Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

28 December 2011

Konflik Keluarga

Teringat seorang kawan (saya namakan A.. supaya tak mengumpat, mudah2an cerita ni untuk iktibar) yang menceritaka/mengadu kisahnya beberapa tahun lepas. A ni apa yang saya tau agak berjaya dalam business, tak lupa bantu keluarganya, dalam pada tu Alhamdulillah sering menghadiri majlis2 ilmu (agama).

A menceritakan tentang konflik dalam keluarganya &  beliau agak terkilan juga kenapa  ada kalangan adik beradiknya  yang cemburu,  sepatutnya bila seseorang ada kelebihan, yang lain tumpang bersyukur & gembira. Ni tak, malah ada yang menghasut pula supaya membenci A.  Walau bagaimana pun ada adik beradik lain yang ok & boleh befikir, & tak termakan hasutan.

 Mendengar kisah A, teringat saya kisah Nabi Yusuf as yang ada surah khas dalam al-Quran, yang Allah sebut sebagai "..sebaik2 kisah .." diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk kita umatnya mengambil pengajaran & ikhtibar. Kisah konflik adik beradik Nabi Yusuf as terhadapnya. So, apa nak heran, kalau kita juga menghadapi konflik keluarga adik beradik misalnya? (Konflik kita mungkin tak seteruk adik beradik Nabi Yusuf as).  Dan jangan heran, kalau nanti anak-anak kita pula diuji. Masa kita hidup lagi atau pun dah tiada. Mana tau? Mohon dijauhkan Allah.

Kita mungkin kata 'beruntung lah sesiapa yang tak menghadapi konflik keluarga', .
Kita tak tau  mungkin mereka menghadapi ujian lain pula. Kan Allah dah sebut dalam al Quran bahawa manusia ni akan diuji? So,  bila diuji, cuba le ingat2 firman2 Allah dalam alQuran mudah2an kita sekurang2nya berlapang dada & positif ... kerana kalau kita tau menanganinya ikut cara Allah, sebenarnya Allah nak beri yang lebih baik/naik taraf di sisiNya. JANJI  ALLAH PASTI BENAR.

Berbalik kisah Nabi Yusuf as, (secara ringkasnya), antara pengajarannya:
1) Dalam keluarga sekurang2nya mesti ada (kalau tak semua) yang mendalami ilmu agama & mengamalkan, supaya dapat membantu keluarganya (aura kebaikan di sisi Allah) walau kesannya/result akan memakan masa lama.

2) Yang baik biasanya akan lebih disayangi.  Maksudnya baik agamanya. (Itu fitrah wlu kita cuba untuk sayang sama-rata. Ppaling tidak anak2 yang solatnya tak cuai, patuh & hormat kedua ibu bapa,  apalagi ditambah dengan  meringankan beban keluarga, pasti dia yang lebih menawan hati orang tuanya).
 (Tak heran Nabi Yusuf as lebih disayangi ayanya, hingga adik beradik lain cemburu tak bertempat).

 3) Diringkaskan cerita, setelah bertahun2 berlalu...Nabi Yusuf as menderita, diuji dengan difitnah, dipenjara dll, berkat sabar, taqwa & menyerah pada Allah, akhirnya Allah angkat darjatnya....malah  tidak berdendam  pada adik beradiknya , malah memaafkan mereka (walau hatinya geram juga dengan sikap mereka yang tak berubah & masih menuduhnya (ayat 77).. 


So, kawan saya si A tu lega dah hatinya, bila kami berulang2 kali baca kisah Nabi Yusuf as ni..& dia amik pengajaran.

