Perkara2 kemaksiatan & ketaataan mudah utk dibezakan (melainkan yg masih jahil atau sengaja), tapi yg rumitnya ialah mendahulukan sebahagian ketaatan thd sebahagian yg lain. Atau dlm bahasa mudah , mencari the best/terbaik drp yg mmg baik (di sisi Allah).
Seperti mendahulukan yg fardhu thd yg sunat, mendahulukan yg fardhu ain thd fardhu kifayah, mendahulukan fardhu kifayah yg tak de org kerjakan thd fardhu kifayah yg sudah ada org lain kerjakan, mendulukan fardhu ain yg paling penting thd yg kurang penting, dulukan urusan yg sudah mendesak thd yg masih longgar waktunya dll.
Sama le mendahulukan kepentingan ibu thd kepentingan bapa sbgaimana hadis terkenal yg menyebut 'ibumu' 3 x, kemudian barulah disebut 'bapamu'.
Contoh lain spr org kaya bakhil yg menyibukkan diri dgn puasa2 sunat, solat2 malam, sering mengkhatam quran. Sepatutnya dia dapat memasuki ketinggian darjat dgn buang sifat bakhil.
Contoh2 sangat banyak, apalagi masa ni mcm2 isu timbul hingga kadang kala menimbulkan ketegangan pula. Perkara2 ni applikasinya tak mesti sama rata utk semua individu.. bergantung pada keadaan seseorg.
Ulama biasanya menghurai secara keseluruhan, kita le yg memilihnya utk diri sendiri. Dan sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan & kelpaan, terbaiknya sentiasa mohon keampunan & petunjuk drp Allah.
Setakat ni dulu.. sekadar sampai menyampai.
No comments:
Post a Comment