Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

10 February 2011

Pelancong-pelancong Masjid

Yang pakai ungu tu sahabat saya (sister Azizah). Dalam seminggu 3 hari dia bertugas sebagai pendakwah untuk  bukan Islam melalui program pelancongan masjid di Masjid Putrajaya. Dalam gambar tu kedua pelancong tu pakai baju khas  kerana biasanya (esp wanita)  memakai pakaian tak sesuai untuk masuk rumah Allah. Sister Azizah beritau, pelancong2 yang boleh berbahasa Inggris akan diberi keutamaan olehnya (sbb bahasa lain beliau tak pandai, so camne nak bercakap kan?)
dari Australia & Chili


Mr Emmet dari NZ melawat Uni Pertahanan Msia - siap beri salam & ucap alhamdulillah!


Bersama Shimah (dari UPertahanan Msia) yg membawa Mr Emmet (apasal syimah pun kena pakai uniform tu? he,he.jgn marah ye Shimah ... bila agaknya bole jumpa lagi)


dari China
Ingat!  Orang2 Islam pun ada yang disarankan memakai uniform tu. Yang mengarahkan  ialah pekerja2 di masjid berkenaan . Saya sempat tanya beberapa remaja Islam, kenapa mereka  memakainya, mereka tak dapat memberi jawapannya. Sebagai org tua, saya beritaunya, sebab pakaian awak tu seksi kot,  tak sesuai dipakai sebagai org Islam, lebih2 lagi untuk masuk ke rumah Allah. Hidayah datang bermacam2 cara, mungkin selepas ni awak akan merubah cara berpakaian. Ada yang mengangguk, ada yang tersengeh.

2 comments:

  1. info yg menarik.. betul tu... di msia negara islam ni cara bpakaian org mengaku islam & bukan islam sama saje... setengahnya "menutup aurat tapi bertelanjang"...

    ReplyDelete
  2. Menurut sis Azizah, ada juga kalangan pengunjung Islam (esp yg berumur) protes bila diarah pakai uniform tu. Post saya sebelum ni mengenai 'saya dengar & saya taat/patuh', berkaitan juga kot.

    No protes biasanya menunjukkan hatinya lembut & mudah, mudah2an lepas ni berubah. Malah lebih cantik siap ucapkan terima kasih & syukur pula. Wlu bgmana pun tak mustahil yg protes tu balik rumah dia berfikir & berubah. Maklum le manusia, bila kena tegur/arah ttg perkara2 yg tak biasa, spontan membantah, menolak & mcm2 alasan.

    Anyway, usaha telah jalankan, yg berdakwah & didakwah sama2 kena sabar.

    Yg berdakwah pun ada kekurangan bab lain pula. Sama2 belajar & menerima, kerana sama2 tak sempurna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...