Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

05 July 2011

An Nisaa' (Wanita)

Wanita2 (termasuk hambe), patuhilah garis panduan yang ditetapkan oleh Pencipta kita terutama bab berpakaian, solekan, pergaulan dll.... Pengiktirafan dari siapakah yag lebih patut kita utamakan? Allah, suami, majikan, kawan2  atau makhluk lain? Tentulah Allah (tiap2 org Islam sepatutnya tahu jawapan yang tepat).

Jagalah Allah, Dia akan menjagamu.

Dalam bab berpakaian, tak ditentukan fesen apa, berseluar ke, berjubah ke, baju kurung ke, dll, cuma Islam mengaris panduankan iaitu: menutup aurat, longgar, tak jarang (transparent) + kelihatan sopan, kemas, sederhana fesen & eksesori & bersih. Tentang warna (samada cerah atau gelap, ulama2  mengutamakan warna agak gelap, kerana warna tersebut membantu supaya tak transparent). (apa2 hal bab warna & corak ni terpulang, selagi tak menyebabkan transparent).

Sebagai manusia biasa, keinginan untuk mengikut fesyen2 terkini seringkali meluap2 (apa lagi ada bisikan2 yg mengatakan lebih kurang gini: "ko pakai fesen ni nampak muda, cute, macam anak dara wlu dah anak 5, nampak kurus, kalau pakai longgar nanti  nampak macam orang tua, member2 gelak/perli2, suami ko dah tak minat sbb tak cantik, dan, dan....." . Terus terang, saya juga pernah tergoda dengan bisikan2 seumpama tu masa muda. Ni yang nak kongsi ni..

Alhamdulillah, kerana kasih sayang & Rahmat Allah, dihantarNya seorang hambaNya menegur saya ---> Alhamdulillah bila balik rumah, fikir, fikir, fikir & lantas: "Ya Allah, terimakasih ya Allah. " . Mungkin tak berubah mendadak, tapi pelan2 ---> yang penting  ada keinginan, niat & azam, insyaAllah dibantuNya.  Masa tu kebetulan saya selalu pi site mengawasi projek2 di mana bertemu pekerja2 kontrak yg 98% lelaki, staf pula ramai lelaki,  jadi tak rasa kekok & sebaliknya confiden & yakin (apo nak buek, dah keje cam tu). Ya Allah, ampunkan dosa2 hambeMu & bantulah kami, hambe mu yang lalai & lemah. Amin.

Sebab tu le saya ingin sangat  mengambil kesempatan untuk menegur, mengajak  di sini ... yg masih lum berapa ok --> ke arah lebih baik, yang dah ok, alhamdulillah. Jangan risau, tak dapat pakai fesen2  terkini & hebat di dunia, di syurga mintalah apa2 fesen pun.. Amin . (Jihad tu)


komik dari majalah KO (Knockout Mazmumah) ogos 2001

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...