Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

12 January 2011

Hadiah

Hadiah/cenderahati/buah tangan tu lebih kurang sama. Nabi saw  menggalakkan bertukar2 hadiah.
Manusia pula berbeza2, ada yg suka sangat beri hadiah/buah tangan. Ada yg sederhana (tengok sempat & keadaan) & ada yg tak kisah lansung. Ada yg beri kerana dia suka & ikhlas, biasanya dia ni tak kisah klu org tu tak balas balik, ada pula mengharap balasan, mula le cakap dgn org (ngumpat le tu) kenapa le si A tu tak pernah beri hadia/ balas atau ingat pemberiannya ,...dsbnya..



Melalui pengalaman sy, kdg2 kita menerima hadiah2 yg kita tak memerlukan. Kita juga pernah beri perkara yg sama. Contohnya, kita menerima tudung sangat jarang/transparent , sedangkan kita tak pakai tudung jenis tu. Mcm mana ni?. Nak beri org lain terfikir juga benda tu kita dah reject, takkan nak beri org, klu nak galakan org pakai tudung, beri le yg sesuai. Klu dibiarkan simpan tak pakai, kesian pulak org yg memberi. So menfaatkan le dgn pakaikan tudung tu kat meja bulat ke..(Yg beri hadiah mesti terkedu klu dia lihat..tapi skurang2nya kita manfaatkan..Dah, dah,,jgn fikir bukan2.. Sbb tu kita sentiasa digalakan utk berlapang dada & positif ).

Banyak le contoh2 lain yg saya rasa ramai sudah alami. Wlu bagaimana pun adab ketika menerima hadiah, wlu kita suka atau tak, berguna atau tak, ialah dgn menunjukkan suka & berterima kasih. Lepas tu baru le buat kira2. Sebaiknya manfaatkan supaaya pemberi mendapat pahala. Hatta makanan dah basi pun (masa beri tu dia mungkin tak tau dah basi, bersangka baik), kita letak luar (mana2 yg ada halaman) samada tanam atau bawah pokok dgn niat jadi baja atau makanan makhluk lain (cacing, semut dsbnya). Klu tak de halaman, jwbnya bakul sampah le.

Tapi sebenarnya banyak yg bule dijadikan hadiah, spr majalah2 yg baik2, apron, sejadah, bawang, minyak masak ke (skrg susah dapat), dll. Klu kita kenal rapat lagi senang sbb kita rasa kita tahu apa keperluannya yg agak utama.Atau kita tanya dia le, nak hadiah apa. Kan baru dapat bonus ke, kira nak beri hadiah le..hi..hi..

Antara hadiah paling baik ialah doa  & restu dari kedua ibu bapa. Yg ni kena tagih/minta dari mereka. Klu malu, sms aja, sbb ada anak2 yg malu pada ibu bapanya utk minta didoakan.
Jgn tunggu diberi, kerana kdg2 dek terlampau sibuk ada ibu bapa yg lepas pandang. Terutama anak2 yg nak periksa, nak minta keja dll...Bahagia dunia akhirat insyaAllah.

Sekian

1 comment:

  1. bagus.. topik yg biasa.. tapi ditulis dgn pedekatan berbeza sekali...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...