Pernah kita geram, bengang, meluat dll kat seseorang?
Topik ni saya terpaksa sentuh sebab melibatkan hampir semua orang (termasuk saya kadang-kadang), kerana kita ni manusia, diberi Allah nafsu & akal. Dan saya ingin berkongsi pengalaman, (maklum umur pun dah masuk 6siri, mustahil tak de pengalaman demikian). Kot2 bole dijadikan panduan.
Biasanya, yang menyebabkan kita geram tu, bila seseorang menayang2 kelebihan dia kat kita yang kita rasa memang sengaja nak menyakitkan hati.
Contohnya, kalau yg rupa lawa dari kita berkata, "ramai betul mamat2 nak berkenalan dengan saya, kenapa ye?" . Kita ni yang kurang lawa, jawab juga le seperti, "u kan lawa, mesti ramai yang tergoda". Dia jawab, "ye ke, ye ke? tak de le..biasa2 le," ..kemudian hari2 berikut2nya diulang2 ceritan yang sama ... Haa, masa tu tu baru datang geram, meluat , boring dsbnya. . Nak buat macam mana kan? Dah le kita ni tak lawa... sabor aje le..
Kes lain, misalnya, seseorang menayang gelang berlian baru, "ni abang I belikan sempena b/day, I tak nak, tapi dia nak beri juga.... dia kata tiap kali b/day I dia pasti akan beri I sesuatu..bla, bla, bla...." diulang, ulang & dijaja2 cerita2 yang sama .. Sabor aje le.. Klu yang tak sabor, mau dia balik gaduh sama suami dia minta gelang yang sama .. lawan tetap lawan ---> yang menang & bertepuk tangan sapa ye? (fikir le sendiri, kata Nabil).
Macam mana saya menanganinya?
Dengan jangan layan sangat depa2 yang suka menayang2 & show off tu sebaliknya kita dekatkan lagi diri dengan Allah. Iaitu melalui proses cari ilmu, baca & faham Quran, sirah dll, i& amalkan sikit2 ...insyaAllah jiwa akan tenang. Ni janji Allah. So kepada anda cuba le ketika muda ni..insyaAllah semakin meningkat umur akan dapat dirasai kesannya .. Mulakan dgn beli majalah2 yang baik2 (klu buku2 tu mungkin tebal sangat, tak larat & tak de masa nak baca). Dulu2 saya suka baca AlAin, Tatih, komik Lanun, Ok, dll , walau ringan tapi sangat berkesan.. sekarang ni ASUH, Solusi & ANIS (wlu solekan cover tu sangat tebal & saya kurang setuju) tapi isinya ok le
Nak lawan kelebihan orang lain, memang kita kadang2 tak mampu, tentang kecantikannya, kekayaannya dll ---> kita cari ridha Allah. Bole cari harta, kepandaian, dll , tapi niatkan kerana Allah ---> cantik le kita di sisiNya & kita takkan kisah apa ORANG lain kata, tentang barang2 kemasnya ke, tentang cunnya ke, tentang ape2 le... kita senyum aje.. layan le sikit2...
Bole kan?
No comments:
Post a Comment