1) Kematian datang bila-bila masa
2) List kan lah harta2 kita termasuk hutang-hutang/pinjaman, insuran, dll, supaya memudahkan waris menguruskan . Mungkin kita kata, mana aku ada harta? Tu kereta buruk tu, rumah murah, duit dlm Tabung Haji takkan tak de, paling koman RM100.00 ke .. tu lum lagi gelang, rantai, (walau kecik nilai tak sampai RM200.00 misalnya...) & banyak lagi le....
3) Waris-waris hendaklah menguruskan segera, sebaiknya selesai urusan pengkebumian , kebetulan mungkin waris2 lain ada masa tu. Kalau ditangguh, lama-lama akan lewat, lewat, lewat... kesian pada yang meninggal, juga waris2 sbb selagi tak selesai, harta pusaka tak dapat diagih2kan... apalagi bila dah berlapis2.. mmg sukar
4) Kenal pasti sapa waris2 kita (at least) ...sekarang ni mudah --> klik aje kat intenet, misalnya Faraid USM. dll..
5) Kadang2 ada pihak tertentu yang sangat baik dengan kita tapi kita lepas pandang untuk beri sikit bahagian padanya (misalnya bekas mentua, mcm kes Omar), tapi sbb dia tak termasuk dlm waris faraid, dia tak dapat apa-apa. Kalau kita lepas pandang, apa lagi le waris2 kita.. (ilmu ni den dengar kat radio IKIM)
6) Pencen terbitan adalah hak pasangan yang hidup.. terpuulang le kat dia nak gunakan (tu yang kadang2 kalau tak de wasiat, mak kandung si mati tak dapat.. bekas menantu joli sakan --> hak aku, kata dia. Kalau bekas mentua kaya tak pe.. ni terbalik.. (kes ni pun den dengar dari Radio IKIM).
Dan banyak lagi le... ilmu2 yang kita perlu amik tahu dalam dunia ni.. yang diniatkan untu kemudahan kita, keluarga, masyrakat dll.... semuga Allah menyukai & merahmati & memudahkan urusan kita..
Jangan le tumpu kek ilmu masak memasak aje ..(jangan marah ye...) .. Semuga kesilapan kita kerana kejahilan dulu2 Allah maafkan dan dimudahkan urusan yang baik2 sekarang & akan datang.
Setan benci orang2 yang berpagi2an bangun untuk solat.. Lawan lah !! Jadikan kita pemenang!! |
No comments:
Post a Comment