Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

30 June 2011

Syak Wasangka 2

Post saya sebelum ni mengenai Syak Wasangka dari 'Diari Nadia'. Kali ni Syak Wasangka dari pengalaman  beberapa  hamba Allah, antaranya kisah A.

A ni pangkat agak tinggi, tapi cara hidupnya sangat2 le sederhana, rumah, kereta, perhiasan, dll.... hinggakan member2nya syak dia ni kedekut..  Bila buat collection untuk tabung2 kebajikan...alahai.. member2 expect paling koman RM50.00 darinya, tapi RM10.00 aje.. sah kedekut, @ bakhil @ medit (bahasa jawa)..

Dipendekkan cerita.. terkenal le dia ni dgn gelaran kedekut..  bila kat surau ofis ustaz berceramah, mention pasal ayat kedekut/bakhil, staf2 lain dok jeling kat A..sedangkan A tak perasan pun ttg tanggapan mereka selama ini... sebab apa? Sebab dia sebenarnya bukan begitu.

So 'penyiasat sambilan' si B,  buat le kerja2 menyiasat tentang si A ni (B ni seorang yg agak positif, katanya daripada aku  selalu dengar depa  ngumpat & syak wasangka kat A lebih baik aku tanya sendiri, aku  niatkan kerana Allah,  tanpa menyinggung mana2 pihak).So inillah antara  cerita sebenarnya, hasil siasatan B,  ringkas aje..

A berasal dari keluarga miskin, adik2nya ramai yang masih sekolah yg sedang dibantunya, juga  dia dah pasang niat nak belanja kedua bapanya tunai haji.. kek kampung dia kalau ada orang susah dia rajin huluq bantuan.. (Member2 se pejabat  mana tau tu semua, sbb tak tau latar belakang A, tapi mengumpat & syak wasangka depa tahu...biasa le tu, kan.kan?. )

Kadang-kadang A  suka juga cari pihak2 yang lebih memerlukan dalam laman2 web yg ada akaun no, & dia akan  masukkan derma melalui akaun tu. Hanya dia & Allah aje yang tau. (tapi sekarang rahsia dah bocor.. tak pe kan, untuk dicontohi).

'Penyiasat sambilan' tu pun terfikir,   " ok juga aku jalankan kerja2 siasatan. Kalau tak, tak terfikir nak ikut cara A. Dapat gaji aku pulun sendiri2.. kelas aku pi juga, ilmu aku dapat, tapi amal? aduhai!! lepas tu syak wasangka & ngumpat pulak kek orang lain..."

So cerita  mengenai A abis kat situ.
Saya berpendapat, kalau ada majlis syak wasangka @ mengumpat,  mestilah ada orang yang menegur & mengingatkan. Untuk dapat gambaran/cerita sebenar, pi tanya . Kalau tak, biorkan. Sbb tak de kena mengena dgn kita. Kadang2 dengan kita  menanyakan secara baik, mungkin dapat  idea yang baik yang boleh dicontohi dari org yang kita syak wasangka tu. Misalnya dari A, dapat idea sedekah/derma  melalui no akaun tu,yang  kawan2nya tak terfikir pun selama ni.

Senang aje. Transfer online. Katakan  RM2.00, --->  klu 100 org, dah RM200.00. Kalau lebih? Sama2 kita fikirkan. Kita & Allah saja yg tahu.

Mudah2an dengan selalu  sedekah tu,mengurang/ menjauhkan dari   syak wasangka melampau2  (buruk), sifat2 suka mengumpat & menghapuskan sebagian dosa2 . Amin.

"Jika kamu memperlihatkan sedekah2 itu (kepada umum), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Sebaliknya, jika kamu merahsiakan itu & kamu berikan kepada org fakir, maka itu adalah lebih baik bagi kamu. Allah akan menghapuskan sebahagian daripada kesalahan2 kamu & Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan"

al Baqarah/ayat 271

27 June 2011

Doa-Doa

Seperti biasa, tampal kat dinding atau apa2 lah ---> & amalkan.






 







21 June 2011

Geramnya!!!

Pernah kita geram, bengang, meluat dll kat seseorang?
Topik ni saya terpaksa sentuh sebab melibatkan hampir semua orang (termasuk saya kadang-kadang), kerana kita ni manusia, diberi Allah nafsu & akal.  Dan saya ingin berkongsi pengalaman, (maklum umur pun dah masuk 6siri, mustahil tak de pengalaman demikian).  Kot2 bole dijadikan panduan.

Biasanya, yang menyebabkan kita geram tu, bila seseorang menayang2 kelebihan dia kat kita yang kita rasa memang sengaja nak menyakitkan hati.

