Itulah antara lain kata2 belakang mengenai si Ali yang baru-baru ni mengambil tindakan yang selama ni tak diketahui oleh sesiapa melainkan Omar & peguam.
Sapa Ali? Sapa Omar? Citernya agak panjang, tapi saya cuba ringkaskan se ringkas mungkin... apa yang penting ---> mudah2an kita amik iktibar & mendapat pengajaran & manfaat darinya.
Omar & Ali berkawan baik. Mereka sekampung, sama-sama sekolah rendah & menengah tapi Ali tak sambung belajar setelah abis SRP, manakala Omar masuk kolej lepas SPM. Tapi mereka masih rapat & berhubung antara satu sama lain.
Di pendekkan cerita, Omar kemudian keja kerajaan manakala si Ali mula berjinak-jinak jual ayam di pasar. Sungguhpun begitu, pendapatan Ali lebih dari Omar , maklum le, perniagaannya maju, tambah pulak dia tekun, rajin, sabar, zakat tak lupa, selalu menderma dll...
Omar pun kira ok , cuma beza ketara antara keduanya ialah si Ali ni kerjanya tak le glamour, bau hamis ayam ..tak de bush jaket, tak de tie dll... Ahhhh tak kisah le tu.
Satu hari (masing2 masa tu dah berusia ard 45thn) , si Omar datang jumpa Ali nak pinjam duit. Walau malu sbb dia keje gomen div B banding Ali yg keja jual ayam (jgn lupa..dia tokeh ayam tau).. tapi digagahii juga sbb dah terpaksa. Iaitu nak buat opeation penyakit isterinya yg tersayang menelan belanja agak banyak.
"Nanti aku pencen dapat gratuti, insyaAllah aku bayar le. masa tu anak2 aku innsyaAllah dah berdikari, InsyaAllah ringan le"... "Tak pe, tak pe" , kata Ali yang baik hati & simpati.
Maka, termeteri lah perjanjian pinjaman RM50,000 antara mereka tanpa diketahui org lain, selain lowyer.. sbb duit tu banyak juga, lagi pun mereka faham agama yg menyarankan pinjaman2 hendaklah bertulis (ape lagi le amaun yg banyak, klu setakat RM50.00 tu klu tak dpt langsai bole kira halal kot.)
Masa berlalu, setelah 5 tahun, isteri Omar akhirnya meninggal. Dlm pada tu dia dah naik pangkat & agak sibuk. dan jarang2 le contact Ali. Mcm tak ingat aje hutang si Ali tu. Ye le, kan dia kata pencen nanti baru bayor..(apo le tuduh bukan2 hehe..)
Nak dijadikan cerita, selepas 2 tahun isterinya meninggal, Omar kawin lain, dgn PA dia yg cun melecun umur 30 tahun.. (jangan marah, ni dah jodoh....) Omar pula dah 52++ tahun.
Selepas setahun dapat anak Omar pun bukan sihat sangat.. apa lagi badan dah sakit2 & season ni, kena layan isteri muda, anak kecil, antor nursery, tolong salin lampin, buat susu dll, hatinya kadang2 berbisik juga, 'sepatutnya aku dah ulang alik surau / masjid ni, tapi nanti bini aku mengamuk pulak... alahai... tak pe, yg penting dapat isteri muda "..
alamak, panjang dah tulis ni..kita sambung le .. harap bersabor!!
layan masak ayam panggang dulu.. |
No comments:
Post a Comment