A menceritakan tentang konflik dalam keluarganya & beliau agak terkilan juga kenapa ada kalangan adik beradiknya yang cemburu, sepatutnya bila seseorang ada kelebihan, yang lain tumpang bersyukur & gembira. Ni tak, malah ada yang menghasut pula supaya membenci A. Walau bagaimana pun ada adik beradik lain yang ok & boleh befikir, & tak termakan hasutan.
Mendengar kisah A, teringat saya kisah Nabi Yusuf as yang ada surah khas dalam al-Quran, yang Allah sebut sebagai "..sebaik2 kisah .." diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk kita umatnya mengambil pengajaran & ikhtibar. Kisah konflik adik beradik Nabi Yusuf as terhadapnya. So, apa nak heran, kalau kita juga menghadapi konflik keluarga adik beradik misalnya? (Konflik kita mungkin tak seteruk adik beradik Nabi Yusuf as). Dan jangan heran, kalau nanti anak-anak kita pula diuji. Masa kita hidup lagi atau pun dah tiada. Mana tau? Mohon dijauhkan Allah.
Kita mungkin kata 'beruntung lah sesiapa yang tak menghadapi konflik keluarga', .
Kita tak tau mungkin mereka menghadapi ujian lain pula. Kan Allah dah sebut dalam al Quran bahawa manusia ni akan diuji? So, bila diuji, cuba le ingat2 firman2 Allah dalam alQuran mudah2an kita sekurang2nya berlapang dada & positif ... kerana kalau kita tau menanganinya ikut cara Allah, sebenarnya Allah nak beri yang lebih baik/naik taraf di sisiNya. JANJI ALLAH PASTI BENAR.
Berbalik kisah Nabi Yusuf as, (secara ringkasnya), antara pengajarannya:
1) Dalam keluarga sekurang2nya mesti ada (kalau tak semua) yang mendalami ilmu agama & mengamalkan, supaya dapat membantu keluarganya (aura kebaikan di sisi Allah) walau kesannya/result akan memakan masa lama.
2) Yang baik biasanya akan lebih disayangi. Maksudnya baik agamanya. (Itu fitrah wlu kita cuba untuk sayang sama-rata. Ppaling tidak anak2 yang solatnya tak cuai, patuh & hormat kedua ibu bapa, apalagi ditambah dengan meringankan beban keluarga, pasti dia yang lebih menawan hati orang tuanya).
(Tak heran Nabi Yusuf as lebih disayangi ayanya, hingga adik beradik lain cemburu tak bertempat).
3) Diringkaskan cerita, setelah bertahun2 berlalu...Nabi Yusuf as menderita, diuji dengan difitnah, dipenjara dll, berkat sabar, taqwa & menyerah pada Allah, akhirnya Allah angkat darjatnya....malah tidak berdendam pada adik beradiknya , malah memaafkan mereka (walau hatinya geram juga dengan sikap mereka yang tak berubah & masih menuduhnya (ayat 77)..
So, kawan saya si A tu lega dah hatinya, bila kami berulang2 kali baca kisah Nabi Yusuf as ni..& dia amik pengajaran.
Sesungguhnya Al Quran diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa/Maha Mengetahui/Maha Pencipta/Maha Segala2nya sebagai mukjizat terbesar/terulung, kepada Nabi Muhammad saw untuk umat baginda saw.
Baca le, fahami, amalkan & sampaikan isi al Quran.
Jumpa ustaz Syukri di Masjid Taman ...Juaseh |
Keluarga kami pun pernah ader konflik juga...biasalah adik beradik 8 orang kesemuanyer...hati lain2 ....Alhamdulillah..lepas masing dah beranak pinak ni...hati makin lembut...tiada lagi konflik keluarga...
ReplyDeleteQuran & Hadis/sunnah saw adalah penyelesaiannya. Berlapang dada, bersangka baik, mesyuarat, berbincang, mengakui & menerima kebenaran walau pahit, seterusnya bertindak ke arah menuju redha Allah ...insuaAllah konflik diperbaiki/diselesaikan walau mungkin memakan masa dll..
ReplyDelete