Contohnya, kalau yg rupa lawa dari kita berkata, "ramai betul mamat2 nak berkenalan dengan saya, kenapa ye?" . Kita ni yang kurang lawa, jawab juga le seperti, "u kan lawa, mesti ramai yang tergoda". Dia jawab, "ye ke, ye ke? tak de le..biasa2 le," ..kemudian hari2 berikut2nya diulang2 ceritan yang sama ... Haa, masa tu tu baru datang geram, meluat , boring dsbnya. .  Nak buat macam  mana kan? Dah le kita ni tak lawa... sabor aje le..

Kes lain, misalnya, seseorang menayang gelang berlian baru, "ni abang I belikan sempena b/day, I tak nak, tapi dia nak beri juga.... dia kata tiap kali b/day I dia pasti akan beri I sesuatu..bla, bla, bla...." diulang, ulang & dijaja2 cerita2 yang sama .. Sabor aje le.. Klu yang tak sabor, mau dia balik gaduh sama suami dia minta gelang yang sama .. lawan tetap lawan ---> yang menang & bertepuk tangan sapa ye? (fikir le sendiri, kata Nabil).

Macam mana saya menanganinya?

Dengan jangan layan sangat depa2 yang suka menayang2 & show off  tu sebaliknya kita dekatkan lagi diri dengan Allah. Iaitu melalui proses cari ilmu, baca & faham Quran, sirah dll, i& amalkan sikit2 ...insyaAllah jiwa akan tenang. Ni janji Allah.  So kepada anda cuba le  ketika muda ni..insyaAllah semakin meningkat umur akan dapat dirasai kesannya .. Mulakan dgn beli  majalah2 yang baik2 (klu buku2 tu mungkin tebal sangat, tak larat & tak de masa nak baca).  Dulu2 saya suka baca AlAin, Tatih, komik Lanun, Ok, dll , walau ringan tapi sangat berkesan.. sekarang ni ASUH, Solusi & ANIS (wlu solekan cover tu sangat tebal & saya kurang setuju) tapi isinya ok le

Nak lawan kelebihan orang lain, memang kita kadang2 tak mampu, tentang kecantikannya, kekayaannya dll ---> kita cari ridha Allah. Bole cari harta, kepandaian, dll , tapi niatkan kerana Allah --->  cantik le kita di sisiNya & kita takkan kisah apa ORANG lain kata, tentang barang2 kemasnya ke, tentang cunnya ke, tentang ape2 le... kita senyum aje.. layan le sikit2...

Bole kan?

Doa-Doa



Lagi dari ASUH

(supaya mudah hafal, salin semula doa dgn tulisan sendiri, supaya lebih berkesan, ATAU PUN photostat, lepas  tu tampal kat dinding yang kita boleh lihat selalu ... macam dulu2 cikgu pesan untuk hafal formula2 ...)

Mahmudah lawan Mazmumah



Petikan dari majalah ASUH . Bagus miliki majalah ni, daripada beli majalah yg tak de faedah ..contohnya  yang menayangkan aurat2 wanita, dll . Walau pun target ASUH ni  untuk kanak2,  sangat sesuai untuk semua peringkat umur, sebab  ilmu Allah ni semua orang kena tahu. Dalam bahasa yang mudah, siap dengan gambar2 sekali. (tolong promosi..hehe)

Kalau beli majalah2 atau bahan2 bacaan yan baik, kita niatkan kerana Allah ---> hasilnya kita dapat ilmu, beramal, pahala, seterusnya dekat pada Allah.

20 June 2011

Dah pun bulan Rejab

Selamat berjumpa kembali..

Diam tak diam kita dah berada di bulan Rejab, lepas tu Saaban --> kemudian Ramadhan. Saja nak ingat mengingat, kepada sapa2 yang masih ada hutang puasa tu langsaikan la ye..

Mula2 berdoa le semuga kita bertemu Ramadhan tahun ni.. :

1) Bulan yang sangat istimewa & pernuh berkat yang dinanti2kan umat Islam beriman.

2) Bulan di mana dikatakan syaitan ditambat/rantai --> kita dapat rasa kesannya sbb di bulan ni le badan agak ringan untuk bangun awal (sebelum waktu subuh) , bagus, bagus ... untuk bersahur , solat dll.. (klu bulan selain tu, susah juga kan, kan? )

3) Di samping tu, kita akan tak de mood untuk buat kerja2 yg tak faedah seperti ngumpat, buang masa tengok tv & intenet berjam2, kalau kecenderungan tu ada, kita teringat yg kita sedang berpuasa.. bagus, bagus.. klu letih lebih baik tidur kejap (tidur ibadat dgn niat malam nanti segar utk solat berjemaah & tarawih dll..)

4) Jangan miss solat tarawih, witir,solat2 sunat lain, mengaji, zikir, sedekah, majlis ilmu samada di Tv , radio atau majalah, buku2 dll.. Solat tarawikh tu mudah aje.. Kalau tak dapat ke surau/masjid sesekali (esp yg lelaki), boleh buat di rumah bersama keluarga atau sendirian. Yang perempuan esp yang ada anak2 kecil, buat le di rumah, tentang surah2 tu yang mudah2 , boleh diulang2 . Yg penting jgn tak buat...