Sesungguhnya Al Quran diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa/Maha Mengetahui/Maha Pencipta/Maha Segala2nya sebagai mukjizat terbesar/terulung,   kepada Nabi Muhammad saw untuk  umat baginda saw.
Baca le, fahami, amalkan & sampaikan isi al Quran.
Jumpa ustaz Syukri di Masjid Taman ...Juaseh

17 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu (3)

Antara pengajaranya:

1) Kematian datang bila-bila masa

2) List kan lah harta2 kita termasuk hutang-hutang/pinjaman, insuran, dll, supaya memudahkan waris menguruskan . Mungkin kita kata, mana aku ada harta? Tu kereta buruk tu, rumah murah, duit dlm Tabung Haji  takkan tak de, paling koman RM100.00 ke .. tu lum lagi gelang, rantai, (walau kecik nilai tak sampai RM200.00 misalnya...) & banyak lagi le....

3) Waris-waris hendaklah menguruskan segera, sebaiknya selesai urusan pengkebumian , kebetulan mungkin waris2 lain ada masa tu. Kalau ditangguh, lama-lama akan lewat, lewat, lewat... kesian pada yang meninggal, juga waris2 sbb selagi tak selesai, harta pusaka tak dapat diagih2kan... apalagi bila dah berlapis2.. mmg sukar

4) Kenal pasti sapa waris2 kita (at least) ...sekarang ni mudah  --> klik aje kat intenet, misalnya Faraid USM. dll..

5) Kadang2 ada pihak tertentu yang sangat baik dengan kita tapi kita lepas pandang untuk beri sikit bahagian padanya (misalnya bekas mentua, mcm kes Omar), tapi sbb dia tak termasuk dlm waris faraid, dia tak dapat apa-apa. Kalau kita lepas pandang, apa lagi le waris2 kita.. (ilmu ni den dengar kat radio IKIM)

6) Pencen terbitan adalah hak pasangan yang hidup.. terpuulang le kat dia nak gunakan (tu yang kadang2 kalau tak de wasiat, mak kandung si mati tak dapat.. bekas menantu joli sakan --> hak aku, kata dia. Kalau bekas mentua kaya tak pe.. ni terbalik.. (kes ni pun den dengar dari Radio IKIM).

Dan banyak lagi le... ilmu2 yang kita perlu amik tahu dalam dunia ni.. yang diniatkan untu kemudahan kita, keluarga, masyrakat dll.... semuga Allah menyukai & merahmati & memudahkan urusan kita..
Jangan le tumpu kek ilmu masak memasak aje ..(jangan marah ye...) .. Semuga  kesilapan kita kerana kejahilan dulu2  Allah maafkan dan dimudahkan urusan yang baik2 sekarang & akan datang.
Setan benci orang2 yang berpagi2an bangun untuk solat.. Lawan lah !! Jadikan kita pemenang!!

14 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu (2)

....sambung...(kisah Omar & Ali)

Takdir Allah mengatasi segala2nya..
Diringkaskan cerita, Omar pergi mengadap Ilahi ketika umornya masuk 54 tahun meninggalkan seorang balu, sorang anak kecil lelaki (dari isteri ke2), & 3 anak perempuan (dari isteri pertama) yang dah bekerja & masih kat u.

Dan dipendekkan citer,ketika urusan ttg  harta2, termasun pencen, gratuti, insuran dll...sedang berjalan di pejabat berkaitan, si Ali pun muncul, bawa perjanjian pinjaman hutang dulu.  Ni le klimik citer ni.

Masing2 agak terperanjat juga, ada yang berlapang dada sebab memang hak dia, ada pulak yg cemik2 & gosip2 belakang (sbb tak faham atau saja tak mau faham) dgn kata2 seperti di intro bah 1 dulu, ditambah dgn kata2 lain seperti, "halalkan aje le, kesian anak Omar masih kecik, lagipun ko (Ali) pun dah banyak duit..bla, bla, bla...."

Memang benar, perniagaan Ali bertambah maju, & dia pun tak perlu keje lagi sbb anak2nya take over bisnes. Tapi hakim putuskan --> Ali berhak dapatkan haknya.

