Semua pernah marah kan?(Tak mustahil akan marah lagi, bila keadaan mamaksa..huhu).
Masing-masing ada sebab tertentu kenapa marah. Dan orang2 sekeliling/terdekat pula, ada cara-cara tersendiri bagaimana manangani orang yang sedang marah.
Dalam al Quran, antara kisah mengenai 'marah' ni, ialah kisah Nabi Musa as. Sehinggakan para ahli tafsir ramai yang melebelkan bahwa Nabi Musa as seorang yang agak keras (pemarah) wataknya.
Antaranya terhadap saudaranya (ramai ahli tafsir mengatakan 'abang') iaitu Nabi Harun.
Secara ringkas, marahnya kepada Nabi Harun kerana anggapannya bahawa abangnya sangat lemah untuk menghalang perbuatan sesat kaumnya (Bani Israil yang ditimbulkan oleh Samiri) sepeninggalan Nabi Musa as untuk bertemu Allah.
" ...'.buruk sekali apa yang kamu kerjakan, menggantikan daku sepeninggalanku. Apakah patut kamu mendahului perintah Tuhan kamu?' Lalu dilemparkannya alwah(yg mengandungi tulisan Tawrat) itu dan dipegangnya kepala (rambut) saudaranya seraya di tariknya ...." (Al-A'raf /150)
" ..(Nabi Harun) berkata: 'Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum itu memandangku lemah & nyarislah mereka membunuhku. Sebab itu janganlah engkau gembirakan musuh terhadap aku, & janganlah engkau masukkan daku bersama kaum yang zalim." (hujung ayat 150)
Cara Nabi Harun as menghadapi kemarahan Nabi Musa as, mula-mula disebutkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan halus Nabi Musa, dengan dipanggilnya 'wahai anak ibuku'. Dia faham sifat Nabi Musa, dia boleh sebut 'wahai adik kandungku!'. Tapi 'wahai anak ibuku!', lebih mendalam kesannya --> bukan orang lain aku ini bagimu, dari satu perut yang mengandungkan kita!!.
Lantas dengan panggilan itu, mulailah surut marah Nabi Musa & mudahlah bagi Nabi Harun meneruskan keterangannya, yang akhirnya menyesallah Nabi Musa as atas kemarahannya yang meluap-luap tadi.
Segeralah dia memohon kepada Allah, "..Ya Tuhanku, Ampunkanlah akan daku dan akan saudaraku. Dan masukkan lah kiranya kami ke dalam rahmat Mu, kerana Engkau adalah paling Penyayang darisegala yang penyayang" ..( ayat 151 Al-A'raf)
Antara Pengajarannya:
1) Marah kerana Allah memang digalakkan (manusia dijadikan Allah melahirkan marah berbeza-beza)
2) Yang berhadapan dengannya mestilah bijak, supaya marah tak berlarutan yang mendatangkan kerugian kedua-dua pihak. (Dalam kes Nabi Musa & Nabi Harun, Nabi Harun (lebih tua/pangkat abang) lebih memahami watak adiknya.)
3) Walau bagaimana pun kadang-kadang kerana belum/tak mengenal watak seseorang, dan masing-masing tak mau mengalah atau tak tau cara untuk meredakan --> atau pun kerana tak tau cerita sebenar di sebalik peristiwa yang hanya nampak zahir, maka terjadi pertelingkahan/permusuhan, dendam yang berpanjangan.
4) Berbalik iktibar dari kisah kedua Nabi tersebut, apabila si pemarah telah reda, yang kena marah hendaklah diberi peluang menerangkan hal sebenarnya.
5) Apabila telah tau cerita sebenar, si pemarah hendaklah berlapang dada & memohon ampun pada Allah untuk dirinya & orang yang dimarahnya, kerana masing-masing ada kelemahan.
6) Sebaiknya sifat marah dikurangkan sikit demi sikit.. sebab dengan keadaan sekarang ni, memang banyak perkara yang kita nak marah, kat kucing la, kat pemandu tak berdisplin le, kat artis le, malah kat diri sendiri..(kes Nabi Musa tu berbeza), --> nanti kita yang tensen.. istighfar dulu, amik wuduk, mohon pada Allah ---> lepas tu...terpulang le ikut kes masing2..
(Ringkasan dari Tafsir AlAzhar/Dr Hamka)
Jangan le marah-marah.. Jom pekena teh tarik spesial (resipi KadiKluang) |
Salam kenal....terima kasih sebab sudi jenguk blog saya....
ReplyDeletePuan, selalu juga klik blog pn, sbb ade kat blog anak saya..
ReplyDelete