Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

25 July 2011

Menegur & Kena Tegur

Katakan suatu hari, seorang  anak  berkata kepada ayahnya yang x pernah solat : "abah, maaf ye, saya tengok abah tak pernah solat, saya kasihan kat abah dll". (atau isteri berkata yang sama kepada suaminya)

Atau kepada ibunya yang masih tak tutup aurat :"ibu, tutup le aurat, ibu masih nak pakai jean ketat, mekup tebal dll...saya malu le bu.." 

Atau tiba2 seorang murid menegur gurunya depan murid2 lain : "cikgu, cikgu, semalam saya nampak cikgu tak pakai tudung kat emporium, tapi kat sekolah cikgu pakai tudung".

Atau : "ustaz, ustaz, saya dengar kat 'tanya lah ustaz' kat TV9, masak memasak ni bukan wajib bagi isteri, kenapa ustaz kata wajib? "    Dan banyak le contoh2 lain  --> boleh fikir sendiri atau sendiri pernah alami..

Biasanya dari contoh2 di atas tu, apa reaksi2 mereka yang kena tegur? Kalau yang menegur tu sebaliknya, mudah le & memang biasa & wajar (ibu bapa kepada anak2, suami pada isteri, guru kepada murid, pemimpin kepada rakyat dll --> sebab memamg dah tanggungjawab)  Ni sebaliknya pula.
Tentu mencabar kewibaan, keegoon, kecerdikan, kejantanan, dan macam2 ..Aduhai....bisa..bisa..

Bole berubah muka & boleh menyirap darah kita, kan, kan?  Mungkin kita akan menjawab seperti: "kau jangan sibuk hal2 orang tua", atau "kau budak2, tak baik menegur orag tua, tak de adab", "kamu tu masih banyak yang tak bagus, pandai nak ajor/tegur org tua, "  atau guru tu  akan 'mark' murid yang menegurnya sebagai kurang ajar dll. (mmg pun, kadang2 yg menegur tu bukannya betul pun, dia hanya pandai tegur & cari kesalahan orang aje..)

Apa pula ajaran Nabi saw? Mengikut ilmu saya yang SIKIT & TERHAD  ni, Nabi saw berlembut pada yang kebaikan & berkeras pada yang sebaliknya (yang tersangat degil memerangi Allah). . Setakat teguran2 tu, sebenarnya perkara kecik apalagi  yang ke arah kebaikan, cuma CARA mungkin kurang betul /kurang adab (pada pandanga kita le). Tapi kenapa tak dilihat secara positif? Antaranya:

"Alhamdulillah, anak aku (atau murid aku/rakyat aku/isteri aku/pekerja aku/org gaji aku..) menegur aku ke arah kebaikan. Mereka sayang aku rupanya.... semua manusia tak sempurna, termasuk aku. Aku bersyukur ya Allah kerana ada yang menegur, maknanya Kau menyayangiku...dll "

Then sejukkan hati dgn ucap terima kasih pada mereka, & pelan2 ajak mereka bersama2 perbaiki diri ...(masing2 ada kebaikan & kelemahan yg berbeza2)

Nabi saw apabila datang badwi kencing kat masjid apa baginda buat? (cerita ni cukup fames). Memang le badwi tu kurang ajor, para sahabat naik angin, tapi Nabi handle cara lembut, sbb badwi tu lum belajar adab (sifat semulajadi/budaya yang berbeza). Hikmah nya ade kan? Org2 lain dapat ilmu --> ilmu menyuci kencing dlm masjid .. Sbb Nabi saw berlembut, badwi tu suka pada baginda & mudah menerima ajaran .

Sydina Umar pula mengucap syukur & memuji rakyatnya yng menegur agar memerintah secara adil, kenapa kita tak bole terima bila yang lebih muda, rendah pangkat dll menegur.

So cuba le.. ditegur depan orang ramai memang malu, jadi sambutlah teguran tu dengan :"alhamdulillah, seseoraang menegurku, teguran yang baik2 " .(sambil senyum memanjang..)..
.(Klu masih tak puas hati balik rumah, muhasabah diri & ngadu pada Allah..)

Sama2 kita tegur menegur & sudi/berlapang dada bila kena tegur ---> semata2 menuju redha Allah.
Bukan mudah (eden pun lum tentu bole ke tak , nyampai2kan senang le --> tapi eden cuba, klu eden tak praktik apa yang eden tulis/cakap ke..tegur2 le eden ye, jgn malu2 ).

 gambo dari komik LANUN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...