5) Banyakkan doa & sabar & senyummmmmm.......'aku puasa, aku puasa.' (klu tension)..


Sekian dulu..

09 June 2011

Baca, faham , praktik & sebar

Lama tak update. Selamat betemu kembali. Semuga sentiasa dalam Rahmat Allah.

Kali ni kita hayati, fahami ,jadikan panduan & sebarkan isi alQuran ayat 35-56 Surah Al-Muddatstsir (surah ke74 dlm Juz 29) :

35 : Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

36 : Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

37: (Iaitu) bagi sesiapa antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

38: Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya,

39: Kecuali golongan Kanan,

40: (Mereka ditemptkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

41: Tentang orang yang berdosa,

42: (Setelah melihat orang yang berdosa itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?"

43: Orang yang berdosa itu menjawab, "Kami dahulunya tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat,"

44: "Dan kami tidak pernah memberi makan kepada orang miskin,"

45: "Dan kami pernah memperkatakan perkara perkara yang salah bersama-sama orang yang memperkatakannya,"

46: "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,"

47: "Sehinggalah kami didatangi oleh kematian (yang pasti),"

48: Maka, tidak aka berguna lagi kepada mereka sebarang syafa'at (pertolongan, kalaulah ditakdirkan ada), daripada sesiapa yang boleh memberikan syafa'at itu.

49: (Kalau demikianlah halnya orang yang berdosa), maka mereka berpaling daripada peringatan (alQuran)?

50: Seolah2 mereka sekumpulan keledai liar yang berkeliaran lari (kerana terkejut),

51: Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

52: (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu), bahkan tiap2 seorang antara mereka mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri)

53: Sebenarnya! Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil, bahkan mereka tidak percaya tidak takut akan hari akhirat.

54: Ketahuilah! Sesungguhnya alQuran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya):

55: Oleh itu sesiapa yang mau (beringat), maka dia akan mengambil peringatan daripanya,

56: Dan (dalam pada itu) mereka tidak akan mengambil peringatan melainkan jika dikehendaki Allah. Dialah Tuhan Yang berhak dipatuhi perintahNya & Dialah juga Yang berhak memberi keampunan (kepada orang2 yang beriman & taat.

Rujuk Terjemahan AlQuran Yayasan Restu

Pesanku utk diri sendiri & anda (pesan yg diulang2):

1: Sekurang2nya dirumah mesti ada Quran mushaf & terjemahan, kemudian bolehlah ditambah dengan tafsir (yg menerangkan lebih terperinci).

2. Peringkat awal, pastikan tiap2 hari membaca paling kurang 5 ayat (kalau lebih lagi bagus) (sangat mudah kan? banding menghadap tv, internet ke berjam2), & renungi isi (maknanya) sekali. Kebanyakan isinya mudah difahami (straight forward), jadi bila dah faham tu, amalkan le. (Manakala yg samar2 & susah faham, abaikan dulu (klu baca tafsir biasanya akan diterangkan terperinci), atau pun lepas tu bertanya pada guru .

3. Kalau tak mahir membaca quran tak apa, baca le isinya (maknanya), dalam pada itu usahakan untuk belajar membaca. Lambat pandai (tangkap) pun tak apa.. yg penting usaha & nak belajar. Jangan jemu & putus asa kalau lambat.. (ingat, setan amat marah pada org2 yg belajar perkara2 baik ni, apalagi le alQuran, sbb tu kadang2 mudah jemu, mengantuk..dll).
(Cuba tanya diri sendiri & jawab dgn ikhlas ---> klu tengok drama misalnya, mata kita boleh pula tahan berjam2 kan?...Jgn marah..Positif..positif..saya pun sama..)

4. Pastikan juga kita lebih banyak masa bersama2 kumpulan (kawan2) yang meransang/membawa kita kepada mendekati Allah, berbanding sebaliknya. (Akal kita boleh berfikir, tetapi kadang2 tewas sebab nafsu & bisikan syaitan, atau kurang ilmu menyebabkan kita lalai. Kita memilih yg menjauhkan dari prog2 Allah). Kalau kita dah ada kekuatan & boleh mengajak mereka kepada kebaikan, silalah...tapi biasanya kena tahan ujian sebab bilangan mereka biasanya ramai..kot2 kita yg tewas.

5. Sapa yang tak pernah melakukan kesilapan? Dengan membaca & memahami apa yg Allah kata (wahyu), insyaAllah timbul sesuatu yang positif --> bertaubat, buang sifat2 keji (mazmumah) & ganti dgn sifat2 mulia (mahmudah), suka baca bahan2 yg baik2, seterusnya suka utk ketaatan pada Allah ---> bina taqwa ---> mantap jatidiri, letakkan Allah no 1, kemudian Rasul ---> baru le manusia (ibu bapa, guru, pasangan ke, dlll.....).


Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...