Maka si Ali dapat le RM50,000.00 tu yg diberi pinjam kat Omar kira2 9 tahun lalu (besornya pahala Ali ye, klu dia masuk THaji banyak juga bonus tuuuu, apalagi dikabarkan dividen 2011 lebih tinggi...--> apo den merepek ni..)

K, kita sambung ....
Kat sini le, baru sampai kemuncak cerita, yg berkaitan dgn tajuk tuuuuu... (Allah saja lah Yang Maha Tahu).
Kenapa?
Adakah Ali yg dah kaya raya sampai hati mengurangkan bahagian keluarga sahabatnya  dgn menuntut hutangnya? Ali ni org beragama, dia tau apa yg dia buat & tak kisah apa orang lain kata.

Jeng, jeng jeng... sebonarnya..Dia tuntut duit tu sebab dia nak beri kepada  bekas mak mentua Omar  (Nek Wok) yg selama ni terlepas pandang oleh si Omar setelah isteri pertamanya meninggal, apa lagi setelah dia berkawin baru.
Oleh kerana mereka tinggal sekampung, Ali tahu benar kesusahan menimpa Nek Wok sejak satu2nya anak yg diharapkan membantunya meninggal.  Masa anaknya hidup,  anaknya menghulurkan bantuan tiap2 bulan, dikumpul2 dapat le juga buat repair rumah. Cuma Nek Wok teringin sangat nak pi haji.

Anaknya tu bekerja tapi tak le tinggi jawatannya. Masa pembahagian harta anaknya dulu, Nek Wok dapat juga bahagiannya, & pernah juga  beberapa bulan terima pencen terbitan anaknya yang dihuluqkan oleh Omar  menantunya.......Tapi sejak Omar  kawin baru & sakit2 & ada anak kecik,  dia pun terlupa kat org tua tu. Apalagi isteri barunya pulak tu bukan dari tempat yang dekat dgn kampungnya.
Ali le tempat si Nek Wok  mengadu..& Ali lah yg banyak membantu...keperluan asas, ubat2an, nak pi surau, sepital , kedai dll...

Jadi ... Ali tuntut hutangnya tu adalah ..sebab dia nak gembirakan Nek Wok & gembirakan kawannya Omar  di 'sana'..dgn mewakafkan sikit dari duit tu atas nama Omar. Sbb dia tau, anak2 Omar & balu ada tanggung jawab masing2 mereka  perlukan duit2  untuk  kelansungan hidup mereka.. jadi sebagai kawan, itu le sumbangan nya.. Yang orang lain tak tahu, hanya ALLAH tau.  Lagipun balu Omar bekerja & dapat pencen terbitan Omar. Ok le tu ...insyaAllah klu berbelanja berhemah..

Ali malas  nak layan kata2 yang tak sedap tu... sebab dia dah selalu ikuti majlis2 ilmu termasuk  tasauuff & motivasi di Radio IKIM esp, Tv dll. Apa yang dia mampu ialah berdoa untuk mereka.. Sebab manusia ni ada macam-macam, yang boleh terima & yang saja2 suka create story yang sia-sia..

Akhirnya kisah Ali ni ramai juga orang  tau sebab yang bukak rahsia ialah Nek Wok.. masa di jamuan meraikannya pi haji, dia ceritalah lebih kurang tentang duit tu.....
Alhamdulillah... yang mengata2nya tu mohon maaf walau malu2... tak pe.. yang penting  masing2 dapat pengajaran...
Dah masak dah..oop gosong sikit..

13 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu

"Kedekut, memang kedekut..tak sangka ye... nampak baik selama ni, tapi berkira. Awak tu dah kaya, jangan le berkira sangaat.. Ntah nak buat ape duit banyak2 tu...Bukan buat mati...bla..bla..bla...., aduhaiii.."

Itulah antara lain kata2 belakang  mengenai si Ali yang baru-baru ni mengambil tindakan yang selama ni tak diketahui oleh sesiapa melainkan Omar & peguam.

