Takdir Allah mengatasi segala2nya..
Diringkaskan cerita, Omar pergi mengadap Ilahi ketika umornya masuk 54 tahun meninggalkan seorang balu, sorang anak kecil lelaki (dari isteri ke2), & 3 anak perempuan (dari isteri pertama) yang dah bekerja & masih kat u.
Dan dipendekkan citer,ketika urusan ttg harta2, termasun pencen, gratuti, insuran dll...sedang berjalan di pejabat berkaitan, si Ali pun muncul, bawa perjanjian pinjaman hutang dulu. Ni le klimik citer ni.
Masing2 agak terperanjat juga, ada yang berlapang dada sebab memang hak dia, ada pulak yg cemik2 & gosip2 belakang (sbb tak faham atau saja tak mau faham) dgn kata2 seperti di intro bah 1 dulu, ditambah dgn kata2 lain seperti, "halalkan aje le, kesian anak Omar masih kecik, lagipun ko (Ali) pun dah banyak duit..bla, bla, bla...."
Memang benar, perniagaan Ali bertambah maju, & dia pun tak perlu keje lagi sbb anak2nya take over bisnes. Tapi hakim putuskan --> Ali berhak dapatkan haknya.
Maka si Ali dapat le RM50,000.00 tu yg diberi pinjam kat Omar kira2 9 tahun lalu (besornya pahala Ali ye, klu dia masuk THaji banyak juga bonus tuuuu, apalagi dikabarkan dividen 2011 lebih tinggi...--> apo den merepek ni..)
K, kita sambung ....
Kat sini le, baru sampai kemuncak cerita, yg berkaitan dgn tajuk tuuuuu... (Allah saja lah Yang Maha Tahu).
Kenapa?
Adakah Ali yg dah kaya raya sampai hati mengurangkan bahagian keluarga sahabatnya dgn menuntut hutangnya? Ali ni org beragama, dia tau apa yg dia buat & tak kisah apa orang lain kata.
Jeng, jeng jeng... sebonarnya..Dia tuntut duit tu sebab dia nak beri kepada bekas mak mentua Omar (Nek Wok) yg selama ni terlepas pandang oleh si Omar setelah isteri pertamanya meninggal, apa lagi setelah dia berkawin baru.
Oleh kerana mereka tinggal sekampung, Ali tahu benar kesusahan menimpa Nek Wok sejak satu2nya anak yg diharapkan membantunya meninggal. Masa anaknya hidup, anaknya menghulurkan bantuan tiap2 bulan, dikumpul2 dapat le juga buat repair rumah. Cuma Nek Wok teringin sangat nak pi haji.
Anaknya tu bekerja tapi tak le tinggi jawatannya. Masa pembahagian harta anaknya dulu, Nek Wok dapat juga bahagiannya, & pernah juga beberapa bulan terima pencen terbitan anaknya yang dihuluqkan oleh Omar menantunya.......Tapi sejak Omar kawin baru & sakit2 & ada anak kecik, dia pun terlupa kat org tua tu. Apalagi isteri barunya pulak tu bukan dari tempat yang dekat dgn kampungnya.
Ali le tempat si Nek Wok mengadu..& Ali lah yg banyak membantu...keperluan asas, ubat2an, nak pi surau, sepital , kedai dll...
Jadi ... Ali tuntut hutangnya tu adalah ..sebab dia nak gembirakan Nek Wok & gembirakan kawannya Omar di 'sana'..dgn mewakafkan sikit dari duit tu atas nama Omar. Sbb dia tau, anak2 Omar & balu ada tanggung jawab masing2 mereka perlukan duit2 untuk kelansungan hidup mereka.. jadi sebagai kawan, itu le sumbangan nya.. Yang orang lain tak tahu, hanya ALLAH tau. Lagipun balu Omar bekerja & dapat pencen terbitan Omar. Ok le tu ...insyaAllah klu berbelanja berhemah..
Ali malas nak layan kata2 yang tak sedap tu... sebab dia dah selalu ikuti majlis2 ilmu termasuk tasauuff & motivasi di Radio IKIM esp, Tv dll. Apa yang dia mampu ialah berdoa untuk mereka.. Sebab manusia ni ada macam-macam, yang boleh terima & yang saja2 suka create story yang sia-sia..
Akhirnya kisah Ali ni ramai juga orang tau sebab yang bukak rahsia ialah Nek Wok.. masa di jamuan meraikannya pi haji, dia ceritalah lebih kurang tentang duit tu.....
Alhamdulillah... yang mengata2nya tu mohon maaf walau malu2... tak pe.. yang penting masing2 dapat pengajaran...
Dah masak dah..oop gosong sikit.. |
No comments:
Post a Comment