) oleh kamu segala  solat fardhu, khasnya  & solat yang paling tengah (wustha) & berdirilah kamu kerana Allah dengan taat & khusyuk". Terjemahan surah  Al-Baqarah ayat 238

"Tetapi jika kamu dlm ketakutan, maka kerjakanlah dgn berjalan atau berkenderaan. Tetapi apabila telah aman kamu, maka sebutlah nama Allah sebagaimana yg telah diajarkan kpd kamu, perkara yang (dulunya) kamu tak tahu". Terjemahan  surah Al-Baqarah ayat 239

Bagaimana seorg muslim dapat merasakan sifat2 Allah kalau dia tidak memelihara hubungan jiwanya yang baik dgn Allah? Untuk kepentingan jiwamu sendiri, utk keluargamu supaya kamu merasakan benar2 bagaimana hubungan diri dgn Allah, peliharalah solat2 itu baik2 iaitu yg 5 waktu.

(Mengenai solat wustha - klu nak disalin huraiannya, sangat panjang juga, cukup dulu dinyatakan bahwa banyak pendapat ahli2 ilmu/ulama sampai 18 pendapat - ada yg mengatakan solat zohor, asar, subuh, maghrib, isyak & jumaat. Antara sebabnya kerana waktu2 tersebut sangat panas,  manusia sibuk dgn urusan harian, utk subuh pula manusia sedang sedap tidur, begitu lah waktu2 lain di mana kebanyakan manusia disibukkan dgn urusan dunia).

Yang pentingnya, kesan solat yang dipelihara dgn baik, dapat menghindar dari melakukan perbuatan keji & mungkar, menghilangkan keluh kesah, dll yg positif. So,  janganlah abaikan solat wlu di mana berada (musafir, dlm kenderaan,  perang dll) & wlu dlm keadaan apa pun (sakit, dll), selagi boleh berfikir (waras). Dan usahakanlah solat berjemaah.. esp subuh, maghrib & isyak.

Setakat sini dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...