Sapa Ali? Sapa Omar?  Citernya agak panjang, tapi saya cuba ringkaskan se ringkas mungkin... apa yang penting ---> mudah2an kita amik iktibar & mendapat pengajaran & manfaat darinya.

Omar  & Ali berkawan baik. Mereka sekampung, sama-sama sekolah rendah & menengah tapi Ali tak sambung belajar setelah abis SRP, manakala  Omar  masuk kolej lepas  SPM.  Tapi mereka masih  rapat & berhubung antara satu sama lain.

Di pendekkan cerita, Omar  kemudian  keja kerajaan manakala si Ali mula berjinak-jinak jual ayam di pasar. Sungguhpun begitu, pendapatan  Ali lebih dari Omar , maklum le, perniagaannya maju, tambah pulak dia tekun, rajin, sabar, zakat tak lupa, selalu menderma dll...

Omar  pun kira ok , cuma beza ketara antara keduanya ialah si Ali ni kerjanya tak le glamour, bau hamis ayam ..tak de bush jaket, tak de tie dll... Ahhhh tak kisah le tu.

Satu hari (masing2 masa tu dah berusia ard 45thn) , si Omar datang jumpa Ali nak pinjam duit. Walau malu sbb dia keje gomen div B banding Ali yg keja jual ayam (jgn lupa..dia tokeh ayam tau).. tapi digagahii juga sbb dah terpaksa. Iaitu nak buat opeation penyakit isterinya yg tersayang menelan belanja agak banyak.

"Nanti aku pencen dapat gratuti, insyaAllah aku bayar le. masa tu anak2 aku innsyaAllah dah berdikari,  InsyaAllah ringan le"...    "Tak pe, tak pe" , kata Ali yang baik hati & simpati.

Maka, termeteri lah perjanjian pinjaman RM50,000 antara mereka tanpa diketahui org lain, selain lowyer.. sbb duit tu banyak juga, lagi pun mereka faham agama yg menyarankan pinjaman2 hendaklah bertulis (ape lagi le amaun yg banyak, klu setakat RM50.00 tu klu tak dpt langsai bole kira halal kot.)

Masa berlalu,  setelah 5 tahun, isteri Omar akhirnya  meninggal. Dlm pada tu dia  dah naik pangkat & agak sibuk. dan jarang2 le contact Ali. Mcm tak ingat aje hutang si Ali tu. Ye le, kan dia kata pencen nanti baru bayor..(apo le tuduh bukan2 hehe..)

Nak dijadikan cerita, selepas 2 tahun isterinya meninggal, Omar kawin lain, dgn PA dia yg cun melecun umur 30 tahun.. (jangan marah, ni dah jodoh....) Omar pula dah  52++ tahun.
Selepas setahun dapat anak Omar  pun bukan sihat sangat.. apa lagi badan dah sakit2 & season ni, kena layan isteri muda, anak kecil, antor nursery, tolong salin lampin, buat susu dll,  hatinya kadang2 berbisik juga, 'sepatutnya aku dah ulang alik surau / masjid ni, tapi nanti bini aku mengamuk pulak... alahai... tak pe, yg penting dapat isteri muda "..

alamak, panjang dah tulis ni..kita sambung le .. harap bersabor!!

layan masak ayam panggang dulu..

02 December 2011

Nak Marah?

Marah..
Semua pernah marah kan?(Tak mustahil akan marah lagi, bila keadaan mamaksa..huhu).
Masing-masing ada sebab tertentu kenapa marah. Dan orang2 sekeliling/terdekat pula, ada cara-cara tersendiri bagaimana manangani orang yang sedang marah.

Dalam  al Quran, antara kisah mengenai 'marah' ni, ialah  kisah Nabi Musa as. Sehinggakan para ahli tafsir ramai yang melebelkan bahwa Nabi Musa as seorang yang agak keras (pemarah) wataknya.

