A ni pangkat agak tinggi, tapi cara hidupnya sangat2 le sederhana, rumah, kereta, perhiasan, dll.... hinggakan member2nya syak dia ni kedekut.. Bila buat collection untuk tabung2 kebajikan...alahai.. member2 expect paling koman RM50.00 darinya, tapi RM10.00 aje.. sah kedekut, @ bakhil @ medit (bahasa jawa)..
Dipendekkan cerita.. terkenal le dia ni dgn gelaran kedekut.. bila kat surau ofis ustaz berceramah, mention pasal ayat kedekut/bakhil, staf2 lain dok jeling kat A..sedangkan A tak perasan pun ttg tanggapan mereka selama ini... sebab apa? Sebab dia sebenarnya bukan begitu.
So 'penyiasat sambilan' si B, buat le kerja2 menyiasat tentang si A ni (B ni seorang yg agak positif, katanya daripada aku selalu dengar depa ngumpat & syak wasangka kat A lebih baik aku tanya sendiri, aku niatkan kerana Allah, tanpa menyinggung mana2 pihak).So inillah antara cerita sebenarnya, hasil siasatan B, ringkas aje..
A berasal dari keluarga miskin, adik2nya ramai yang masih sekolah yg sedang dibantunya, juga dia dah pasang niat nak belanja kedua bapanya tunai haji.. kek kampung dia kalau ada orang susah dia rajin huluq bantuan.. (Member2 se pejabat mana tau tu semua, sbb tak tau latar belakang A, tapi mengumpat & syak wasangka depa tahu...biasa le tu, kan.kan?. )
Kadang-kadang A suka juga cari pihak2 yang lebih memerlukan dalam laman2 web yg ada akaun no, & dia akan masukkan derma melalui akaun tu. Hanya dia & Allah aje yang tau. (tapi sekarang rahsia dah bocor.. tak pe kan, untuk dicontohi).
'Penyiasat sambilan' tu pun terfikir, " ok juga aku jalankan kerja2 siasatan. Kalau tak, tak terfikir nak ikut cara A. Dapat gaji aku pulun sendiri2.. kelas aku pi juga, ilmu aku dapat, tapi amal? aduhai!! lepas tu syak wasangka & ngumpat pulak kek orang lain..."
So cerita mengenai A abis kat situ.
Saya berpendapat, kalau ada majlis syak wasangka @ mengumpat, mestilah ada orang yang menegur & mengingatkan. Untuk dapat gambaran/cerita sebenar, pi tanya . Kalau tak, biorkan. Sbb tak de kena mengena dgn kita. Kadang2 dengan kita menanyakan secara baik, mungkin dapat idea yang baik yang boleh dicontohi dari org yang kita syak wasangka tu. Misalnya dari A, dapat idea sedekah/derma melalui no akaun tu,yang kawan2nya tak terfikir pun selama ni.
Senang aje. Transfer online. Katakan RM2.00, ---> klu 100 org, dah RM200.00. Kalau lebih? Sama2 kita fikirkan. Kita & Allah saja yg tahu.
Mudah2an dengan selalu sedekah tu,mengurang/ menjauhkan dari syak wasangka melampau2 (buruk), sifat2 suka mengumpat & menghapuskan sebagian dosa2 . Amin.
"Jika kamu memperlihatkan sedekah2 itu (kepada umum), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Sebaliknya, jika kamu merahsiakan itu & kamu berikan kepada org fakir, maka itu adalah lebih baik bagi kamu. Allah akan menghapuskan sebahagian daripada kesalahan2 kamu & Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan"
al Baqarah/ayat 271
No comments:
Post a Comment