Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

09 June 2011

Baca, faham , praktik & sebar

Lama tak update. Selamat betemu kembali. Semuga sentiasa dalam Rahmat Allah.

Kali ni kita hayati, fahami ,jadikan panduan & sebarkan isi alQuran ayat 35-56 Surah Al-Muddatstsir (surah ke74 dlm Juz 29) :

35 : Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

36 : Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

37: (Iaitu) bagi sesiapa antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

38: Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya,

39: Kecuali golongan Kanan,

40: (Mereka ditemptkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

41: Tentang orang yang berdosa,

42: (Setelah melihat orang yang berdosa itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?"

43: Orang yang berdosa itu menjawab, "Kami dahulunya tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat,"

44: "Dan kami tidak pernah memberi makan kepada orang miskin,"

45: "Dan kami pernah memperkatakan perkara perkara yang salah bersama-sama orang yang memperkatakannya,"

46: "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,"

47: "Sehinggalah kami didatangi oleh kematian (yang pasti),"

48: Maka, tidak aka berguna lagi kepada mereka sebarang syafa'at (pertolongan, kalaulah ditakdirkan ada), daripada sesiapa yang boleh memberikan syafa'at itu.

49: (Kalau demikianlah halnya orang yang berdosa), maka mereka berpaling daripada peringatan (alQuran)?

50: Seolah2 mereka sekumpulan keledai liar yang berkeliaran lari (kerana terkejut),

51: Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

52: (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu), bahkan tiap2 seorang antara mereka mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri)

53: Sebenarnya! Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil, bahkan mereka tidak percaya tidak takut akan hari akhirat.

54: Ketahuilah! Sesungguhnya alQuran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya):

55: Oleh itu sesiapa yang mau (beringat), maka dia akan mengambil peringatan daripanya,

56: Dan (dalam pada itu) mereka tidak akan mengambil peringatan melainkan jika dikehendaki Allah. Dialah Tuhan Yang berhak dipatuhi perintahNya & Dialah juga Yang berhak memberi keampunan (kepada orang2 yang beriman & taat.

Rujuk Terjemahan AlQuran Yayasan Restu

Pesanku utk diri sendiri & anda (pesan yg diulang2):

1: Sekurang2nya dirumah mesti ada Quran mushaf & terjemahan, kemudian bolehlah ditambah dengan tafsir (yg menerangkan lebih terperinci).

2. Peringkat awal, pastikan tiap2 hari membaca paling kurang 5 ayat (kalau lebih lagi bagus) (sangat mudah kan? banding menghadap tv, internet ke berjam2), & renungi isi (maknanya) sekali. Kebanyakan isinya mudah difahami (straight forward), jadi bila dah faham tu, amalkan le. (Manakala yg samar2 & susah faham, abaikan dulu (klu baca tafsir biasanya akan diterangkan terperinci), atau pun lepas tu bertanya pada guru .

3. Kalau tak mahir membaca quran tak apa, baca le isinya (maknanya), dalam pada itu usahakan untuk belajar membaca. Lambat pandai (tangkap) pun tak apa.. yg penting usaha & nak belajar. Jangan jemu & putus asa kalau lambat.. (ingat, setan amat marah pada org2 yg belajar perkara2 baik ni, apalagi le alQuran, sbb tu kadang2 mudah jemu, mengantuk..dll).
(Cuba tanya diri sendiri & jawab dgn ikhlas ---> klu tengok drama misalnya, mata kita boleh pula tahan berjam2 kan?...Jgn marah..Positif..positif..saya pun sama..)

4. Pastikan juga kita lebih banyak masa bersama2 kumpulan (kawan2) yang meransang/membawa kita kepada mendekati Allah, berbanding sebaliknya. (Akal kita boleh berfikir, tetapi kadang2 tewas sebab nafsu & bisikan syaitan, atau kurang ilmu menyebabkan kita lalai. Kita memilih yg menjauhkan dari prog2 Allah). Kalau kita dah ada kekuatan & boleh mengajak mereka kepada kebaikan, silalah...tapi biasanya kena tahan ujian sebab bilangan mereka biasanya ramai..kot2 kita yg tewas.

5. Sapa yang tak pernah melakukan kesilapan? Dengan membaca & memahami apa yg Allah kata (wahyu), insyaAllah timbul sesuatu yang positif --> bertaubat, buang sifat2 keji (mazmumah) & ganti dgn sifat2 mulia (mahmudah), suka baca bahan2 yg baik2, seterusnya suka utk ketaatan pada Allah ---> bina taqwa ---> mantap jatidiri, letakkan Allah no 1, kemudian Rasul ---> baru le manusia (ibu bapa, guru, pasangan ke, dlll.....).


Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...