Antaranya terhadap saudaranya (ramai ahli tafsir mengatakan 'abang') iaitu Nabi Harun.
Secara ringkas, marahnya kepada Nabi Harun kerana anggapannya bahawa  abangnya sangat lemah untuk menghalang perbuatan sesat kaumnya  (Bani Israil  yang ditimbulkan oleh Samiri) sepeninggalan  Nabi  Musa as untuk bertemu Allah.

 " ...'.buruk sekali apa yang kamu kerjakan, menggantikan daku sepeninggalanku. Apakah patut kamu mendahului perintah Tuhan kamu?' Lalu dilemparkannya alwah(yg mengandungi tulisan Tawrat) itu dan dipegangnya kepala (rambut) saudaranya seraya di tariknya ...." (Al-A'raf /150)

" ..(Nabi Harun) berkata: 'Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum itu memandangku lemah & nyarislah mereka membunuhku. Sebab itu janganlah engkau gembirakan musuh terhadap aku, & janganlah engkau masukkan daku bersama kaum yang zalim." (hujung ayat 150)

Cara Nabi Harun as menghadapi kemarahan Nabi Musa as, mula-mula disebutkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan halus Nabi Musa, dengan dipanggilnya 'wahai anak ibuku'. Dia faham sifat Nabi Musa, dia boleh sebut 'wahai adik kandungku!'. Tapi 'wahai anak ibuku!', lebih mendalam  kesannya  --> bukan orang lain aku ini bagimu, dari satu perut yang mengandungkan kita!!.

Lantas dengan panggilan itu, mulailah surut marah Nabi Musa & mudahlah bagi Nabi Harun meneruskan keterangannya, yang akhirnya menyesallah Nabi Musa as atas kemarahannya yang meluap-luap tadi.

Segeralah dia memohon kepada Allah, "..Ya Tuhanku, Ampunkanlah akan daku dan akan saudaraku. Dan masukkan lah kiranya kami ke dalam rahmat Mu, kerana Engkau adalah paling Penyayang darisegala yang penyayang" ..( ayat 151 Al-A'raf)

Antara Pengajarannya:

1) Marah kerana Allah memang digalakkan (manusia dijadikan Allah  melahirkan marah  berbeza-beza)

2) Yang berhadapan dengannya mestilah bijak, supaya marah tak berlarutan yang mendatangkan kerugian kedua-dua pihak. (Dalam kes Nabi Musa & Nabi Harun, Nabi Harun (lebih tua/pangkat abang) lebih memahami watak adiknya.)

3) Walau bagaimana pun kadang-kadang kerana belum/tak mengenal watak seseorang, dan masing-masing tak mau mengalah atau tak tau cara untuk meredakan --> atau pun kerana tak tau cerita sebenar di sebalik peristiwa yang hanya nampak zahir,  maka terjadi pertelingkahan/permusuhan, dendam yang berpanjangan.

4) Berbalik iktibar dari kisah kedua Nabi tersebut, apabila si pemarah telah reda, yang kena marah hendaklah diberi peluang menerangkan hal sebenarnya.

5) Apabila telah tau cerita sebenar, si pemarah hendaklah berlapang dada & memohon ampun pada Allah untuk dirinya & orang yang dimarahnya, kerana masing-masing ada kelemahan.

6) Sebaiknya sifat marah dikurangkan sikit demi sikit.. sebab dengan keadaan sekarang ni, memang banyak perkara yang kita nak marah, kat kucing la, kat pemandu tak berdisplin le, kat artis le, malah kat diri sendiri..(kes Nabi Musa tu berbeza), --> nanti kita yang tensen.. istighfar dulu, amik wuduk, mohon pada Allah ---> lepas tu...terpulang le ikut kes masing2..

(Ringkasan dari Tafsir AlAzhar/Dr Hamka)
Jangan le marah-marah..  Jom pekena teh tarik spesial (resipi KadiKluang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...